PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Apa yang anda perlu tahu berkenaan Bajet 2022 : Apa bantuan yang saya dapat?

Pembentangan bajet kali ini agak mendebarkan, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Tok yakin anda mesti nak tahu apa yang kerajaan nak buat dalam era pasca Covid ni?

Seperti mana kita tahu peruntukan untuk bajet kali ini adalah tertinggi dimana menunjukkan keseriusan pihak kerajaan untuk pulihkan semula ekonomi negara.

Persoalannya, mampukah bajet kali ini betul-betul menyebelahi semua pihak?

Macam biasa, kita mulakan dengan bantuan yang diberikan. Nampaknya bantuan kali ini lebih memfokuskan kepada keluarga B40.  

Namun yang lain jangan bersedih, tetap ada juga. Jom kita lihat apa yang kita dapat.

Berikut intipati Bajet 2022 :

#1 Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)

  • RM2,000 ringgit kepada isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih dengan pendapatan kurang 2,500 ringgit sebulan. 
  • Pemberian bantuan ini merupakan peningkatan berbanding 1,800 ringgit iaitu kadar tertinggi di bawah Bantuan Prihatin Rakyat (atau BPR) sebelum ini.
  • bantuan tambahan sebanyak RM500 lagi kepada ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan dan berpendapatan bulanan sehingga 5,000 ringgit.
  • Ini bermakna, kepada ibu atau bapa tunggal dengan tiga anak atau lebih, layak mendapat BKM maksimum sebanyak RM2,500.

Tidak dilupakan kepada anak-anak yang kehilangan ibu bapa disebabkan Covid-19, kerajaan memperuntukkan RM25 juta kepada Yayasan Keluarga Malaysia bagi melindungi kebajikan mereka.

#2 Melanjutkan Kontrak Pegawai Kesihatan

Disamping peruntukan untuk membendung masalah Covid dari segi program vaksinasi dan naik taraf fasiliti kesihatan, yang terpenting adalah frontliner kita yang telah bekerja keras tanpa mengira penat dan lelah dalam menangani wabak ini.

Sebagai penghargaan, pihak kerajaan telah lanjutkan kontrak pegawai perubatan, pergigian & farmasi dari 2 tahun kepada 4 tahun.

Bukan itu sahaja, malah kerajaan juga telah memperuntukkan RM100 juta tajaan program kepakaran yang memberi manfaat kepada 3,000 pegawai kontrak.

#3 Bantuan Awal Persekolahan

Sebanyak RM150 akan diberikan kepada 3 juta murid-murid yang layak serba sedikit dapat dapat ringankan ibu bapa B40 sempena pembukaan sekolah nanti.

#4 Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia

Demi memastikan keluarga B40 tidak terasing daripada kemajuan dalam pendidikan, kerajaan telah membekal sebuah tablet kepada 600,000 siswa siswi yang terdiri daripada B40.

#5 Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022

  • Diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  • Diskaun 12 peratus untuk bayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran; dan
  • Diskaun 10 peratus untuk bayaran balik melalui potongan gaji atau debit terus mengikut jadual.

#6 Jamin Kerja Keluarga Malaysia (atau JaminKerja)

Kerajaan telah memberi jaminan akan menyediakan 600,000 peluang pekerjaan. Antara kaedah yang diambil bagi memenuhi sasaran tersebut adalah meneruskan usahasama dengan PERKESO bagi pengambilan pekerja melalui inisiatif insentif penggajian JaminKerja.

Inisiatif ini adalah bersifat win-win antara majikan dan pekerja dimana majikan boleh dapat insentif daripada kerajaan sehingga 30-40% daripada gaji yang diberikan.

#7 Short-term Employment Programme atau MySTEP

Selain itu, inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme atau MySTEP juga akan diteruskan dengan menawarkan 80 ribu peluang pekerjaan secara kontrak merangkumi 50 ribu pekerjaan dalam sektor awam dan 30 ribu pekerjaan dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan.

#8 Kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri 

Bagi meningkatkan kredibiliti dan probabiliti diserap kerja, individu akan diberi pelepasan cukai bagi perbelanjaan dinaikkan daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023.

Mereka yang mengambil kursus dengan badan-badan profesional yang diluluskan layak mendapat pelepasan cukai ke atas yuran sehingga RM 7,000.

#9 Program Baucar Perlindungan Tenang

Nilai baucar ditingkatkan dari RM50 kepada RM75. Bukan sahaja digunakan untuk insuran/takaful nyawa sahaja, malah boleh digunakan untuk insuran motosikal bawah 150cc.

#10 i-Saraan

Kerajaan akan carumkan sebanyak 15 peratus daripada caruman sukarela yang dibuat oleh pekerja sektor informal, terhad kepada maksimum RM250 setahun.

#11 Program Kasih Suri Keluarga Malaysia

Kini, suri rumah dan balu boleh dapat perlindungan sosial dibawah PERKESO.

Malah kerajaan juga akan meneruskan pemberian Elaun Mencari Pekerjaan bukan kepada pencarum PERKESO sahaja, malah bukan pencarum pun boleh dapatkan Elaun Mencari Pekerjaan.

Begitulah serba sedikit bantuan yang lebih tertumpu kepada golongan B40. Bagi mereka yang lebih yang berpendapatan lebih tinggi mungkin dikenakan cukai yang mahal.

Berita baiknya, ada banyak pelepasan cukai yang boleh dimanfaatkan seperti berikut :

  • kos pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri
  • pembelian gajet sehingga RM2.5k
  • kursus kemahiran & badan-badan professional (RM2-7k)
  • pelepasan cukai bagi pencarum KWSP yang kerja sendiri/gig sehingga RM4k
  • pelepasan cukai bagi menggalak swasta carum PERKESO RM350
  • bayaran yuran taska & tadika sehingga RM3k
  • penginapan & kemasukan pusat pelancongan sehingga RM1k
  • kos perbelanjaan rawatan perubatan dipanjangkan kos khidmat konsultasi pakar psikiatri
  • pembelian / pemasangan , sewaan & sewa beli EV car sehingga RM2.5k
  • pengenaan cukai pemastautin, income luar negara yang diterima di Malaysia

Pada pendapat Tok, Belanjawan 2022 memang betul-betul memfokuskan bantuan kepada keluarga B40 untuk pastikan mereka ada aliran tunai masuk semula sama ada melalui bantuan tunai terus atau peluang pekerjaan.

Manakala bagi M40 dan keatas pula boleh manfaatkan insentif-insentif cukai yang diperkenalkan. Selain itu, insentif yang diberi kepada majikan sebenarnya memberi keuntungan kepada rakyat juga. Jadi, kiranya macam win-win situation untuk beri manfaat sesama rakyat, sama-sama naik semula.

Apa pendapat anda tentang perkongsian ini? Jemput kongsikan pandangan anda dalam ruangan komen yang disediakan. 

Anda juga boleh bantu SHARE perkongsian ini kepada rakan-rakan dan keluarga anda supaya mereka tahu tentang kelebihan ini. 

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Comments are closed