SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Projek hartanah yang paling mendapat perhatian ramai, The Arc.

Hari ini Tok nak reviu pasal projek ini, service apartment yang dibina dengan komponen komersial kat Cyberjaya.

Kalau korang nak tahu, The Arc ni pembangunan paling besar setakat ini. Nilai pertumbuhan pembangunan (GDV) sudah cecah RM700 juta.

Berjiran pulak dengan projek kos sederhana Symphony Park dan Cyberia Cressent 1.

Projek yang paling banyak blok. Jangan anda tersesat pula

Blok yang dibina kat sini memang banyak, ada 10 semuanya.

Luas tanah pulak dalam 14.57 ekar bagi pembangunan komersial tanah pegangan bebas. Ada 4 high-rise blok, 5 medium-rise dan satu low-rise blok peruncitan (kedai).

Fasa pertama projek ini ada 250 unit, yang selebihnya 1,000 dijual ikut fasa. Siap sepenuhnya pada 2015, fasa pertama dah dijual sejak 2013 lagi.

Sesuai sangat dengan keperluan pelajar universiti

Kalau korang berminat nak sewa atau beli, kondominium itu tawar 3 bilik, 2 bilik air dan fully furnished.

Dari segi luas binaan, ada 4 jenis kediaman dengan keluasan bermula daripad: 

  • 913 kaki persegi  (Jenis A),
  • 1,021 kaki persegi (Jenis B- corner),
  • 946 kaki persegi (Jenis C-corner), dan
  • penthouse (Jenis D).

Harga korang boleh dapat dari RM350,000 hingga RM710,000 (penthouse).

Lokasi pilihan 2 universiti swasta terkemuka Malaysia

Ramai buat pelaburan, korang nak tahu sebab apa?

Jarak dengan MMU (Multimedia University) hanya 15 minit jalan kaki. Dan tak cukup dengan tu, ada lagi Limkokwing University. Seminit je kalau korang bawa kereta.

Kat situ, ada juga shopping mall. Korang nak beli barang dekat jer, macam Street Mall. Tak perlu jalan jauh nak ke satu tempat, situ ada Terminal Pengangkutan Cyberjaya.

Rasa boring? Korang boleh jalan kat Taman Tasik Cyberjaya yang luas dan cantik.

Masijd pun dekat, kalas nak solat Jumaat korang mesti singgah Masjid Cyberjaya. Ada 2 sekolah kat situ, SMK Cyberjaya dan SK Cyberjaya.

Siap ada kontrak dengan pelajar MMU

Faktor utama korang patut pilih The Arc, banyak university kat situ. Pelajar tempatan dan asing, memang banyak yang menyewa.

Malah pemaju sign perjanjian dengan pelajar MMU selama 25 tahun.

Siap ada pemaju ditawar Jaminan Pulangan Sewa (GGR) untuk 8% per tahun dalam tempoh itu. Terletak sebelah MMU, setiap unit bakal beri hasil 8% dari 3 hingga 5 tahun.

Tapi korang kena ingat. Semua nilai hartanah untuk pelajar kat Cyberjaya tak bagi banyak untung. Tapi jangan pulak cakap langsung takde untung.

Paling kurang, walaupun jumlah keuntungan tu sikit, korang masih boleh declare sumber pendapatan (sewa) dekat bank untuk tambah koleksi rumah pada masa depan.

Tak banyak pilihan untuk ke Cyberjaya

Kalau nak ke sini, korang kena ikut Lingkaran Putrajaya, lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya , Lebuh Sentosa, lebuhraya Lembah Klang, dan KESAS.

Pengangkutan bas sekitar Cyberjaya ada, tapi kalau korang dari luar agak susah.

Ada banyak lagi pilihan lain. Korang jugak boleh guna servis GrabCar, Uber atau teksi nak ke sana.

Apa yang anda perlu tahu tentang The Arc?

Nama projek: The Arc

Alamat projek: Persiaran Bestari, Cyberjaya

Maju Puncak Bumi

Tarikh siap: 2015

Jenis: Apartment

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah blok: 10

Jumlah tingkat: 26 

Keluasan binaan (built-up area): 913 – 1,915 kaki persegi

Harga pelancaran: RM350,000 – RM710,000

Maintenance Fee: RM0.235 setiap kaki persegi

Harga second hand: RM385,000 – RM550,000

Kadar sewa: RM1,200

Kemudahan yang ditawarkan di The Arc

  • Kolam renang
  • Gelanggang squash
  • Keselamatan 24 jam
  • Surau
  • Perpustakaan
  • Bilik permainan
  • Kedai runcit
  • Gelanggang badminton

——

Apa yang Tok perhati, nilai projek sekitar situ tak sesuai sangat untuk pelaburan. Korang kena cari yang betul-betul bagus untuk tujuan dan matlamat pembelian.

Kat situ ramai pelajar sebab dekat dengan  U, baik korang sewakan je. Nak tinggal situ macam tak sesuai sebab jauh darui bandar Kuala Lumpur.

Fikir dulu sebelum beli, cuma kalau rasa nak sewa kat pelajar. Sangat bagus untuk pendapatan pasif korang.


Sumber gambar: PropertyGuru, PropWall, PropSocial

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY