PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

5 tip tingkatkan skil rundingan anda, supaya mudah “close deal” dan buat banyak untung

“Skil berunding adalah sebuah seni.”

Tok yakin, ramai yang dah sedia tahu. Pelabur hartanah yang bagus dalam bab berunding lebih senang nak dapatkan hartanah dengan nilai terbaik.

Ada case study Tok pernah baca (berdasarkan pengalaman sebenar pelabur), beliau tak payah tanggung kos deposit, dan siap dapat tunai lebihan sebanyak RM40,000 lepas berjaya close deal.

Dan ini semua berpunca daripada skil berunding yang baik.

Jadi, korang nak belajar skil berunding yang sentiasa buat untung? Baca perkongsian tip Cikpuan Stephy Lim ini, dan mula asah bakat korang sekarang.

Tip #1: Bersiap sedia sebelum sesi rundingan

Kalau tak bersedia untuk hadapi sesi rundingan dengan pembeli, korang ada potensi tinggi untuk buatkan rundingan itu gagal.

Bila gagal, korang sendiri yang rugi. Padahal, korang ada peluang untuk dapatkan hartanah yang baik setiap kali bertemu dengan penjual.

Elakkan alasan seperti:

  • “Aku tak cukup masa sebab sibuk sangat.”
  • “Aku dah cukup bersedia. Semua fakta dah ada dalam kepala otak aku.”
  • “Senang saja nak close deal. Aku dah ada banyak pengalaman.”

Alasan yang ke-3 atas ini boleh makan diri korang.

Kalau korang nak tahu, pelabur yang ada pengalaman pun sentiasa ulangkaji dan bersedia daripada pelbagai sudut, sebelum turun ke sesi rundingan.

Usaha yang wajar (due diligence) tentang hartanah yang korang nak beli itu amat penting, bagi memastikan proses rundingan kita berjaya.

Sekarang, semua maklumat boleh kita dapatkan dalam sekelip mata. Ada macam-macam bahan bacaan kat Internet atau media sosial yang bagus berkaitan bab hartanah.

Nak lagi best? Gunakan senarai networking korang. Jumpa dulu dengan ejen hartanah yang korang kenal, dan dapatkan pandangan mereka.

Bawah ini antara poin penting yang bagus untuk korang ambil tahu:

  • berapa lama hartanah itu dalam status nak dijual dalam pasaran,
  • transaksi terbaru hartanah itu (dapatkan fakta-fakta ini),
  • fahami lokasi dan hartanah sekitar kawasan yang kita nak beli (ini termasuk kemudahan, potensi pembangunan masa depan, pengangkutan awam, dan lain-lain),
  • kenal pasti harga jualan dan dapatkan maklumat sama ada ia boleh dirunding atau tak,
  • dapatkan sebab kenapa pemilik nak jual hartanah itu,
  • cari maklumat tentang kadar sewa dan potensi sewaan kat kawasan hartanah yang kita nak beli itu (maklumat ini bagus kalau beli untuk pelaburan).

Ramai yang ingat proses rundingan sentiasa tertumpu kat buat untung. Sebenarnya, ini adalah perkara sampingan saja.

Dalam banyak-banyak kes, rundingan bertujuan untuk selesaikan masalah antara pembeli dan penjual, dan untuk mencapai win-win situation.

Tip #2: Sentiasa satu langkah ke hadapan

Sebelum sesi rundingan bermula, fikirkan beberapa bantahan yang mungkin penjual akan usulkan.

Dari sini, kita boleh mula fikirkan strategi dan cara terbaik untuk atasi masalah ini dengan lebih berkesan.

Sebab itu, kita boleh berjumpa dengan ejen atau mentor kita untuk bincangkan proses rundingan yang bakal berlaku.

Pengalaman mereka pasti dapat membantu kita uruskan rundingan ini dengan baik, serta dapat elakkan perkara buruk daripada gagalkan proses rundingan.

Kadang-kala, penjual cenderung untuk terjebak dengan satu poin tertentu, yang mereka yakin boleh selesaikan masalah. Padahal, ada macam-macam lagi cara untuk mencapai matlamat ini.

Tip #3: Banyakkan tanya soalan kat penjual

Ini adalah satu senjata rahsia perunding yang bagus – soalan.

Lepas dah tanya soalan kat mereka, dengar apa yang mereka nak kata dan diamkan diri. Dan elakkan mencelah perbualan mereka secara langsung atau tak langsung.

