BPEX 2019 – Lebih 6,000 unit hartanah menunggu tuan baru (dengan diskaun tak masuk akal)

Tok bagi satu contoh mudah.

Kalau ada rumah subsale (rumah second hand) dan rumah baru (rumah under construction) dijual pada harga yang sama, mana satu yang akan korang pilih?

Macam biasa. Tugas Tok adalah ambil tahu tentang tawaran hartanah yang ada di Malaysia ini, dan kongsikan kepada korang.

Dan ini adalah satu peluang baik yang tak patut korang lepaskan.

Bumiputera Property Exhibition (BPEX) kembali lagi pada tahun ini dengan menawarkan pelbagai jenis hartanah untuk korang miliki.

Diskaun Bumiputera sehingga 10%?

BPEX 2019 kali ini menawarkan lebih daripada 6,000 hartanah kuota Bumiputera dan terdiri daripada pelbagai jenis (rumah landed dan juga rumah high-rise) untuk korang pilih.

Jumlah keseluruhan hartanah yang ditawarkan kali ini bernilai lebih RM3.6 bilion yang sedang menunggu tuan baru.

Tawaran kuota Bumiputera ini melibatkan lebih 40 pemaju perumahan, dengan 70 projek yang dibangunkan sekitar kawasan Lembah Klang (Klang Valley) dan Selangor seperti Semenyih, Iskandar Puteri, Cyberjaya, Seremban dan Bandar Enstek.

Semua hartanah yang terlibat akan diberikan pakej yang menarik oleh pemaju selama ekspo sepanjang 2 hari ini berlangsung.

Antara nama-nama pemaju yang terlibat dalam menjayakan ekspo ini termasuk:

  • Sunsuria Berhad,
  • BBCC Development Sdn Bhd,
  • Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor,
  • Paramount Property Development Sdn Bhd,
  • Symphony Hills Sdn Bhd,
  • Intelek Kekal (M) Sdn Bhd,
  • Tropicana Aman Sdn Bhd,
  • Tropicana Indah Sdn Bhd, dan banyak lagi.

Tawaran yang diberikan seperti jumlah wang pendahuluan yang rendah, insentif Perjanjian Jual Beli (SPA incentives), rebat, diskaun Bumiputera sehingga 10 peratus, dan banyak lagi tawaran menarik yang tak patut korang lepaskan.

Ini maklumat BPEX yang anda wajib tahu

Buat mereka yang tak suka lepaskan peluang, Tok jemput korang datang ke ekspo hartanah Bumiputera terbesar di Malaysia ini pada tarikh berikut:

  • Tarikh: 22 hingga 23 Jun 2019
  • Masa: 10 pagi hingga 10 malam
  • Tempat: Hall 3, Midvalley Exhibition Centre

Untuk update terkini, korang boleh ke Facebook Page Bumiputera Property Exhibition dengan klik di sini.

Sila hubungi +603 – 2289 8688 untuk sebarang pertanyaan berkaitan ekspo ini. Korang juga boleh ke laman web BPEX 2019 dengan klik di sini untuk dapatkan maklumat lanjut.

Buat korang yang berminat nak datang, jemput isikan maklumat anda dengan klik gambar di bawah ini. Jumpa korang di sana ya!

Leave a Reply