Home Projek Hartanah Sunway Gandaria – Service Apartment Tertinggi di Bangi

Sunway Gandaria – Service Apartment Tertinggi di Bangi

2261
5
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Minggu lepas, Tok ada cerita kat korang pasal Bandar Baru Bangi. Korang ingat lagi ke, atau dah lupa?

Kalau tak ingat, klik sini sekarang untuk baca.

Kali ni, Tok nak ajak korang tengok projek yang Sunway Property tengah buat ni. Projek ni dijangka siap dalam masa 3 tahun lagi, pada bulan Mac 2020.

Ini adalah projek servis apartmen yang tertinggi kat kawasan Bandar Baru Bangi. Memang unik.

Dan projek ni jugak berstatus low density. Bermakna, korang takkan semak kena menghadap ramai orang. Sesuai untuk orang yang sukakan ketenangan.

Sambungan lebuhraya yang mengancam

Projek yang Tok ajak korang tengok ni diberi nama Sunway Gandaria.

Sunway Gandaria adalah project mixed development (pembangunan bercampur) yang menarik untuk didiami.

Senang kalau korang nak berjalan-jalan dengan keluarga kat retail lot (lot runcit) kat bawah rumah tu. Jalan kaki pun boleh sampai.

Dibangunkan oleh Sunway Property, korang boleh sampai ke Sunway Gandaria dengan melalui lebuhraya seperti :

  • NSE (North-South Highway),
  • SILK Highway (keluar ikut Jalan Reko),
  • NKVE (New Klang Valley Expressway),
  • SKVE (South Klang Valley Expressway),
  • LEKAS (Kajang-Seremban Highway),
  • ELITE (North South Expressway Central Link),
  • CKE (Cheras-Kajang Expressway).

Nah, macam-macam lebuhraya korang boleh guna. Jelas sekali senang gila untuk sampai ke sini tanpa makan banyak masa.

Tak padat = Tak semak?

Untuk lot runcit, sebanyak 34 unit dibina dengan keluasan sebesar 983 hingga 6,071 kaki persegi.

Tapi, Tok nak fokus lebih kat unit servis apartmen yang mereka tawarkan. Sebanyak 259 unit akan dibina, dan menunggu masa untuk korang beli.

Bangunan ni pulak dibina setinggi 38 tingkat, menjadikan Sunway Gandaria sebagai kediaman tertinggi di kawasan Bandar Baru Bangi. Tok akan sentuh bab pemandangan (view) kat bawah nanti.

Dan setiap unit akan ada 3 hingga 4 bilik tidur, sesuai untuk kegunaan keluarga korang yang tersayang. Maintenance fee pulak hanya RM0.28 untuk 1 kaki persegi (termasuk sinking fund).

Menjanjikan gaya hidup kontemporari dan moden

Tambahan lagi, ada unit jenis dual key yang sesuai untuk kegunaan pemilik rumah yang pada yang sama, berminat untuk menceburi bidang pelaburan hartanah.

Kalau jadi buat tinggal sendiri pun, tak salah. Semua ni atas pilihan masing-masing. Duit korang kot.

Tapi yang pasti, Tok boleh jamin satu benda. Korang yang menetap kat sini akan mengikut cara hidup (lifestyle) kontemporari dan moden.

Terdapat banyak kemudahan terkini seperti :

  • Kolam renang,
  • Sky Garden,
  • Gym dengan view menghadap ke kolam renang,
  • Dewan pelbagai guna (senang kalau nak buat majlis kahwin atau lain-lain),
  • Recreational Pavilion, dan macam-macam lagi.

Risau pasal faktor keselamatan keluarga anda? Tak perlu

Pasal keselamatan? Korang tak perlu risau. Sekuriti korang dan keluarga terjamin dengan adanya sistem sekuriti three-tier (tiga peringkat).

Buat korang yang tertanya-tanya apa tu three-tier security, ini adalah sistem keselamatan yang biasa digunakan kat kediaman bertingkat. Sistem ini efektif untuk menjaga keselamatan penghuni.

Korang perlukan kad akses untuk masuk ke dalam kawasan apartmen (kat bahagian guardhouse), untuk masuk ke dalam bangunan daripada tempat letak kereta, dan untuk menggunakan lif.

Korang hanya boleh naik ke tingkat rumah korang je. Kalau nak ke rumah kawan korang kat apartmen yang sama, korang kena turun ke postguard dan minta tolong guard telefon mereka untuk dapatkan kebenaran.

Kalau nak bandingkan dengan rumah landed kat kawasan Bandar Baru Bangi, keselamatan korang lebih terjamin dengan adanya sistem sekuriti ini.

Apa yang menarik kat Sunway Gandaria ni?

Tiba masa Tok sentuh tentang view yang ada kat sini. Korang akan dapat view Taman Tasik Cempaka yang ikonik di Bandar Baru Bangi.

Dan macam-macam kemudahan yang ada kat Taman Tasik Cempaka ni.

Kemudahan seperti trek jogging, taman permainan kanak-kanak, trek refleksologi, padang bola, gazebo, dan lain-lain.

Korang jugak akan dapat pemandangan Kelab Golf Bangi. Siapa yang suka main golf, memang sesuai sangat la tinggal kat sini.

