PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Anda amalkan sistem “5E” ini sebelum beli hartanah tak?

Korang ada buat pelan untuk beli hartanah tahun ini?

Tahniah Tok ucapkan kat korang yang dah mula bertindak.

Kalau lambat beli, bertambah-tambah mahal harga hartanah nanti. Bila dah mampu, apa sebab kita kena bertangguh lagi?

Tapi sebelum beli, ada 5 sistem yang boleh elakkan korang rugi. Dan Tok pasti, semua orang tak nak rasa rugi (walaupun sikit) lepas membeli hartanah yang jadi impian korang sekian lama.

Tok baca ilmu ini kat blog propertyinvestment.com.my, dan ia boleh kurangkan kesilapan dan masalah masa nak beli rumah nanti.

Apa itu sistem “5E”?

5 perkara utama dalam sistem ini adalah:

1. (E)xplore,

2. (E)mail,

3. (E)valuate,

4. (E)everything,

5. (E)nter.

Sistem ini bantu mudahkan proses mencari, sehingga korang dapat kunci rumah. Mari kita selami satu-persatu perkara ini secara mendalam:

#1: (E)xplore – Bukan setakat teroka sikit-sikit

Kalau dah ada pelan nak beli rumah kat sesebuah kawasan, kaji segala informasi kat tempat yang kita nak beli itu secara menyeluruh.

Ini cara terbaik untuk kenal pasti sama ada kawasan itu tepat dengan ciri-ciri yang kita nak, atau sebaliknya.

Antara perkara terawal yang boleh kita buat adalah kaji arah rumah kita.

Setiap manusia ada kepercayaan dan agama masing-masing. Orang India ada “Vastu Shastra”, dan orang Cina pula ada “Feng Shui”. Kepercayaan ini ada kesan yang tersendiri kat rumah yang akan dibeli.

Yang beragama Islam pula, kita dituntut supaya elakkan tandas rumah daripada menghala atau membelakangi arah kiblat.

Gunakan kompas dan peta untuk kaji sesebuah kawasan rumah yang kita pelan nak beli.

Kalau korang dah lama tinggal kat bandar, mungkin ada kawasan yang korang dah lama jadikan target.

Korang ada kelebihan ni, sebab korang lebih tahu keadaan perumahan yang ada kat dalam kawasan bandar.

Pandu kereta dan pusing kawasan rumah yang korang nak beli. Kita nak kaji dan rasai keadaan kawasan rumah itu secara terperinci. Beri tumpuan kat:

  • Kepelbagaian kat kawasan itu

Contohnya, adakah kawasan itu banyak rumah atas tanah (landed house) atau rumah “high-rise”?

Ini akan mempengaruhi suasana kawasan rumah yang kita nak beli.

Selain itu, tengok kualiti kedai kat kawasan itu dan kaji barang-barang kat situ. Masuk setiap kedai runcit atau “mini market”, dan buat kajian tentang kualliti barang yang dijual.

Nak lebih ekstrim? Beli aiskrim (atau makanan ringan lain) dan lepak kat kawasan itu untuk sementara waktu. Lihat orang sekitar. Kaji bau dan udara kawasan itu. Dengar setiap bunyi yang ada.

Korang mungkin akan dapat idea tentang sesebuah kawasan itu, bila gunakan cara ini.

  • Kawasan taman

Kawasan taman adalah tempat terbaik untuk mulakan kajian. Lihat bagaimana ia dijaga oleh pihak pengurusan dan rasai suasana dan keindahan taman itu.

Korang juga boleh berjumpa dengan orang yang menarik. Kat sini, kita boleh tanya mereka tentang kawasan itu, dan dapatkan pandangan personal mereka.

Boleh juga bawa keluarga dan berkelah kat taman. Cara ini lebih mudah untuk bertegur dengan penduduk situ dan tak buatkan orang kat situ rasa curiga.

  • Keselamatan (sekuriti)

Kaji:

a. Berapa kali korang terserempak dengan kereta polis kat kawasan itu?

b. Korang rasa selamat tak waktu meronda kat kawasan itu?

c. Adakah kawasan rumah korang tu ada sekuriti seperti “guard” atau berada dalam kawasan berpagar?

Perkara ini antara yang terpenting sebab ia libatkan keselamatan ahli keluarga korang.

Kalau korang dah melawat dan suka kat kawasan itu, datang balik ke tempat itu sekali lagi selepas 1 minggu. Kalau senang hati nak ke tempat tu, mungkin korang dah jumpa kawasan perumahan yang korang impikan.

Kawasan bandar adalah hutan konkrit. Kita sendiri kena berusaha cari kawasan yang buatkan kita rasa selesa, tenang, dan aman.

#2: (E)mel – Hantar dan terima maklumat dengan pantas

Internet dah mudahkan kita bertukar maklumat dengan pantas. Emel adalah salah satu alat yang bantu lancarkan kerja kita berkaitan hal memilih hartanah.

Nak buat bidaan (bidding) pun, kita boleh gunakan emel.

Antara perkara bonus bila gunakan emel adalah:

  • Kita tak akan terlepas dapatkan maklumat

Dengan emel, segala maklumat boleh sampai kat kita, hanya dengan sekali klik. Komputer rosak pun tak ada masalah. Sebab ramai yang gunakan “smartphone” sebagai bank maklumat pada zaman sekarang.

  • Lebih tersusun

Ingat lagi kali pertama nak cari rumah? Mesti kita akan ke sana-sini berjumpa dengan agen hartanah, dan sebagainya.

Tak kisah nak cari agen kat Internet atau secara “offline”, gunakan emel sebagai medium berkomunikasi.

Kita boleh susun emel dalam setiap “folder” dan “sub-folder” supaya lebih kemas dan mudah dicari. Kalau gunakan servis emel berbayar, kita boleh cari emel dengan kata kunci sahaja, atau gunakan fungsi “tagging”.

  • Raikan fungsi “subscribe”

Untuk dapatkan maklumat seperti tawaran atau diskaun hartanah terkini, ringankan jari klik butang “subscribe”. Dengan ini, kita akan dapat tawarab terkini dengan lebih mudah dan pantas.

#3: (E)valuate – Buat perbandingan untuk setiap pilihan

Lepas korang dah pilih hartanah yang kena dengan hati, kaji dan buat pertimbangan untuk setiap pilihan yang ada.

Proses ini adalah proses yang serius. Jadi, beri sepenuh tumpuan untuk buat pilihan yang baik untuk pelaburan korang.

Nota tambahan: Ini tak ada kena-mengena dengan “property valuation”. Ia hanya tertakluk kat pilihan hartanah yang kita nak beli sahaja.

  • Lihat dan teliti setiap inci hartanah yang nak dibeli

Buka mata dan lihat setiap sudut hartanah yang kita boleh nampak, dan buat perbandingan. Sebagai contoh. Adakah tanah laman berada dalam keadaan baik?

Kalau penuh lalang, mungkin pemilik tanah sebelum ini tak selenggara dengan baik dan terurus. Itu belum lagi periksa dalam rumah. Perkara seperti ini boleh pengaruhi emosi membeli kita.

Tak perlu dalam keadaan yang terbaik. Kalau terurus, bersih daripada sampah, dan nampak kemas dah cukup memadai. Orang boleh jadi senang hati nak beli.

  • Apakah keadaan (kondisi) semasa rumah?

Kalau hartanah itu nak dijual, ia patut di cat balik oleh pemilik sebelum ini. Tapi, bukan setakat itu saja.

Lihat setiap dinding kat dalam dan luar rumah. Ada tak lubang-lubang yang teruk kelihatan? Tandas dalam keadaan baik atau tak? Lantai ada nampak bocor sana-sini? Perhatikan perkara seperti ini dengan teliti.

Lepas itu, kaji keharmonian kawasan itu dengan tanya jiran berdekatan. Adakah kawasan itu senang orang jahat nak merompak, atau bebas daripada masalah jenayah dan dalam keadaan harmoni?

Kita boleh datang melawat pada bila-bila masa, tak kira siang atau malam, walaupun tak buat “appoinment” dengan pemilik rumah.

Boleh sahaja kalau setakat nak tengok kawasan sekeliling rumah. Tapi, lebih baik buat kalau nak tengok rumah secara menyeluruh.

Idea utama tindakan ini adalah supaya kita dapat pilih rumah yang tepat dengan matlamat kita.

#4: (E)verything – Timbang balik semua perkara

Ini adalah jawapan kepada persoalan “nak pilih rumah yang mana.” Perkara yang korang buat sebelum ini buatkan pilihan korang jadi semakin spesifik.

Antara perkara yang korang kena ambil kira adalah bajet untuk beli rumah.

Buat kira-kira supaya kita tak terlepas pandang setiap perkara yang perlu dibayar seperti S&P, kos bayar peguam, dan sebagainya.

Bukan perkara pelik kalau ramai yang buat keputusan membeli rumah sebelum mula cari hartanah. Dan mereka kerap lari bajet. Ia dah banyak terjadi sebelum ini.

Mula cari hartanah bila kita ada duit yang cukup. Ambil kira setiap perkara dan bila dah jumpa yang berkenan, boleh terus beli.

#5: (E)nter – Nilai sekali lagi untuk kali yang terakhir

Dah buat keputusan nak pilih rumah yang mana? Kalau dah, masuk sekali lagi dalam rumah itu dan teliti betul-betul setiap sudut dan kondisi dalam rumah.

Kali ini, kita bukan nak tengok kain langsir atau perabot yang tersusun dalam rumah.

Tapi kita nak kaji ada tak kerosakan pada asas (foundation) rumah, seperti tiang dan sebagainya. Periksa juga barang eletrik seperti soket dan paip air untuk lihat kalau ada yang perlu diganti.

Buat nota kalau ada sebarang kerosakan kat barang-barang seperti ini.

Kerosakan yang ada boleh kurangkan harga rumah. Melainkan kalau pemilik asal setuju nak tanggung kos baik pulih kerosakan, sebelum kita beli rumah itu.

Suka tak perkongsian Tok hari ni? Tok harap korang amalkan “5E” ini sebelum bertindak beli rumah.

Tak elok pula kalau kita dah beli rumah, tapi rasa menyesal kemudian hari. Kalau harga rumah murah, Tok tak kisah.

Ini bukan cerita seringgit dua. Ini pelaburan hingga cecah ratus-ratus ribu. Jadi, berikan sepenuh fokus dan buat dengan teliti. Tok doakan agar korang semua berjaya.

BACA: Beli rumah baru dengan modal ciput

BACA: 11 perkara orang bijak ambil tahu sebelum refinance rumah

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *