PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Tak tahu nak tanya apa kepada perunding hartanah (yang anda pertama kali nak jumpa)? Tok ada 5 tip yang boleh bantu anda segera.

Tok yakin ramai antara korang yang ada pengalaman berurusan dengan perunding hartanah (property negotiator).

Tak kira sama ada nak menjual atau sewakan hartanah, atau sekadar nak dapatkan khidmat nasihat mereka.

Mereka adalah golongan yang tahu selok-belok berkaitan hartanah.

Jadi, tak salah kalau kita anggap mereka pakar dalam bidang ini.

Nasihat mereka boleh bantu kita dapatkan kadar untung yang optimum, serta kurangkan kesilapan kita.

Pendek kata, urusan tentang hartanah akan jadi lebih mudah apabila berjumpa mereka.

Dan sebagai pemilik rumah (dan juga seorang pelanggan), korang ada hak untuk tanya pelbagai soalan tentang industri ini.

Kalau yang baru nak bermula, korang boleh guna tip ini sebagai persediaan dalam merangka soalan untuk ditanya kepada mereka.

Tak adalah korang keras sebab tak tahu nak borak apa bila berjumpa dengan perunding hartanah itu nanti.

Tip yang Tuan Nasrul Hanis kongsikan ini akan membantu kita, supaya tak bazirkan peluang dan masa kita dan perunding hartanah yang kita jumpa.

Soalan #1: Tuan/Cikpuan daripada syarikat hartanah mana? 

Ini adalah soalan pertama yang boleh kita tanya kepada mereka.

Mungkin ada yang pandang rendah kepada soalan ini. Tapi ini akan jadi penentu sama ada perunding itu adalah perunding yang diiktiraf atau sebaliknya.

Ia menjadi penentu sama ada mereka adalah perunding yang berlesen atau berdaftar dengan mana-mana ejen hartanah. Ejen hartanah yang berdaftar akan mempunyai nombor yang bermula dengan VE atau E. 

Untuk elakkan kita daripada kena tipu hidup-hidup, boleh kaji selidik dahulu latar belakang perunding, atau ejen hartanah yang kita jumpa supaya kita tak buang masa dan duit kita.

Fi untuk dapatkan perunding hartanah biasanya adalah sebanyak 3% daripada harga jualan. Korang boleh tengok fi ini dengan klik sini.

Soalan #2: Boleh Tuan/Cikpuan terangkan prosedur (atau proses) kepada saya? 

Biasanya, perunding hartanah akan mulakan subjek ini. Namun, tak salah kalau kita bertanya kepada mereka dahulu.

Kita boleh dapatkan informasi mendalam tentang urusan jual beli hartanah, daripada saat pembeli keluarkan duit untuk booking, sehingga pembeli dapat kunci rumah dan jadi pemilk rumah yang baru dibeli.

Kalau ada yang kita kurang jelas pasal perkara ini, boleh sahaja tanya kepada mereka sehingga kita benar-benar faham.

Jangkamasa prosedur ini bergantung kepada jenis hartanah yang kita beli.

Ia bergantung kepada faktor-faktor seperti jenis hartanah (freehold atau leasehold), status kewangan bakal pembeli, title hartanah (seperti master, individual, atau strata title), atau lain-lain faktor.

Dengan bantuan perunding hartanah, kita boleh fahami perkara ini dengan lebih mudah.

Soalan #3: Apakah nilai semasa rumah (atau hartanah) saya? 

Adalah satu tindakan bijak untuk dapatkan pandangan perunding hartanah bagi perkara ini.

Ada banyak kes pemilik hartanah yang tak pasti nak letakkan harga yang baik untuk rumah yang mereka nak jual.

Kalau sedang buntu, tak salah dapatkan bantuan mereka yang pakar tentang hal ini.

Kita boleh sahaja letak harga dahulu.

Dari sini, perunding hartanah akan beri nasihat untuk turun atau naikkan harga ikut kesesuaian.

Boleh sahaja bertanya terus kepada perunding hartanah berkenaan harga semasa hartanah (market price) kita.

Kalau mereka kurang pasti, mereka akan rujuk kepada pihak bank atau penilai hartanah untuk perkara ini.

Setelah jelas, baru mereka akan nasihat kita tentang harga yang patut kita letak.

Perkara ini juga bergantung kepada objektif yang kita nak capai.

Berikan segala informasi yang boleh perunding hartanah gunakan untuk dapatkan result yang optimum.

Soalan #4: Berapa kos yang saya perlu keluarkan? 

Pemilik (yang nak jual rumah) juga perlu keluarkan kos dalam prosedur jual beli hartanah.

Antara perkara yang penjual kena jelaskan adalah:

  • Discharge of Charge (melepaskan gadaian),
  • Consent, dan
  • Confirmation Letter. 

Kita boleh tanya kepada perunding hartanah tentang perkara yang kita kena bayar, supaya proses jual beli boleh berjalan dengan lancar. Antara kos yang berkaitan seperti:

  • Legal Cost, 
  • Real Property Gain Tax (untuk rumah 5 tahun ke bawah),
  • Government Service Tax (GST), dan sebagainya.

Soalan #5: Apakah dokumen yang saya kena tandatangan? 

Yang pasti, kita akan tandatangan S&P (surat perjanjian jual beli) sekiranya jualan terjadi.

Namun, ada banyak lagi dokumen yang memerlukan perhatian kita. Antaranya seperti:

  • Surat lantikan eksklusif,
  • dokumen penyerahan rumah,
  • dokumen yang berkaitan pinjaman bank, dan sebagainya.

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh baca artikel terdahulu yang Tok kongsikan dengan klik sini.

Tak malu bertanya, susah nak sesat jalan. 

Ada banyak lagi soalan yang boleh korang ajukan kepada perunding hartanah.

Tak perlu risau nak tanya lebih, sebab korang nak tahu dan jelas tentang setiap perkara yang korang nak lakukan.

Perunding yang bagus akan bantu korang sebaik mungkin.

Lagipun, korang tak dapatkan bantuan mereka secara free of charge.

Jadi kita boleh gunakan bantuan mereka dengan sebaik-baiknya.

Lagi best, belanja makan dan minum mereka selepas habis sesi rundingan.

Tak mustahil ia boleh jadi benih dalam membentuk hubungan yang baik.

Kalau korang ada masalah di lain masa, boleh jadi mereka ringan tangan nak hulurkan bantuan.

Berbuat baik adalah modal terbaik yang kita boleh amalkan. Semoga berjaya!

Photo by Images_of_Money cc

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *