Sumber gambar - Pixabay

Rumah serendah RM250K, hanya di BPEX 2019?

Nah, berjaya tak Tok tarik perhatian korang?

Cuma, ini bukan cobaan. Ini betul-betul (baca ikut nada suara Pendekar Mustar Pinang Sebatang).

Minggu lepas, Tok ada kongsikan artikel tentang event Bumiputera Property Exhibition 2019 (BPEX 2019).

Pendek kata, rugi besar kalau tak datang. Banyak pemaju yang terlibat bagi diskaun dan rebat yang tak masuk akal pada hari tu.

Khas untuk korang yang baca artikel ni, Tok nak bagi lagi satu kejutan. Nak tahu lebih lanjut? Jemput hadamkan tanpa was-was.

Percuma MOT, intensif Perjanjian Jual Beli, dan macam-macam lagi

Ini peluang keemasan buat korang yang datang ke BPEX 2019.

Pameran (exhibition) ini akan berlangsung selama 2 hari. Sambil tengok tawaran tak masuk akal pemaju yang ada dekat situ, ada juga aktiviti lain untuk korang bersama keluarga seperti:

  • Sand art (selama 2 hari),
  • Permainan interaktif, dan
  • Pertandingan mewarna.

Berikut adalah maklumat tentang event ini untuk memudahkan korang:

  • Tarikh: 22 hingga 23 Jun 2019
  • Masa: 10 pagi hingga 10 malam
  • Tempat: Hall 3, Midvalley Exhibition Centre

Rugi lepaskan peluang beli rumah masa BPEX 2019 ni. Menurut Dato’ Nor’Ashikin Taib pula (boleh rujuk video dekat atas tadi), ada rumah yang ditawarkan serendah RM250,000 dekat sini.

Antara tawaran lain yang cukup menarik seperti:

  • Bayaran wang pendahuluan (deposit) rumah yang rendah,
  • Insentif Perjanjian Jual Beli (SPA incentives),
  • Percuma MOT (Memorandum of Transfer),
  • Rebat,
  • Diskaun Bumiputera sehingga 10%, dan banyak lagi tawaran menarik yang tak patut korang lepaskan.

P/S: Buat korang yang nak tahu lebih lanjut, Tok ada kongsikan tentang BPEX 2019 pada artikel sebelum ini. KLIK SINI DAN BACA SEKARANG.

Tujuan utama perkongsian kali ini, adalah lebih kepada nak memaklumkan peluang emas seperti dekat bahagian tajuk tadi.

Nah, korang dah ready?

Apa anda boleh buat dengan cash sebanyak RM100K?

Bayangkan. Dengan beli sebuah rumah, korang akan ‘dibayar’ RM100,000. Duit tu, korang boleh buat sebagai modal langsaikan hutang jahat yang menghantui hidup selama ini.

Ada hutang kereta? Boleh bayar cash.

Ada baki hutang kad kredit kurang RM100,000? Pejam mata dan bayar cash. Kemudian, jalankan kehidupan indah daripada dibelenggu hutang jahat.

Tak meriah hidup korang kalau dapat jalankan kehidupan bebas hutang? Pada Tok, itu kehidupan yang jadi dambaan setiap insan dekat muka bumi ni.

Kalau dijemput Ilahi, dah tak perlu risau fikirkan anak bini. Hutang semua dah langsai, satu tanggungjawab besar dah selesai.

RM100,000 tu, banyak jumlahnya. Kalau tak ada hutang, mungkin korang boleh renovate rumah sewa untuk naikkan kadar sewa. Atau, bawak famili pergi melancong ke luar negara.

Sekarang, tiba masa untuk Tok tanya soalan cepu emas:

“Korang nak rebut tak peluang tak masuk akal ini?”

Satu lagi tawaran tak masuk akal untuk anda di BPEX 2019

Sepanjang BPEX 2019 berlangsung nanti, team Tok akan standby dekat satu kaunter untuk kongsikan peluang ini kepada 10 pendaftar awal yang bertuah. 10 saja tau!

Dan buat korang yang jenis FOMO (Fear of Missing Out, atau jenis yang tak suka lepaskan peluang), ini apa yang korang perlu buat.

Tepat pukul 9 malam pada 23 Jun 2019, Tok akan tutup pendaftaran untuk korang memenangi peluang ini.

Tok akan umumkan pemenang bertuah melalui emel dalam masa 2 minggu selepas BPEX 2019 tamat.

Korang boleh daftar dengan KLIK SINI atau pada gambar yang Tok letak dekat bahagian bawah artikel ini.

Selepas selesai daftar, Tok nak minta tolong SHARE perkongsian ini supaya lebih ramai tahu tentang BPEX 2019 ini. Benda baik, elok kita kongsikan kepada orang ramai.

Tunggu apa lagi? Jemput daftar dan rebut peluang untuk ‘dibayar’ RM100,000 dengan membeli sebuah rumah. Klik gambar bawah ini untuk mendaftar dan jumpa anda di BPEX 2019!

Leave a Reply