Login

Register

Login

Register

Acacia Residences, Salak Perdana – Serviced apartment Freehold baru bawah RM300K

| | ,

“Ada lagi ke rumah baru pada harga bawah RM300,000 dekat kawasan Selangor?”

Dengan pelbagai tawaran yang menarik dari pihak pemaju, tak patut anda lepaskan peluang emas ini untuk memiliki rumah sendiri tahun ini.

Dah jadi tanggung jawab Tok untuk bekalkan anda dengan pilihan rumah yang terbaik untuk tujuan own-stay (duduk sendiri) dan juga sebagai pelaburan. Anda boleh pilih mengikut kesesuaian strategi yang anda nak guna. 

Dan yang baru Tok jumpa ni, harganya tak sampai RM300,000 pun, Bayangkan, anda cuma perlu bayar RM1,200 sebulan untuk memiliki serviced apartment Freehold baru ini. 

Berminat nak tahu lebih lanjut? Jemput baca perkongsian Tok hari ini. 

Projek low-density yang selesa untuk golongan bujang atau keluarga? 

Projek yang Tok maksudkan adalah Acacia Residences, yang bertapak megah di kawasan Salak Perdana, Sepang. 

Kediaman berstatus Freehold yang atas tanah komersial ini dibangunkan oleh NCT United Development Sdn Bhd, dan dijangka siap pada suku ke-4 tahun 2022 nanti. 

Acacia Residences ini juga sebuah projek kediaman berkepadatan rendah (low-density), dan mempunyai 478 unit dalam satu blok setinggi 36 tingkat. 

Di setiap tingkat pula, hanya ada 16 unit sahaja yang tersedia. 

Bermakna, anda boleh jangkakan kehidupan yang tenang di sini sebab jumlah unit yang tak banyak seperti projek berkepadatan tinggi (high-density) yang lain. 

Susun atur yang ditawarkan pula amat praktikal untuk kelangsungan kehidupan harian yang selesa dan mantap untuk golongan bujang ataupun yang sudah berkeluarga.  

Bab keselamatan pula, anda tak perlu risau. Dengan sistem keselamatan 2-tier 24 jam, anda boleh menetap di sini tanpa perlu risau tentang keselamatan keluarga. 

Berapa jenis layout (susun atur) yang ditawarkan di Acacia Residences? 

Projek ini hanya menawarkan satu jenis susun atur sahaja, di mana keluasan setiap unit berkeluasan adalah pada 850 kaki persegi. 

Setiap unit juga mempunyai 3 bilik tidur dan 2 bilik air, cukup selesa untuk golongan bujang yang mahu memiliki rumah pertama dan juga keluarga kecil dan sederhana besar. 

Dan setiap bilik ini juga dilengkapi dengan set almari baru. Untuk bilik air pula, pemaju akan install siap-siap jubin yang cantik. 

Setiap pemilik unit Acacia Residences juga akan dapat 2 tempat letak kereta secara percuma. Senang untuk anda yang memiliki lebih daripada sebuah kereta dan tak perlu lagi berebut atau pening kepala tentang ruang parking.

Buat yang bertanya, maintenance fee di Acacia Residences hanya RM168/sebulan.

Apa fasiliti yang tersedia di sini? 

Dengan kadar maintenance fee yang rendah tadi, anda boleh jangkakan fasiliti yang terbaik untuk penghuni di Acacia Residences ini. 

Antara fasiliti yang disediakan seperti: 

  • Kolam renang, 
  • Taman permainan kanak-kanak, 
  • Bilik pertukaran (changing room) untuk lelaki dan wanita, 
  • Surau (untuk lelaki dan wanita), 
  • Taman landskap, 
  • Mini market
  • Function hall, 
  • Nursery, 
  • Cafe, dan 
  • Laundry

Semua fasiliti yang tersedia ini akan memudahkan anda menjalankan kehidupan yang baik di sini, tak kira untuk yang masih bujang ataupun yang sudah berkeluarga. 

