Dapat kunci rumah baru? Buat 4 langkah wajib ini

Untuk yang belum tahu apa itu rumah undercons, asasnya rumah undercons (under construction) adalah rumah yang masih dalam fasa pembinaan.

Atau bahasa mudahnya, rumah yang belum siap. Ramai orang suka rumah jenis undercons ni sebab harganya yang jauh lebih murah.

GH Masterclass

“Tapi kalau tak ada ilmu dan strategi yang betul untuk beli rumah undercons ni, boleh jadi kesilapan pembelian terbesar dalam sejarah hidup korang tau.”

Untuk tahu dengan lebih lanjut pasal rumah undercons ni, nah Tok sediakan link untuk korang yang terlepas. Klik sini

Harini Tok nak share ilmu dari tuan Syahrim Naim, seorang ejen dan pelabur hartanah yang berpengalaman dan sudah berada dalam dunia hartanah sejak 2016 tentang 4 langkah yang perlu dilakukan selepas rumah pelaburan undercons anda siap.


Bila anda dah beli hartanah pelaburan undercons, anda pasti menghitung hari untuk rumah itu siap. Anda mesti tak sabar-sabar untuk melihat bagaimana hasil pembinaan projek itu.

Ok, ini saya kongsikan 4 langkah apa yang anda harus lakukan bila rumah itu siap.

#1: Ambil cuti untuk ambil kunci secepat mungkin

Bila pemaju maklumkan anda boleh ambil kunci, segeralah pergi ambil kunci itu. Kalau boleh ambillah kunci pada hari pertama pemilik rumah boleh ambil.

Bergerak pantas akan membolehkan anda memulakan kerja-kerja menyiapkan unit anda untuk disewakan segera. Ingat, masa itu amat bernilai.

#2: Periksa ‘defects’ (kerosakan) dengan kadar segera

Periksa jika unit itu ada sebarang ‘defects’ tetapi jangan buang masa untuk minta pemaju betulkan ‘defects’ yang kecil seperti cat tidak rata, garis retak halus (hairline cracks) atau tiles sedikit tidak rata. Ketidaksempurnaan yang kecil boleh ditutup dengan hiasan dalaman yang bijak.

Anda tidak mahu buang masa 1-2 bulan untuk pemaju betulkan kerosakan kecil yang tidak bermakna.

#3: Bawa pereka dalaman sekali

Pada hari anda ambil kunci dan periksa ‘defects’, bawa sekali pereka dalaman anda bersama. Anda sebenarnya sudah beri pelan susunatur dan bincang dekorasi bagaimana yang anda mahu, tapi semakan ukuran masih perlu dilakukan bagi memastikan pemasangan yang baik dan pantas.

Kadang kala, ada perbezaan antara pelan dan binaan sebenar. Selain itu, pastikan pasukan rekaan dalaman boleh mulakan kerja secepat mungkin jika tiada ‘defects’ yang teruk. Pastikan unit anda dapat disiapkan kurang dari 1 bulan.

#4: Hubungi ejen hartanah segera

Anda perlu dapatkan ejen hartanah yang ahir dengan kawasan itu untuk pasarkan unit anda. Jangan ambil terlalu ramai ejen sampai anda sendiri tak ingat yang mana satu.

Mungkin 2-3 orang sudah memadai. Berikan mereka gambar 3D unit anda yang dihasilkan oleh pereka dalaman anda supaya lebih menarik dan mudah untuk mereka iklankan.

Jadi untuk yang dah beli rumah jenis undercons ni, Tok harap korang tak terlepas pandang langkah-langkah ni sebab penting sangat dan ramai yang selalu ambil ringan.

Kadang ada yang rasa benda ni tak penting. Tapi bila ada masalah, mula la garu kepala macam mana nak settle.

137 Shares

Leave a Reply