PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Kenapa pelabur suka jadikan kawasan student sebagai ‘lubuk duit’?

Pernah dengar nama Universiti Xiamen (XMU)?

Kalau korang tak pernah dengar, jangan risau. Tok pun baru tahu kewujudannya 2-3 tahun yang lepas.

XMU dibina dengan kerjasama kerajaan China dan Malaysia. XMU juga antara universiti terawal yang kerajaan China luluskan untuk dibina di luar China.

Untuk pengetahuan korang universiti ni dah berumur lebih 93 tahun.

Diasaskan pada tahun 1921, XMU di China dah menghasilkan lebih daripada 200,000 graduan yang kini bekerja dalam pelbagai bidang dan industri.

Tok, kenapa sembang pasal universiti pulak ni?

Hari ni Tok nak tunjukkan kat korang macam mana universiti boleh mempengaruhi hartanah di kawasan sekitar.

Korang dah sedia maklum yang universiti ni merupakan salah satu item yang boleh dikategorikan dalam booster hartanah.

Kenapa universiti boleh dianggap booster?

Formula mudahnya korang kena tahu yang setiap semester akan ada student baru yang masuk belajar di universiti.

Asas sebuah universiiti adalah pusat pembelajaran.

Jadinya kawasan universiti selalunya melebihkan ruang pembelajaran dan aktiviti daripada hostel pelajar.

Oleh sebab yang demikian, asrama universiti tak pernah cukup untuk semua pelajarnya.

Jadi, bila asrama tak cukup, pelajar lain duduk dekat mana?

Hartanah di sekitar kawasan universiti

Kesan daripada tu, akan menjadikan semua rumah di kawasan berdekatan mempunyai demand daripada pelajar universiti itu tadi.

Demand yang macam mana?

Yang itu korang kena tengok balik apa jenis pengajian yang ditawarkan dekat universiti tu, jangka masa program diploma dan ijazah misalnya mempunyai jangka masa yang lain dengan program Masters dan PHD.

Jangka masa akan mempengaruhi secara langsung berapa lama diorang akan menyewa hartanah di sesebuah kawasan tu.

Lain universiti, lain pengaruhnya

Bukan setiap universiti akan memberi pengaruh yang bagus kepada kawasan hartanah sekitar. Bergantung selalunya kepada jenis universiti.

Kalau di Malaysia market sewa universiti awam dan swasta mempunyai range sewa yang berbeza.

Kalau korang nak tahu cuba korang bandingkan rumah sewa pilihan pelajar di kawasan seksyen 7 Shah Alam, dengan sekitar Subang Jaya.

Kalau korang macam Tok, ingin tahu dan suka menganalisa, korang akan nampak yang pelajar di universiti swasta lebih suka untuk memilih penempatan mewah seperti studio dan apartment.

Rumah jenis studio selalu menjadi pilihan, sebabnya mereka lebih suka hidup bersendirian (lebih private begitu). Dan kadar sewanya tidak terlalu melampau untuk individu.

Anda free hujung minggu ini? 

Sebelum Tok habis cakap, ada satu lagi perkara penting yang Tok nak bagitau korang.

Hujung minggu ni, KIP Group akan buat pelancaran show unit projek CORE SoHo Suites. Klik sini sekarang untuk tempah seat anda sekarang. 

Bermakna, korang boleh tengok sendiri pelan projek ni depan mata.

Sambil-sambil tu, boleh ambil feel dan gunakan segala maklumat yang ada dekat situ dan buat keputusan membeli.

Jangan buang masa lagi. Daftar sekarang dengan klik link ni. 

Korang jugak boleh hubungi hotline mereka untuk sebarang pertanyaan: 019 – 208 0000

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *