PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Sering tumpas dengan nafsu berbelanja? Patahkan ia guna 5 teknik berkesan ini

Korang jenis yang suka shopping lepas dah dapat gaji? Mungkin korang salah seorang yang ada penyakit ketagih membeli-belah. Ia juga dikenali sebagai compulsive spender.

Ramai yang tak sedar mereka ada masalah ini, sehingga ia menular teruk ke dalam diri. Tak cukup itu, penyakit ini terang-terang akan jejaskan kesihatan kewangan kita secara kronik.

Tengah cari ubat untuk atasi masalah ni? Jom baca perkongsian Clark Palmer ini dan ubah kewangan korang supaya jadi lebih baik.

#1: Kenal pasti akar umbi yang buatkan kita membeli (tanpa berfikir terlebih dulu)

Ada pelbagai sebab kita membeli sesuatu barang. Tapi, ia masih tak cukup untuk kita jadikan sebagai punca utama masalah ini berlaku.

Menurut Kit Yarrow (pakar psikologi pengguna kat Amerika Syarikat), compulsive spending banyak berpunca daripada masalah emosi yang menekan diri.

Kebanyakan masalah ini berpunca sebab seseorang itu tengah berdukacita tentang sesuatu perkara, atau sedang berdepan dengan masalah anxiety (perasaan bimbang yang berlebihan), anger (marah), depression (kemurungan), atau masalah emosi yang lain.

Dan emosi ini adalah pemicu utama tindakan membeli (tanpa berfikir) ini berlaku.

Berikan tumpuan kat beberapa jenis emosi ini yang selalu berkaitan dengan compulsive spending ini:

  • fear (takut),
  • guilt (rasa bersalah yang berlebihan),
  • shame (malu),
  • doubt (ragu-ragu),
  • feelings of inadequacy (perasaan yang buatkan kita rasa kekurangan sesuatu), atau lain-lain yang berkaitan.

Sebelum kita boleh mengawal pembelian kompulsif, kenal pasti dulu sebarang emosi yang buatkan kita membeli tanpa berfikir.

Setiap kali nak selesaikan sesuatu masalah, akui yang kita ada masalah itu dan kenal pasti setiap punca masalah ini berlaku. Kita boleh selesaikan masalah itu dengan lebih mudah lepas dah buat semua ini.

#2: Sentiasa bayar gunakan tunai

Dalam kajian Yarrow, ramai yang berbelanja lebih daripada sepatutnya sebab mereka ada akses kad kredit (dan juga kad debit).

Secara tak sedar, membeli dengan kad kredit (atau kad debit) buatkan kita “terputus hubungan” (disconnected) daripada wang sebenar.

Dan bila tak ada sebarang kawalan masa gunakan kad plastik ini, potensi untuk berbelanja secara tak terkawal adalah besar.

Cara terbaik yang boleh kita buat adalah dengan asingkan beberapa jumlah daripada duit gaji bulanan, dan sediakan bajet khas untuk membeli-belah. Kalau bajet itu dah habis, tak usah pula korek duit kat bajet lain ya.

Dengan tunai, kita senang sedar yang duit itu boleh habis pada bila-bila masa. Ini akan jadikan kita lebih berhati-hati nak belanjakan duit itu sebarangan.

#3: Jejak balik perbelanjaan anda

Tak kisah korang suka gunakan aplikasi smartphone, komputer, atau sekadar pen dan kertas, sentiasa amalkan sikap merekod setiap perbelanjaan yang kita buat.

“Perkara yang nak ditulis itu tak penting, selagi kita tak bertindak menulis.” – Kit Yarrow

Ini boleh buatkan kita lebih sedar (conscious) tentang sikap berbelanja diri kita sendiri. Dan juga akan kekalkan momentum kita pulihkan masalah ini daripada jadi lebih teruk.

Kalau terlampau malas nak menulis, boleh saja simpan resit kat satu tempat setiap bulan.

Tapi, lebih baik kita menulis sebab lebih senang kita nak ingat nanti. Lagipun, ia lebih teratur dan senang untuk kita jejak balik setiap perbelanjaan yang kita buat.

#4: Masa sebagai pengubah keputusan membeli

Menurut Yarrow, bila kita berjalan-jalan dan nampak barang yang kita nak beli, badan kita sebenarnya tengah mengambil alih minda kita dan buatkan kita tak berfikir dengan jelas.

Kalau jadi macam ini, berikan diri sendiri masa selama 20 minit sebelum bertindak membeli barang itu.

Dalam tempoh masa ini, kita boleh berfikir secara jelas dan melawan pembelian kompulsif ini dengan berkesan. Selain itu juga, nafsu membeli juga boleh kita kurangkan daripada menguasai diri.

Yarrow sendiri dah cuba teknik ini. Beliau berjaya atasi nafsu membeli sepasang kasut semasa keluar berjalan-jalan dengan kawan kat kompleks membeli-belah. Kalau beliau boleh buat, korang apatah lagi kan?

“Kalau semua orang buat teknik ini, saya percaya banyak duit mereka boleh selamat.” – Kit Yarrow

#5: Isikan hari anda dengan aktiviti sosial

Compulsive spender cuba mengalih perhatian kat tabiat membeli-belah, dengan harapan ia dapat buatkan mereka rasa seperti berhubung dengan orang lain.

Padahal, ia tak akan buatkan kita rasa cukup. Sebab nafsu membeli ini akan berterusan dan tak akan pernah habis, jelas Yarrow.

Dan mereka yang buat perkara ini tak sedar, yang tindakan ini tak akan bawa mereka ke arah kebaikan.

Itu sebab Yarrow nasihatkan supaya mereka buat aktiviti sosial yang sebenar. Tak kisah berjumpa dengan kawan-kawan atau melawat saudara-mara, ia terbukti boleh kurangkan masalah ini daripada berlaku.

Banyak aktiviti sosial yang kita boleh buat. Antaranya seperti bersukan, sertai badan amal atau kelab buku, dan lain-lain lagi. Kita boleh pilih nak buat yang mana satu mengikut minat kita.

Sekarang belum lagi masa untuk kita shopping sakan. Lain cerita kalau duit korang dah terlampau banyak. Kalau dah kaya-raya, ikut suka korang nak beli apa pun. Tok tak ada sebarang halangan.

Sebelum kita berjaya capai tahap ni, usaha dulu kumpul duit dan melabur supaya dapat wujudkan pendapatan pasif ya.

Tok doakan korang cepat-cepat berjaya. Ameen.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *