SHARE
Sumber gambar : Hipflat
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Projek The Zest atau The Zest @ Kinrara 9 ni projek dibangunkan Darul Dinasiti, iaitu anak syarikat Trinity Group.

Situ ada campuran bangunan macam kondominium, pejabat dan kedai dalam satu kawasan. Memang senang la kalau korang dapat tinggal situ.Tak payah fikir macam mana nak makan atau beli barang nanti.

Dibina di atas tanah seluas 5.6 ekar di Bandar Kinrara 9 (BK9), korang mesti teruja dengan fasiliti kat situ.

Boleh pilih pemandangan (view) cantik yang anda suka

Sumber gambar : PropSocial

Tempat ni ada 3 blok dengan 20 tingkat menara yang ada 720 apartment servis, 20 kedai pejabat komersial dan 24 pejabat runcit.

Dengan keluasan dari 1,110 hingga 1,213 kaki persegi, setiap tingkat ada 12 unit. Korang boleh pilih samada nak yang mengadap bandar KL atau kolam renang.

Ada juga yang unit yang berdepan dengan pemandangan hijau padang golf milik Kelab Golf Kinrara sebelah The Zest.

Banyak kelebihan yang anda dapat

Projek ni diinspirasi daripada gaya hidup moden dengan rekaan kontemporari.

Dengan kawalan keselamatan yang ketat 24 jam, korang jugak dapat nikmati WiFi Internet kelajuan tinggi dan landskap hijau.

Paling syok, korang tengok saja fasiliti yang disediakan. Memang banyak dan puas hati.

Korang boleh dapat kemudahan macam kolam renang, bilik membaca, gymnasium, trek jogging, dobi, surau dan kedai serba guna.

Ditambah pula dengan kedai pejabat komersial dan pejabat runcit. Terbaik la.

Dekat dengan lebuhraya Bukit Jalil

Projek campuran ni terletak di Bandar Kinrara 9, nak lagi senang dekat dengan Lebuhraya Bukit Jalil.

Selain tu, The Zest senang jer nak ke situ. Korang boleh ikut laluan lebuhraya KESAS, LDP, KL-Seremban dan juga Sungai Besi.

Lokasi The Zest hanya 20 minit dari KLCC, 10 minit dari Sri Petaling dan 5 minit dari Bandar Sunway.

Sesuai untuk yang berkeluarga

Banyak jugak tawaran fasiliti The Zest kat korang. Selain tu, kemudahan awam pun senang nak dapat.

Kalau yang ada anak, mesti la korang cari dekat dengan sekolah, kedai, restoran, dan institusi pengajian tinggi.

Ada Sekolah Antarabangsa Alice Smith, Universiti Tkenologi Kreatif Limkokwing, Universiti Antarabangsa Perubatan dan APIIT.

Nak beriadah, korang boleh masuk Kelab Golf Kinrara, Kelab Golf Bukit Jalil, dan Mines Golf & Country Resort.

Rasa bosan kat rumah, nak beli belah pun boleh. Situ dekat dengan Giant Kinrara, IOI Mall dan banyak lagi.

Apa yang anda perlu tahu tentang The Zest, Bandar Kinrara?

Nama projek: The Zest, Bandar Kinrara

Alamat projek: Bandar Kinrara 9, Puchong, Selangor

Darul Dinasti (Trinity Group)

Tarikh siap: 2012

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pegangan bebas (freehold)

Jumlah tingkat: 20

Jumlah blok: 3

Jumlah unit: 764

Keluasan binaan (Built-up area): 1,110 hingga 1,213 kaki persegi

Harga Pelancaran: Dari RM224,888

Harga second hand (subsale): RM380,000 – RM1,000,000

Kadar Sewa: RM1,500 – RM2,500

Fi Penyelenggaraan: RM0.23 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM2,039

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM4,078

Jenis keluasan binaan yang ada di The Zest, Bandar Kinrara?

  • Jenis A (1,205 kaki persegi),
  • Jenis B (1,191 kaki persegi),
  • Jenis C (1,119 kaki persegi),
  • Jenis D (1,110 kaki persegi),
  • Jenis E (1,213 kaki persegi) .

Kemudahan yang disediakan untuk anda di The Zest, Bandar Kinrara

  • Sistem keselamatan,
  • Kolam renang,
  • Jakuzi,
  • BBQ cabana,
  • Chill out box,
  • Laluan refleksologi,
  • Trek joging,
  • Gimnasium,
  • Sauna,
  • Kafeteria,
  • Bilik persalinan,
  • Gelanggang skuasy,
  • Nurseri,
  • Siber kafe,
  • Dobi,
  • Surau,
  • Kedai serba guna.

Dari apa yang Tok baca, ada beberapa komen dari penduduk situ.

Situ dorang cakap masalah yang sering dihadapi tiap kali hujan mesti ada air masuk.

Bunyi bising la, kalau ada orang keluar masuk pasti ada bunyi. Seram pun ada, kalau rumah tu kosong.

Jangan takut pulak, korang kena pilih rumah dengan lakukan tinjauan jiran sebelah. Tak pun dengan pengawal keselamatan mengenai sejarah atau latar belakang rumah.

Ini tips berguna untuk korang sebelum nak beli atau sewa. Tok bagi pesanan jer.


Sumber: PropWall, PropertyGuru & PropSocial

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY