DK Impian, Damansara West – Kondominium ‘dual-key,’ lengkap dengan pelbagai kemudahan

Harga kediaman di Pusat Bandaraya semakin mahal. Buat yang amalkan strategi ‘wait and see,’ pasti akan berakhir dengan perasaan hampa.

Nak cari bawah RM500,000, punyalah susah nak jumpa.

Dan sebagai tindakan alternatif, ramai yang mencari kediaman di kawasan yang terletak di luar kawasan ini.

Buat korang yang sedang mencari kediaman yang bermula daripada RM400,000 dan terletak dalam kawasan yang lengkap dengan sambungan lebuhraya yang padu, Tok ada satu projek yang nak dikongsikan.

Nak tahu lebih lanjut? Jemput hadamkan perkongsian Tok hari ini.

658 unit kediaman dengan 11 layout yang anda boleh pilih

Projek yang Tok maksudkan adalah DK Impian. Projek ini berlokasi di Damansara West.

DK Impian adalah sebuah pembangunan jenis kediaman berstatus Leasehold (Pegangan Sementara), yang berkonsepkan SoHo (Small Office/Home Office). Mereka juga ada tawarkan unit kediaman standard yang sesuai didiami keluarga.

Projek ini akan didirikan setinggi 14 tingkat pada 1 blok dan terbahagi kepada 2 seksyen. Sebanyak 658 unit kediaman bakal disediakan. Korang boleh pilih unit dengan keluasan bermula daripada 592 sehingga 893 kaki persegi.

Dan yang paling menarik, harga permulaan unit yang ditawarkan disini bermula dari RM363,711 sahaja. Untuk kepadatan di bawah 1,000 unit, projek ini boleh dikira sebagai medium-density (berkepadatan sederhana).

Kalau ikut APDL, projek ini dijangka siap pada April 2020. Tapi projek ini dijangka akan siap sepenuhnya pada pertengahan 2021 nanti.

Berapa jenis unit yang ditawarkan di DK Impian?

DK Impian menawarkan 11 jenis layout (susun atur) yang korang boleh pilih mengikut kesesuaian penggunaan masing-masing.

Daripada 11 layout ini, ada 5 layout yang dibina sebagai unit dual-key.

Berikut adalah setiap jenis layout yang ditawarkan:

Jenis 1A (592 kaki persegi, Dual-Key):

Jenis 1B (635 kaki persegi, Dual-Key):

Jenis 1C (624 kaki persegi, Dual-Key):

Jenis 1D (646 kaki persegi, Dual-Key):

Jenis 2A (646 kaki persegi, Dual-Key):

Jenis 2B (635 kaki persegi, 2 bilik tidur + 2 bilik air):

Jenis 2C (635 kaki persegi, 2 bilik tidur + 2 bilik air):

Jenis 2D (603 kaki persegi, 2 bilik tidur + 2 bilik air):

Jenis 2F (624 kaki persegi, 2 bilik tidur + 2 bilik air):

Jenis 2E (839 kaki persegi, 3 bilik tidur + 2 bilik air):

Jenis 2G (893 kaki persegi, 3 bilik tidur + 2 bilik air):

Berapa banyak fasiliti yang ditawarkan dekat sini?

Kalau nak cerita bab fasiliti, ada banyak yang ditawarkan untuk penduduk di DK Impian.

Secara mudah, Tok berani cakap kediaman ini lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk aktiviti luar bersama keluarga korang di aras 3 projek ini.

Antara fasiliti yang ditawarkan seperti:

  • Kolam renang,
  • Jakuzi,
  • Sunken Link Bridge,
  • Kolam renang kanak-kanak (wading pool),
  • Water spout,
  • Rainbow fountain,
  • Gimnasium,
  • Tadika,
  • Pool deck,
  • Seating area,
  • Eco kitchen,
  • Shower area,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Dewan komuniti,
  • Bilik persalinan,
  • Surau (untuk lelaki dan juga wanita).

Berapa banyak sambungan lebuhraya yang ada?

Sumber gambar – Selangorkini.my

DK Impian juga menawarkan kemudahan lebuhraya yang pelbagai. Ada 5 laluan yang korang boleh gunakan:

  • Federal Highway,
  • ELITE,
  • NKVE,
  • NPE, dan
  • KESAS.

Katakan, korang bekerja dekat Seksyen 13, Shah Alam. Masa perjalanan yang korang perlukan hanya sekitar 20 minit (bergantung pada keadaan trafik pada masa itu).

Tak lama lagi, pembinaan lebuhraya DASH juga akan siap, dan dijangka akan beroperasi pada Januari 2020. Korang juga akan ada akses mudah ke Kwasa Damansara dan Empire Damansara melalui lebuhraya ini.

Dan buat korang yang malas memandu, korang juga ada pilihan lain…

Kemudahan LRT3 dan MRT, lengkap tersedia

Sumber gambar – klia2

DK Impian juga menawarkan akses mudah ke pengangkutan awam seperti LRT3 (Bandar Utama – Klang), dan akses ke stesen MRT Kwasa Damansara. Memang dekat saja untuk ke sini.

Laluan sepanjang 37KM ini merangkumi 26 stesen, dengan 5 stesen bersepadu.

Stesen bersepadu ini akan menghubungkan penumpang dengan BRT Line, LRT Kelana Jaya, MRT Line 1, dan juga KTM Port Klang Line.

Projek LRT3 ini akan disambung semula pada separuh ke-2 tahun 2019, dan dijangka siap pada 2024 nanti.

Buat penduduk di Damansara West juga, korang juga ada akses mudah dan dekat ke MRT stesen Kwasa Damansara. Stesen ini mula beroperasi pada 16 Disember 2016.

Korang boleh gunakan khidmat feeder bus untuk ke sini. Berikut dalam tempat dimana semua bas ini akan mengambil penumpang:

  • T801: Komersial Nuri 7A (Jalan Nuri 7),
  • T802: Subang Bestari dan Subang Suria,
  • T804: Subang Perdana dan Lapangan Terbang Subang.

Stesen ini mempunyai 500 tempat letak kereta dan 100 tempat letak motosikal. Jadi, sesuai untuk korang yang malas nak drive ke tempat kerja. Boleh parking di sini dan naik MRT ke tempat kerja.

Korang mempunyai sambungan ke Sungai Buloh, Bandar Utama, TTDI, Pusat Bandar Damansara, Tun Razak Exchange, dan landasan ini akan berakhir di stesen Kajang.

Apa lagi kemudahan lain yang ada dekat sini?

Sumber gambar – Tourism Selangor

Kalau nak cerita pasal makanan, korang tak perlu risau kalau menetap dekat sini. Antara pilihan yang ada dekat sini seperti:

  • KFC Subang Skypark Terminal,
  • McDonalds U3 Shah Alam,
  • Family Mart Caltex Sungai Buloh, dan
  • Pizza Hut Bandar Pinggiran Subang.

Dekat sini, korang juga ada akses mudah ke pusat membeli-belah berikut:

  • Star Avenue Lifestyle Mall,
  • Mydin Subang Bestari,
  • Citta Mall,
  • Tesco Extra Ara Damansara,
  • Sunway Giza Mall.
Sumber gambar – airbnb.com

DK Impian juga menawarkan akses mudah ke pusat kesihatan yang berdekatan. Senang kalau ada berlaku perkara yang tak diingini kat ahli keluarga korang.

Masa perjalanan, tak sampai pun 20 minit. Paling cepat, korang boleh sampai dalam masa 12 minit perjalanan. Berikut adalah senarai pusat kesihatan yang dekat dengan DK Impian ini:

  • Ramsay Sime Darby Health Care, Ara Damansara – 10.6 KM,
  • SJMC (Subang Jaya Medical Centre) – 15.3 KM,
  • Sunway Medical Centre – 17.8 KM,
  • KPJ Selangor – 18.1 KM,
  • SALAM (Shah Alam Specialist Hospital) – 19 KM, dan
  • AVISENA Specialist Hospital (dikenali sebagai Darul Ehsan Medical Centre) – 17.9 KM.

Akses mudah ke pusat pengajian tinggi

Sumber gambar – HELP University

Di sini adalah tempat bertapaknya HELP University yang terletak di Subang Bestari.

HELP University ditubuhkan pada tahun 1986, dan menjadi antara universiti swasta yang terkenal di negara ini. Mereka menawarkan program yang pelbagai, daripada jurusan psikologi, sehingga ke bisnes.

Pusat pendidikan ini telah merangkul pelbagai anugerah seperti Asia Pacific Leadership Award pada tahun 2012, dan juga Brand Laureate Award for Tertiary Education (Private) pada tahun 2011 sehingga 2012.

Dengan jumlah lebih 2,500 pelajar, bermakna terdapat pasaran sewa untuk pelajar di kawasan Damansara West ini. Sudah pasti pelajar di sini tidak mahu menyewa di kawasan yang jauh dengan tempat belajar mereka.

Bagi pelabur hartanah pula, ini adalah sebuah peluang yang tak patut dilepaskan.

Antara pilihan pusat pendidikan dan sekolah lain yang ada di sini seperti:

  • SK Subang Bestari 2,
  • SMK Subang Bestari,
  • SK Subang Bestari 1,
  • Japanese School of KL,
  • HELP University,
  • HELP International School, dan
  • MSU (Management and Science University).

Kawasan ini dijangka akan berkembang sebagai hub pendidikan, kesan daripada limpahan pusat pendidikan tinggi di bandar jiran di Subang Jaya dan Shah Alam.

Dual-Key – Apa benda ni?

Seperti yang Tok jelaskan dekat atas tadi, DK Impian menawarkan 5 unit dengan layout (susun atur) berkonsepkan Dual-Key.

Tok akan cuba sebaik mungkin untuk jelaskan layout Dual-Key ini supaya korang faham.

Unit Dual-Key adalah konsep kediaman, dimana pemilik rumah mempunyai 2 ruang kediaman yang berkongsi ruang legar (foyer) dan alamat yang sama.

Ruang kediaman yang besar biasanya akan didiami oleh pemilik rumah, manakala unit yang lebih kecil boleh disewakan kepada orang lain.

Berikut adalah contoh layout untuk sebuah unit dual-key:

Sumber gambar – blog.jefferylam.com

Berikut adalah kelebihan yang korang dapat bila beli unit Dual-Key:

#1: Unit Dual-Key sesuai untuk duduk bersama orang tua anda

Korang boleh tinggal bersama dengan orang tua, tapi masih dapat mengekalkan privasi.

Korang masih boleh tinggal sekeluarga dalam satu bumbung, dan unit dual-key adalah amat sesuai untuk keadaan ini.

#2: Unit Dual-Key sesuai untuk kaki travel

Pada masa sekarang, ada banyak orang yang bekerja sebagai pramugari (atau pramugara) yang tak banyak luangkan masa di rumah. Tapi mereka masih mahu ada sebuah rumah sebagai tempat berteduh.

Korang boleh dapatkan pulangan sewa dengan menyewakan unit yang lebih kecil atau besar (bergantung kepada objektif korang).

#3: Unit Dual-key sesuai untuk jana pulangan sewa

Ini boleh jadi idea yang bernas untuk kurangkan beban membayar ansuran bulanan kepada bank.

Unit yang lebih kecil, boleh disewakan kepada penyewa yang berminat.

Dalam kawasan yang terdapat permintaan sewa yang baik, korang ada kebarangkalian untuk dapatkan pulangan lebih 10% (atau lebih lagi).

Ini pandangan Tok tentang DK Impian

Pada pendapatan personal Tok, DK Impian adalah projek kediaman yang baik dan mantap dari pelbagai sudut.

Buat korang yang mencari kediaman di kawasan seperti Shah Alam atau Damansara (tapi ada kekangan daripada sudut bajet), korang harus berikan perhatian terhadap projek ini.

Alang-alang korang dah baca sampai sini, Tok nak kongsi satu lagi berita baik.

Tok nak jemput korang datang ke sesi Sembang Hartanah bersama Tuan Faizul Ridzuan, Ketua Pegawai Eksekutif FAR Capital dan juga GilaHartanah.com.

Sesi ini ditanggung 100% PERCUMA oleh pihak DK Properties. Korang hanya perlu bawa diri, pen, dan buku nota saja.

Cuma, korang perlu daftar laju-laju sebab TEMPAT DUDUK ADALAH SANGAT TERHAD. Siapa cepat daftar, dia dapat belajar secara percuma.

Tak cukup dengan itu, anda juga berpeluang memenangi 5 tiket percuma seminar Road To 3 Million (RT3M) bernilai RM291. Rugi tak rebut peluang keemasan ini!

KLIK GAMBAR DI BAWAH INI DAN TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG:

Leave a Reply

").after(c.lastChild)}d&&(f.id=d+"-script"),f.src=e,c.appendChild(f)})},TVE_Dash.send_ajax=function(b,c){a.ajax({url:tve_dash_front.ajaxurl,xhrFields:{withCredentials:!0},data:{action:"tve_dash_front_ajax",tve_dash_data:b},dataType:"json",type:"post"}).done(function(b){b&&a.isPlainObject(b)&&(b.__resources&&(b.__resources.css&&TVE_Dash.ajax_load_css(b.__resources.css),b.__resources.js&&TVE_Dash.ajax_load_js(b.__resources.js),delete b.__resources),a.each(b,function(a,b){if("function"!=typeof c[a])return!0;c[a].call(null,b)}))})},a(function(){setTimeout(function(){var d=new a.Event("tve-dash.load");return a(document).trigger(d),!a.isEmptyObject(b)&&(!(!tve_dash_front.force_ajax_send&&tve_dash_front.is_crawler)&&(TVE_Dash.send_ajax(b,c),void(TVE_Dash.ajax_sent=!0)))})})}(ThriveGlobal.$j)}catch(e){console.log(e)}