Pada masa yang sama, catitkan segala poin penting dalam perbualan ini kat atas nota supaya kita tak lupa.

Orang yang ajukan soalan adalah orang yang mengawal perbualan. Dan elakkan soalan yang tertumpu kat hartanah itu (sebab kita dah buat persediaan awal dalam tip sebelum ini).

Tujuan utama tindakan ini adalah untuk membina tahap keselesaan antara penjual dan pembeli. Dan ia juga buatkan penjual selesa sepanjang perbualan dan tak kisah nak kongsikan buah fikiran mereka.

Tip #4: Belajar cara mendengar yang baik

Satu lagi skil yang tentukan sama ada kita perunding yang baik atau tak, adalah skil mendengar kita.

Ramai perunding yang baru berjinak-jinak dalam industri ini terlalu ghairah nak buktikan, yang mereka tahu banyak perkara tentang hartanah.

Ini adalah punca yang buatkan penjual kurang berminat nak berbincang dengan perunding jenis ini.

Silap haribulan, ia boleh bertukar menjadi mimpi ngeri. Dah tentu perkara ini akan buatkan proses rundingan temui kegagalan pada akhirnya.

Skil mendengar adalah penting, sebab ia jadi punca utama untuk dapatkan kepercayaan dan keyakinan pihak penjual. Selain itu, ia juga buatkan penjual rasa diri mereka penting.

Satu lagi skil yang suka Tok nak pesan adalah ekspresi muka semasa mendengar cakap mereka. Semasa mendengar, adalah bagus untuk kekalkan eye contact yang baik, supaya mereka tahu kita sedang mendengar dengan teliti.

Semua ini akan buatkan proses rundingan menjadi lebih mudah, sebab tak ada siapa yang suka berbual dengan orang yang mereka sendiri tak selesa.

Bila mereka selesa berborak dengan kita, secara tak langsung mereka akan bagitahu keperluan, kehendak, dan sebab utama mereka nak jual hartanah ini.

Ini akan tempatkan kita kat kedudukan yang terbaik untuk dapatkan rundingan yang menarik, dan untungkan kedua belah pihak.

Sebagai contoh, ada sesetengah orang nak jual hartanah sebab mereka ada masalah kewangan. Bila kita gunakan skil ini, mereka tak kisah kalau kita tawarkan harga jualan yang lebih rendah, supaya hartanah ini dapat dijual dengan lebih cepat.

Ada juga kes yang penjual bertujuan nak dapatkan harga terbaik untuk hartanah mereka. Sebab itu, skil ini bagus untuk kita dapatkan idea tentang matlamat utama mereka.

Tip #5: Anda berunding bukan untuk menang

Ramai yang anggap proses rundingan berlaku sebagai satu pertandingan. Ini adalah gaya fikir (mindset) yang kurang tepat.

Dalam dunia sebenar, ia tak berfungsi seperti itu. Rundingan bukan sebuah pertempuran antara prospek dan penjual.

Rundingan adalah satu proses di mana prospek nak dapatkan matlamat mereka, dan penjual juga dapat capai kemahuan mereka. Macam yang Tok cakap tadi, ia bertujuan untuk mencapai win-win situation.

Rundingan yang berjaya adalah bila kedua belah pihak dapat mencapai matlamat masing-masing, dan boleh tinggalkan meja rundingan dengan hati yang tenang.

Dengan betul-betul fahamkan apa yang mereka nak capai, baru kita boleh buat tawaran yang terbaik untuk dua belah pihak.

Kemahiran berkomunikasi yang baik boleh buatkan kita dapatkan maklumat penting dalam rundingan yang dibuat.

Satu lagi pesan Tok. Elakkan emosi menguasai diri semasa jalankan proses ini.

Bila kita sedar yang rundingan ini tak berjalan seperti yang kita nak, sentiasa bersetuju untuk undurkan diri, dan rancang pertemuan lain dengan penjual untuk berbincang sekali lagi.

Ini akan beri masa kat kita dan penjual untuk fikirkan solusi dan alternatif lain, supaya masing-masing dapat mencapai persetujuan yang baik.

Sebelum jalankan sesi rundingan, belajar dulu skil berunding yang betul untuk tingkatkan potensi pulangan pelaburan yang ohsem.

Dan tak perlu putus asa kalau beberapa rundingan awal korang gagal. Ini adalah satu proses pembelajaran yang mengambil masa, sama seperti perkara yang lain juga.

Practice makes perfect. Tok doakan korang berjaya dalam rundingan yang bakal korang buat nanti. Ameen.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *