Ahmad Fauzi (dua dari kiri), Ng Thien Ping (kiri) dan Mohd. Najib Mohd. (dua dari kanan) melakukan gimik pelancaran pembangunan Ascenda Residence di Setapak, Kuala Lumpur, semalam. Sumber gambar: Utusan/Zakaria Idris

Ascenda Residence – Projek pembangunan bercampur mega SkyArena di Setapak

SkyWorld Development Group (SkyWorld) merasmikan fasa pertama projek pembangunan bercampur mega SkyArena, Ascenda Residence dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM390 juta di Setapak di sini.

Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan SkyWorld, Datuk Ng Thien Phing berkata, sebanyak 95 peratus daripada keseluruhan 650 unit kediaman fasa pertama tersebut telah habis ditempah.

GH Masterclass

Jelas beliau, sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat (CSR), pihaknya memperuntukkan sejumlah RM30 juta bagi pembangunan infrastruktur jalan raya di sekitar kawasan projek mega tersebut.

“Ascenda Residence mula dibina pada tahun 2014 di kawasan berkeluasan 1.35 hektar telah siap menawarkan kediaman dengan keluasan lantai antara 903 hingga 1,470 kaki persegi pada harga bermula RM600,000 seunit.”

“Selain itu, SkyWorld juga bekerjasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi melebarkan 100 kaki jalan raya sepanjang Jalan Ayer Jerneh bagi menyediakan aliran trafik yang lebih lancar kepada komuniti,” katanya.

Fasa ke-2 akan dilancar pada November ini

Beliau berkata demikian dalam majlis pelancaran projek Ascenda Residence tersebut di sini hari ini.

Yang turut hadir Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari; Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL, Datuk Mohd. Najib Mohd. dan Ketua Pegawai Operasi SkyWorld, Lee Chee Seng.

Projek mega SkyArena dirancang pada tanah berkeluasan 11.3 ekar merangkumi kediaman, hotel, komersial termasuk pusat beli-belah, kedai runcit, pejabat dan sebuah kompleks sukan dengan GDV bernilai RM2.5 bilion.

Thien Phing berkata, fasa kedua iaitu Bennington Residences pula akan dilancarkan pada 5 November ini dan bakal menyediakan sebanyak 580 unit kediaman bersaiz antara 1,092 hingga 1,716 kaki persegi.

[Sumber berita asal: Utusan Online]

Leave a Reply