“Ada kemudahan yang berdekatan ke dengan Acacia Residences ini, Tok?”

Sudah tentu ada!

Antara kemudahan yang tersedia seperti akses mudah ke lebuh raya utama yang berdekatan: 

  • Maju Expressway, 
  • SKVE, 
  • ELITE, 
  • Putrajaya – Cyberjaya Expressway, dan 
  • KL – Seremban Highway. 

Selain sambungan lebuh raya yang mantap, anda juga ada akses mudah ke Stesen Transit ERL Salak Tinggi yang juga menghubungkan anda terus ke KLIA. 

Berdekatan Acacia Residences juga, terdapat pelbagai institusi pendidikan yang terdiri daripada sekolah rendah, menengah dan juga institusi pendidikan tinggi seperti: 

  • SK Bandar Baru Salak Tinggi (SeBaTi),
  • SMK Bandar Baru Salak Tinggi,
  • Sekolah Kebangsaan Salak,
  • SAM Bandar Baru Salak Tinggi,
  • Sekolah Rendah Agama Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • SJK (T) Bandar Baru Salak Tinggi, 
  • SMK Seri Sepang, 
  • Xiamen University Malaysia, 
  • Kolej Teknologi Timur (KTT), 
  • Malaysia Institute of Technology, 
  • Universiti Sains Islam Malaysia, dan
  • University MANIPAL. 

Untuk aktiviti berhibur di hujung minggu pula atau membeli barang keperluan dapur, anda boleh ke: 

  • Kelab Golf Nilai Spring, 
  • Taman Tasik Teratai, 
  • Sepang Mini Stadium, 
  • Giant Nilai, 
  • Tesco Nilai, 
  • AEON Nilai, 
  • Horizon Village (HVO), dan
  • Pusat Komersial Nilai Square.

Di sini juga, terdapat akses dekat ke hospital berdekatan kalau berlaku sebarang masalah kesihatan dan kecemasan. Antara yang terdekat seperti: 

  • Sepang Medical Centre, 
  • Nilai Medical Centre, dan
  • USIM Hospital.

Jadi, berbaloi ke beli Acacia Residences ini? 

Ini pendapat personal Tok berkenaan projek ini. 

Untuk serviced apartment baru harga bawah RM300,000 di Salak Tinggi, projek ini sesuai untuk anda yang mencari rumah pertama pada harga mampu-milik. 

Bayangkan, anda hanya perlu bayar RM1,200 sebulan untuk serviced apartment Freehold baru. Kalau gaji RM3,500 sebulan, baru guna 34.28% dari gaji anda! 

Dengan akses mudah ke pelbagai lebuh raya dan kemudahan yang berdekatan, projek ini berbaloi sangat untuk dimiliki tanpa perlu keluarkan duit yang banyak untuk dimiliki. 

Bagi yang berkeluarga pula, saiz unit cukup selesa untuk menampung keluarga kecil dan sederhana. Akses ke pelbagai sekolah dan juga pusat kesihatan terdekat menjadi aspek penyokong untuk golongan ini. 

Miliki serviced apartment Freehold baru ini pada hanya RM500 

Buat anda yang berminat, pemaju menawarkan booking fee pada hanya RM500 sahaja. 

Dan ini berita baik buat pembaca Gila Hartanah. Kami akan berikan diskaun ekstra kepada anda jika menempah unit Acacia Residences dengan kami. 

Buat anda yang berminat, isikan maklumat anda dalam form di bawah. Khas untuk anda, kami akan berikan laporan kewangan secara percuma (Anda boleh tahu DSR terkini dan berapa harga rumah yang anda boleh beli).

Previous

Rencana Royale, TTDI – Premium suite mewah Freehold pada harga bermula daripada RM399,000

Adenia – Setia Warisan Tropika – Kediaman teres 2 tingkat mewah khas untuk anda

Next