Login

Register

Login

Register

3 tabiat urus duit yang tak patut anda buat, kalau nak kewangan selamat

Bila berborak pasal pengurusan duit, Tok suka sentuh kat perkara yang paling asas.

Kalau ilmu asas pun kita belum master, macam mana nak beralih ke ilmu yang lebih advance? Ilmu pengurusan kewangan juga macam ni.

Kalau nak pastikan kewangan korang selamat, elakkan buat 3 tabiat yang dikongsi Tuan Zainal Zulia ni. Kalau tak, Tok boleh jamin kewangan korang pasti akan bermasalah.

Tabiat #1: Berbelanja dulu, baru menyimpan

Kita selalu dikejutkan dengan ramai graduan yang diisytihar muflis mula bekerja.

Bagaimana hal ini boleh berlaku?

Ini sebab bila mereka terima gaji bulanan, mereka cenderung untuk berbelanja terlebih dahulu, dan hanya meninggalkan sebahagian kecil gaji bulanan untuk disimpan.

Malah yang lebih kronik, mereka memilih kad kredit sebagai jalan mudah untuk berbelanja semata-mata mahu memuaskan nafsu mereka. Yang akhirnya, mereka lemas dalam krisis kewangan yang mereka cipta sendiri.

Ini adalah tabiat buruk yang ramai orang buat. Tak kiralah berapa besar pun gaji, kita sehabis daya ingin menghabiskan duit itu.

Bahkan, walaupun baki akaun tinggal RM100 sekalipun, kita akan tergoda untuk berbelanja terutamanya apabila termakan dengan godaan musim jualan murah.

Solusi yang patut anda buat

Saya syorkan agar korang menyimpan duit simpanan itu kat dalam akaun berasingan.

Mulakan dengan kadar simpanan kecil, hatta RM50 pun.

Mulakan dan biasakan tabiat ini, korang bakal ada simpanan yang akan meningkat secara berperingkat. Korang juga akan cenderung untuk lebih berjimat-cermat, dan bertindak matang dalam berbelanja.

Cadangan: Wujudkan akaun untuk tabung penampan korang, sekurang-sekurangnya berjumlah 3 bulan gaji korang.

Tabiat #2: Langsung tak pasang niat nak gandakan wang simpanan

Apakah agenda seterusnya apabila telah berjaya mewujudkan tabung penampan?

Mula gandakan duit korang dengan pelaburan.

Simpanan dalam tabung penampan hanya mampu berkembang dalam kadar 1-2% setahun, dimana ia tak akan terkesan dek krisis inflasi untuk jangka masa panjang.

Solusi yang patut anda buat

Peringkat permulaan, saya sarankan agar korang melabur dalam saham amanah. Dalam masa sama, korang juga perlu tetapkan matlamat dan jangka masa pelaburan korang ya.

Pelaburan saham amanah adalah lebih baik untuk jangka masa 3 hingga 5 tahun.

Contoh Perbandingan Pelaburan

1) RM100 sebulan selama 30 tahun

  • Simpanan dalam bank (purata 2% setahun) : RM49,310
  • Simpanan dalam saham amanah (Purata 9% setahun) : RM171,734

Mulakan pelaburan anda, selepas anda punyai simpanan 3 bulan gaji anda!

Tabiat #3: Tak pentingkan ilmu dan dapatkan tunjuk ajar mentor

Masa korang suarakan hasrat untuk melabur, berduyun-duyunlah ejen saham amanah, dan ejen insurans datang dekat korang, memujuk dan menggoda untuk melabur bersama mereka.

Ini situasi yang normal.

Tapi ramai individu buat keputusan secara melulu sebab termakan pujuk rayu ejen, tanpa fahamkan instrumen pelaburan yang sesuai dengan kehendak dan objektif mereka.

Secara amnya prioriti utama ejen adalah mendapat jualan dan meraih komisen, daripada membantu korang memahami lebih dalam risiko sebenar dan tujuan instrument pelaburan tersebut.

Dan Tok nak korang faham satu perkara. Tak semua ejen perangai macam ni. Itu sebab korang kena cari ejen yang bagus dan tak lokek kongsikan ilmu dan pengalaman mereka.

Solusi yang patut anda buat

Objektif korang mesti mempunyai jangkamasa (3,5, atau 10 tahun) dengan jumlah yang spesifik dan logik untuk dicapai.

Contohnya beli rumah dalam masa 5 tahun. Sambil itu juga, mengambil kira anggaran harga, kesan inflasi dan jumlah simpanan yang sedia ada.

Kalau korang serius nak bermula, dapatkan segera buku-buku nasihat kewangan tempatan seperti Tuan Azizi Ali, Yap Ming Hui, Suntara Segar atau lain-lain sebagai pemulaan.

Tak mustahil pada masa depan, nilai RM10 tak akan sama dengan nilai RM10 sekarang.

Jadi, pengurusan kewangan yang baik adalah wajib bagi semua orang. Baik lagi kita bersedia sebelum apa-apa kejadian yang buruk berlaku. Setuju tak dengan Tok?

Tok Penghulu

Read Previous

Anda nak tahu cara beli hartanah bawah nilai bank (below bank value)?

Read Next

Hati-hati dengan tawaran JV (joint venture) dalam seminar hartanah. Ikuti kupasan Tuan Faizul Ridzuan pasal skim sontot ini

Leave a Reply