Home Projek Hartanah Beli apartmen di Subang West dengan booking bawah RM1,000?

Beli apartmen di Subang West dengan booking bawah RM1,000?

2109
0
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok pasti korang pernah dengar projek seperti Alam Sanjung dan 3 Two Square.

Ini antara daripada projek CB Land Sdn Bhd, anak syarikat Crest Builder Holding Berhad. Syarikat ini mula beroperasi pada tahun 1985 lagi.

Baru-baru ini, mereka menang award ‘Best Residential Development’ pada bulan Mei untuk projek terbaru mereka, The Greens @ Subang West.

Projek terbaru mereka ini dijangka siap pada Jun tahun depan (2018).

Pasti ada antara korang yang tengah ‘usha’ projek ni. Dan bagi yang tengah berfikir dan nak buat keputusan sama ada nak beli atau tak, jemput baca perkongsian Tok ini.

Nota : Belum baca lagi artikel yang Tok kongsikan semalam tentang Subang West? Klik sini untuk baca sekarang

Apa yang anda perlu tahu tentang The Greens @ Subang West? 

The Greens @ Subang West adalah projek kediaman (residential), berpusat di kawasan yang berpotensi tinggi untuk mencapai tahap growth yang baik.

Dekat dengan kawasan Subang dan juga Shah Alam kot. Apa lagi yang boleh Tok cakap? Tempatnya memang cukup strategik.

Dengan akses mudah ke lebuh raya utama seperti Federal Highway, KESAS, NKVE, dan lain-lain, memang senang korang nak ke mana-mana tanpa perlu banyak makan masa.

Dan ini mungkin berita baik untuk korang yang nak menetap dekat kawasan ni, tapi bekerja kat Pusat Bandar dan juga KLIA. Tak payah pening kepala sebab akses untuk ke sana, dah ada dekat depan mata.

Tu tak kira lagi dengan pelan pembangunan yang ada pada masa depan. Berminat nak tahu lebih lanjut? Teruskan bacaan.

Kediaman alternatif terbaik selain Subang atau Shah Alam

The Greens @ Subang West tawarkan sebanyak 646 unit berstatus Freehold dalam tanah seluas 7 ekar. Projek ni boleh dikira sebagai high-density, sebab lebih daripada 500 unit untuk sebuah pembangunan kediaman.

Projek The Greens @ Subang West terdiri daripada 2 blok, dan menawarkan sebanyak 4 jenis unit yang berbeza. Ada unit biasa hingga ke penthouse untuk korang pilih.

Saiz unit yang ditawarkan bermula daripada 915 hingga 1,830 kaki persegi. Memang sesuai untuk korang yang baru berkeluarga dan membesarkan anak-anak.

Pada pandangan Tok, The Greens @ Subang West adalah alternatif yang baik untuk korang yang berminat nak menetap di kawasan yang dekat dengan Subang dan juga Shah Alam.

Kalau korang kaji balik harga rumah yang ada kat kawasan yang Tok sebutkan tadi, pasti korang akan bersetuju dengan Tok.

Kemudahan? Macam-macam ada

Korang jangan terkejut pulak dengan apa yang korang bakal baca kejap lagi. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal.

Projek The Greens @ Subang West menawarkan lebih 45 fasiliti yang korang dan keluarga boleh manfaatkan, seperti :

  • Outdoor Gym,
  • Half Basketball Court,
  • Trek basikal,
  • Dewan serbaguna,
  • Padang futsal kanak-kanak,
  • Infinity Lap Pool,
  • Serenity Pool,
  • Waterplay,
  • Gym,
  • Bilik yoga,
  • Sauna,
  • Taska,
  • Gazebo,
  • Laluan refleksologi, dan lain-lain.

Bab keselamatan, korang tak perlu risau. The Greens @ Subang West lengkap dengan CCTV dan pak guard yang berdedikasi untuk pastikan keselamatan korang sekeluarga kat sini.

Tak cukup? Kondominium ini juga dilengkapi dengan multi-tier security system, hanya untuk memastikan keselamatan dan privasi korang dan keluarga.

4 jenis unit yang ditawarkan

Korang boleh tengok floor plan seperti yang Tok kongsikan kat bawah ni :

  • Saiz : 915 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air)

  • Saiz : 1,184 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air)
  • *Unit ini ada ruang balkoni

• Saiz : 915 kaki persegi (3 bilik tidur, 2 bilik air)

• Saiz : 1,830 kaki persegi (4 bilik tidur, 4 bilik air)

Daripada maklumat yang Tok dapat, maintenance fee hanya RM0.25 setiap kaki persegi. Bermakna, korang kena tanggung RM228.75 untuk unit sebesar 915 kaki persegi.

Oh, dah projek ini berstatus residential (kediaman). Jadi, korang tak payah risau pasal bayaran bil utiliti yang tinggi.

Apa yang dekat dengan The Greens @ Subang West ni? 

Nah, Tok simpulkan macam kat bawah ni supaya korang mudah nak hadam :

Hospital atau Pusat Kesihatan yang berdekatan

  • Subang Jaya Medical Centre,
  • Sunway Medical Centre,
  • Selangor Medical Centre (KPJ).
  • SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
  • Darul Ehsan Medical Centre,
  • Columbia Asia Extended Care Hospital.

Sekolah, kolej, dan universiti

  • Sunway University,
  • Kolej Damansara Utama (KDU),
  • Management & Science University,
  • Japanese School of Kuala Lumpur,
  • Taylor’s College Subang Jaya,
  • Sekolah Menengah Teknik Langkawi,
  • SS19 Subang Jaya National School,
  • Lick Hung Chinese Primary School.

Pusat membeli-belah

  • Empire Shopping Centre,
  • Subang Parade,
  • Sunway Pyramid.
  • Tesco Extra Shah Alam,
  • AEON Mall Shah Alam.

Akses mudah ke lebuh raya

  • Federal Highway,
  • ELITE,
  • NKVE,
  • NPE,
  • KESAS.

Tok boleh simpulkan. The Greens @ Subang West adalah kediaman serviced residence yang cukup harmoni untuk sebuah keluarga bahagia, lengkap dengan persekitaran serta kemudahan yang baik.

Tawaran menarik untuk pembeli The Greens @ Subang West

Dengan setiap pembelian unit The Greens @ Subang West, korang akan dapat :

  • Percuma 2 lot tempat letak kereta,
  • Percuma Yuran Guaman SPA,
  • Percuma Yuran Guaman untuk loan rumah,
  • Percuma SPA Disbursement Fee,
  • Percuma Loan Disbursement Fee,
  • Diskaun Bumiputera sebanyak 7%.

Anda free hari Sabtu minggu ini? 

Kalau takde sebarang plan pada hujung minggu ni, Tok nak jemput korang datang ke talk yang dianjurkan oleh Crest Builder.

Korang boleh dapat banyak input tentang The Greens @ Subang West, sambil tambah ilmu tentang hartanah.

Dan korang akan belajar dengan 2 orang pakar, Tuan Faizul Ridzuan (CEO Far Capital Sdn Bhd) dan juga Amanda Chong (CEO Makeover Guys).

Nota : Korang boleh gunakan aplikasi Waze, dan terus search The Greens @ Subang West. Confirm korang akan jumpa. 

Berapa booking fee yang anda kena bayar?

Yang paling menarik tentang projek ni adalah entry cost yang sangat rendah.

Tok cakap macam tu, sebab booking hanya serendah RM1,000 saja. Dengan RM1,000, korang dah boleh memiliki kondominium yang baru!

Berminat dengan The Greens @ Subang West? Jemput klik link ini dan isi borang laju-laju.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here