PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

9 tabiat berjimat orang terkaya di dunia. No. #1 paling padu

“Siapa yang ada impian nak jadi kaya-raya?”

Pasti ramai antara korang yang akan jawab ‘YA.’ Best jadi kaya ni. Macam-macam perkara korang boleh buat.

Cuma nak jadi kaya tu, Tok yakin semua orang mampu buat. Tapi nak kekalkan kekayaan pulak, itu cerita lain.

Nak tahu caranya? Jemput baca perkongsian Tok hari ini.

P/S: Bilionair pun buat semua tip yang bakal Tok kongsikan ini.

Dah kaya gila pun, masih tetap berjimat?

Tip ini adalah perkongsian Tuan Mohamed Rajaie.

Kita semua ada impian untuk menjadi kaya-raya dan hidup dalam keadaan tenang tanpa fikirkan wang yang ada dalam dompet, atau pun akaun bank sama ada cukup atau pun tak.

Tapi, ini boleh jadi bukti yang golongan orang kaya elit ini hidup dalam gaya hidup berjimat yang cukup untuk buatkan kita rasa pelik.

Berikut adalah pendedahan tabiat berjimat “tahap dewa” golongan elit ini:

#1: Buang perangai “berlagak mampu”

Mark Zuckerberg 13.12.16 1

Sumber gambar: Wired

Mark Zuckerberg,CEO dan juga pengasas Facebook memilih untuk berpakaian ringkas.

Korang boleh tengok sendiri mana-mana gambar beliau. Memang jarang nampak dia berpakaian seperti seorang hype beast.

Contohnya, pakaian yang selalu dipakai oleh Mark Zuckerberg adalah sehelai jeans dan t-shirt kelabu.

Dia juga memilih untuk memandu kereta bernilai £20,000.

  • Jumlah kekayaan: £30.4 bilion.

#2: Tak amalkan sikap melebih-lebih

warren buffett 13.12.16 1

Sumber gambar: City AM

Siapa yang tak kenal nama Warren Buffet?

Beliau antara pelabur paling berjaya dekat muka bumi ini. Beliau sangat terkenal sebab sukakan sikap bersederhana.

Walaupun beliau antara yang terkaya di dunia sekarang ni, Buffet masih memilih untuk tinggal di rumah yang beliau beli 50 tahun dulu.

Rumah ini terletak di Omaha, Nebraska. Dan ia hanya bernilai £21,000 walaupu mempunyai hartanah lain.

  • Jumlah kekayaan: £41.8 bilion.

#3: Tak ambil endah tentang “kelas” (“class”)

Azim Premji 13.12.16 1

Sumber gambar: Dekh News

Azim Premiji, juga dikenali sebagai Csar Indian IT Industry.

Beliau pulak suka travel dengan bajet yang sedikit dan berjimat. Contohnya, beliau memilih untuk menghuni di hotel yang murah (selain hotel 5 bintang) ketika sedang bercuti.

Tak cukup dengan tu, beliau juga dikenali sebab gunakan pinggan kertas semasa majlis perkahwinan anaknya.

  • Jumlah kekayaan: £10.1 bilion.

#4: Jangan dilupa tentang kesihatan diri sendiri

ingvar kamprad 13.12.16 1

Sumber gambar: Twitter

Ingvar Kamprad selalu marah orang lain yang tak gunakan kedua-dua belah kertas.

Selain tu, beliau juga selalu makan meatball di kedai Ikea miliknya, serta elakkan mengambil garam dan lada sachet bila nak makan.

  • Jumlah kekayaan: £2.3 bilion.

#5: Jutawan ini cuma ada 2 pasang kasut sejak sedekat lalu?

Mayor Michael Bloomberg 13.12.16 1

Sumber gambar: Esquire

Michael Bloomberg, bekas Datuk Bandar New York ini menjadi tajuk perbualan utama setelah mengesahkan, dia hanya memiliki 2 pasang kasut kerja je sejak 2 dekat lalu.

Beliau hanya tukar tapak kasut itu je kalau dah rosak teruk.

  • Jumlah kekayaan: £238 juta.

#6: Tak kisah buat 2 kerja. Asalkan boleh simpan duit lebih banyak daripada biasa

Jay Leno 2 13.12.16 1

Sumber gambar: Florida Realtors® Convention

Jay Leno adalah seorang pelawak, pelakon, dan juga selebriti TV terkenal di Amerika.

Semasa zaman muda dulu, dia dah mula buat 2 kerja. Mulanya, dia bekerja di kedai menjual kereta dan gerai makanan segera.

Dia membelanjakan satu daripada gaji dan menyimpan satu lagi bahagian gaji.

Sampai sekarang, beliau masih buat 2 kerja dalam satu masa sebagai selebriti TV dan juga stand-up comedy.

  • Jumlah kekayaan: £238 juta.

#7: Tetapkan bajet barang runcit yang nak dibeli (dan ikut bajet tu rapat-rapat)

t boone pickens 13.12.16 1

Sumber gambar: Zero Hedge

T. Boone Pickens adalah pengerusi BP Capital. Beliau hanya membeli barangan keperluan runcit yang ada dalam senarai yang beliau buat.

Dengan meletakkan bajet yang tetap, beliau dapat elak membeli barang yang takde keperluan.

  • Jumlah kekayaan: £1 bilion.

#8: Latih diri hidup macam orang tak berduit

Elon Musk 13.12.16 2

Sumber gambar: TED.com

Elon Musk adalah pengasas Space X dan juga kereta eletrik, Tesla.

Sebelum Musk bergelar jutawan, Musk cuba untuk hidup dengan 1 dolar sehari untuk menilai adakah dia mampu unutk hidup tanpa makan gaji dan fokus pada impiannya.

Dan ia ternyata berbaloi.

  • Jumlah kekayaan: £8.6 bilion.

#9: Beli apa yang perlu saja. Tak perlu berlebih setiap masa

Steve 13.12.16 1

Sumber gambar: Business Insider

Cerita ini berasal daripada seseorang yang pernah teman mendiang Steve Jobs shopping.

Beliau (Steve Jobs) lebih sanggup kesejukan daripada membeli baju sejuk yang baru. Ini sebab beliau rasakan yang dia belum gunakan baju sejuk sepenuhnya, dan dia tak patut beli baju sejuk yang baru.

  • Jumlah kekayaan: £4.6 bilion.

Bayangkan. Nama yang tersenarai dalam ini semuanya orang yang kaya gila. Taraf bilionair kot.

Cuba reflect balik dengan diri korang sendiri. Mereka yang harta dah mencapai tahap bilion pun, masih berjimat macam orang takde duit. Dan mereka terus kekal kaya sampai hari ni.

Ni korang yang gaji belum sampai RM10,000 sebulan, dah menggatal nak pakai Biyemdabelyu. Tak malu ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *