SHARE
Sumber gambar - tanming.com.my
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kawasan ni macam yang pernah Tok reviu pasal Taman Sentosa,Klang.

Ada macam-macam pembangunan campuran seperti kondominium, teres, lot kedai, pejabat dan kilang.

Di sini, semua jenis pendapatan boleh join melabur sebab ada pelbagai hartanah yang korang boleh pilih.

Kemudahan yang pelbagai

Kawasan Serdang ni berjiran dengan Seri Kembangan, Serdang Raya, Bukit Jalili, Taman Teknologi Malaysia dan Multimedia Super Corridor (MSC).

Memang korang tak perlu risau pasal kemudahan. Dan nama pembangunan campuran, macam-macam ada disediakan.

Sesuai dengan keperluan korang, kawasan ni beri pelbagai kemudahan dari pasar ke pusat beli belah, taman permainan, pengangkutan dan sebagainya.

Lebih 2,700 unit pelbagai jenis untuk anda pilih

Memang banyak yang korang boleh pilih. Ada pelbagai projek pembangunan campuran yang menjanjikan bakal kediaman korang.

Ada lebih 2,700 unit dengan pelbagai jenis hartanah landed, apartment, kedai dan high-rise apartment dekat sini.

Sila rajinkan diri untuk buat survei hartanah yang sesuai dengan korang. Situ korang boleh pilih sesuai dengan tangga gaji masing-masing.

Banyak betul kemudahan awam yang anda boleh guna

Kalau korang pilih kawasan ni untuk menetap, memang banyak kemudahan bakal korang nikmati.

Sama ada pembeli, penyewa dan pelawat, tak perlu risau kerana banyak kemudahan awam untuk kegunaan awam.

Ada pengangkutan awam yang sangat efisien macam stesen Komuter KTM Serdang, LRT (Bukit Besi dan Bandar Tasik Selatan).

Bas awam macam Metro dan Rapid KL pun ada. Korang tak perlu risau ya.

Situ pun ada Terminal Pengangkutan Intergrated Bandar Tasik Selatan sebagai pengangkutan alternatif untuk ke KL.

Beli barang dapur? Tak payah gerak jauh-jauh

Sebut kemudahan lain, situ dekat dengan sekolah rendah dan menengah, lot kedai, kedai serbaguna, pasar mini, restoran, dan bank.

Kalau nak cari barangan keperluan, korang boleh pergi ke pusat beli belah macam Hypermarket, The Mines, Giant, dan Parkson.

Nak borong produk segar, Pasar Borong Selangor pun dekat jugak.

Banyak betul kolej dan universiti dekat sini

Untuk pendidikan pulak, korang boleh pilih nak daftar kat Universiti Putra Malaysia (UPM), Kolej SEGi, Kolej Antarabangsa Sains Kesihatan (ICHS), dan banyak lagi.

Nampaknya korang ada peluang nak dapatkan hasil pendapatan menerusi sewa rumah.

Pelaburan dekat kolej swasta atau universiti memang bagus untuk poket korang. Kan?

Apa yang anda perlu tahu tentang Taman Bukit Serdang, Seri Kembangan?

Nama projek: Taman Bukit Serdang

Alamat projek: Seri Kembangan, Selangor

Nama Pemaju: Bukit Ciri Sdn Bhd

Tarikh siap: 2007

Jenis: Campuran (mixed development)

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Keluasan binaan (Built-up area): Dari 1,900 kaki persegi

Harga second hand (subsale): RM315,000 – RM1,180,000

Kadar Sewa: RM600 – RM2,300

Anggaran Ansuran Bulanan: RM1,478

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM2,956

Bagi Tok, kawasan tu memang sangat sesuai untuk korang.

Sama ada korang yang masih bujang atau bekeluarga, ada banyak pilihan.

Kadar sewa pun masih murah jika nak sewa seorang atau ramai. Lagi jimat lagi bagus.

Satu lagi, korang boleh jugak belajar ilmu sublet untuk jana pendapatan.

Mana tahu, korang dapat bagi sumbangan kat orang lain. Dalam masa sama, poket pun masyuk.


Sumber: PropWall & PropSocial

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY