BNM kekalkan OPR pada 1.75 peratus

| |

Pada mesyuarat hari ini, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 1.75 peratus.

Pemulihan ekonomi global semakin rancak meskipun tidak sekata, disokong oleh peningkatan yang stabil dalam aktiviti perkilangan dan perdagangan. Program pemberian vaksin yang sedang dilaksanakan di banyak negara, bersama-sama dengan sokongan dasar, akan terus membantu menambah baik keadaan permintaan swasta dan pasaran tenaga kerja.

Meskipun pasaran kewangan telah mengalami volatiliti, keadaan kewangan terus menyokong kegiatan ekonomi. Risiko terhadap prospek pertumbuhan telah berkurang sedikit, tetapi terus cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan. Hal ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian berhubung dengan pandemik COVID-19 dan keberkesanan program pemberian vaksin.

Bagi Malaysia, penunjuk terkini menunjukkan permintaan luaran bertambah baik dan perbelanjaan pengguna berterusan. Walaupun pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan akan menjejaskan pertumbuhan pada suku pertama, kesannya dijangka tidak seteruk yang dialami pada suku kedua tahun 2020. Pada masa hadapan, pertumbuhan diunjurkan meningkat mulai suku kedua dan seterusnya.

Keadaan ini didorong oleh pemulihan permintaan global, peningkatan perbelanjaan sektor awam dan swasta berikutan sokongan yang berterusan daripada langkah-langkah dasar serta langkah-langkah pembendungan yang lebih bersasar. Pertumbuhan juga akan disokong oleh pengeluaran yang lebih tinggi daripada fasiliti sedia ada dan baharu dalam sektor perkilangan, khususnya dalam subsektor elektrik dan elektronik (E&E) dan subsektor berkaitan sumber, serta loji pengeluaran minyak dan gas.

Program pemberian vaksin COVID-19 dalam negeri juga akan meningkatkan sentimen dan kegiatan ekonomi. Walau bagaimanapun, prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan ekonomi menjadi rendah. Keadaan ini berpunca terutamanya daripada ketidakpastian yang berterusan mengenai perkembangan yang berkaitan dengan pandemik serta cabaran yang akan dihadapi yang boleh menjejaskan pemberian vaksin pada peringkat global dan dalam negeri.

Purata inflasi keseluruhan pada tahun 2021 diunjurkan lebih tinggi disebabkan terutamanya oleh harga minyak yang meningkat. Dari segi trajektori, inflasi keseluruhan dijangka naik mendadak untuk sementara waktu pada suku kedua tahun 2021. Hal ini disebabkan oleh asas yang lebih rendah daripada harga runcit bahan api dalam negeri yang rendah pada suku yang sama tahun 2020, sebelum menjadi sederhana. Inflasi asas dijangka kekal rendah dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi. Walau bagaimanapun, prospek ini bergantung pada perkembangan harga minyak dunia dan komoditi.

MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif. Berikutan keadaan pandemik yang terus tidak menentu, pendirian dasar monetari pada masa hadapan akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu, serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. Bank Negara Malaysia terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.

Nak tahu apa itu OPR? Klik link ni untuk baca : OPR

Kesan kadar OPR

Bila OPR dikekalkan kepada 1.75%, ada 2 kesan yang korang boleh nampak:

#1 – Kadar simpanan tetap (Fixed Deposit) akan kekal

Kadar FD yang sekarang akan mengikut kadar OPR yang terbaru.

Bermakna, jika kadar OPR turun, kadar simpanan tetap (fixed deposit) juga akan turun

#2 – Kadar faedah pinjaman juga akan kekal

Buat korang yang ada pinjaman rumah, bila kadar OPR dikekalkan, kadar faedah pinjaman rumah korang juga akan dikekalkan. Jika kadar OPR diturunkan, ada kemungkinan bank akan turunkan kadar faedah. Bermakna, bayaran pinjaman anda akan jadi lebih rendah.   

Tapi kena ingat ya. Bukan semua pinjaman. Pinjaman yang berasaskan ‘floating interest’ saja yang akan terkesan.

Contoh macam pinjaman perumahan dan juga ASB Financing. 

Loan kereta atau personal loan tu, maaf. Tak terkesan dek turun naik OPR ni.

Bagi korang yang tak terkesan dari kewangan, boleh je bayar macam biasa pinjaman yang korang ada. Untuk yang terkesan pula (dikurangkan gaji, dibuang kerja), dapatkan nasihat daripada bank korang. 

Nota penting : Nak baca lebih lagi impak penurunan OPR? Korang boleh baca artikel impak OPR

Adakah korang semakin jelas mengenai OPR?

Tok harap korang dah makin celik tentang kewangan dan apa impak OPR ni kepada pinjaman yang korang ada sekarang. 

Korang nak belajar lebih lagi pasal hartanah dan kewangan? Jemput download ebook ini. Tok bagi khas untuk korang. Klik gambar sekarang.

Previous

Kenapa bisnes owner selalu gagal dapatkan loan rumah walaupun bisnes dah cukup maju?

Apa fungsi sebenar duit deposit yang penyewa bayar?

Next