Jarak pun dekat gila. Cuma pastikan kalau nak lepak situ lama, ‘beli jiwa’ bini dulu ya. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal.

Sebab utama tanah Bangi digelar ‘Bandar Ilmu’ (Knowledge City)

Tok yakin, korang semua dah tahu yang Bangi mendapat julukan ‘Bandar Ilmu’ (Knowledge City).

Senang untuk korang yang nak hantar anak-anak belajar dekat sini. Macam-macam sekolah, tak kira sekolah kerajaan atau persendirian, dan juga pengajian tinggi.

Banyak pilihan yang ada, seperti :

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan

  • Sekolah Kebangsaan Jalan Empat,
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 7,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Enam,
  • Sekolah Kebangsaan Bangi,
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan 3.
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bangi,
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Min,

Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan

  • Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat.

Ada juga sekolah persendirian kat Bandar Baru Bangi. Antara yang ada termasuk :

  • Sri Ayesha Islamic School,
  • Sekolah Seri ABIM, Sungai Ramal,
  • Tanarata International School,
  • Sekolah Rendah Agama Islam Bandar Baru Bangi.

Pusat pengajian tinggi, institusi pendidikan dan pusat latihan yang ada pula seperti :

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL),
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
  • Universiti Putra Malaysia (UPM),
  • German-Malaysian Institute (GMI).
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM),
  • Institut Perguruan Islam,
  • Institut Latihan Maybank,
  • Institut Latihan CIMB,
  • Institut Latihan Public Bank,
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI),
  • Infrastructure Universiti Kuala Lumpur (IUKL),
  • MEA Technology Centre,
  • Akademi Percukaian Malaysia (LHDNM),
  • Lembaga Perlesenan Sawit Malaysia (MPOB).

Syurga bagi peminat fesyen Muslimah?

Sebab projek ni dibina kat kawasan yang strategik, korang ada akses mudah untuk ke beberapa pusat membeli-belah yang berdekatan, seperti :

  • Giant Bangi,
  • Bangi Gateway,
  • IOI City Mall,
  • TESCO.

Dan bagi kaum wanita yang sukakan fesyen Muslimah, Tok boleh cakap korang berada di tempat yang betul. Korang mesti tahu yang Bandar Baru Bangi adalah pusat fesyen jenis ini, kan?

Klik sini sekarang kalau korang nak tengok balik kedai-kedai fesyen Muslimah yang ada kat sini. Memang banyak.

Kalau korang atau anak-anak sakit? Ini kemudahan yang paling power kalau korang menetap kat Sunway Gandaria ni. Banyak klinik dan hospital yang korang boleh sampai dengan jarak berjalan kaki je.

Antaranya seperti :

  • Az-Zahra Islamic Hospital (jarak hanya 4 minit berjalan kaki saja),
  • Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn Bhd (dengan jarak 3 minit berjalan kaki saja),
  • Megaklinik Zahran (paling dekat. Jarak hanya 1 minit berjalan kaki saja).
  • Medic IG Holdings Sdn Bhd (PMO) (jarak hanya 1 minit berjalan kaki),
  • KPJ Kajang Specialist Hospital (jarak 17 minit kalau naik kereta).

Senang korang kalau berlaku sebarang emergency berkaitan bab kesihatan.

Tapi Tok harap, takde la perkara macam ni berlaku kat korang sekeluarga. Tok doakan korang dan keluarga sentiasa sihat belaka. Ameen.

Apa yang anda akan dapat bila beli Sunway Gandaria?

Okay. Tiba masa Tok dedahkan kelebihan yang korang akan dapat bila beli projek ini sekarang.

Sekarang ni, Sunway Gandaria ada jalankan promosi yang menarik. Antaranya adalah :

  • Korang akan dapat diskaun Bumiputera sebanyak 10%, ditambah pula dengan rebat 7% dan rebat BONUS sebanyak 2%,
  • Tak payah keluar duit sendiri untuk bayar fi SPA dan peguam. Semua ni, ditanggung beres,
  • Dapat free 2 unit penghawa dingin. Boleh jimat duit korang beribu Ringgit,
  • Korang siap boleh dapatkan diskaun RM25,000 bila booking unit. (Unit terpilih, limited time offer.).

Booking fee? Korang hanya perlukan RM5,000 je untuk tempah unit yang korang nak beli.

Harga jualan permulaan adalah RM560,000. Tapi lepas gedebuk-gedebak tolak itu ni, harga akan jadi RM504,868. Murah banyak dah tu.

Berminat nak beli Sunway Gandaria?

Korang korang nak buat tempahan awal untuk unit yang ada, jemput isi borang dengan klik gambar bawah ni laju-laju :

p/s: Tok dengar korang boleh miliki iPhone 8 atau iPad, mana nak tahu rezeki korang. Korang boleh semak Terms and Conditions dengan tim Sunway Gandaria. 

5 COMMENTS

  1. Menarik sebenarnya kalau tengok Sunway Gandaria ni. Tengah2 Bandar Baru Bangi. Kalau yang minat jenis rumah high rise, memang best dengan security, kawasan kejiranan & kemudahan yang ada. Masjid pun dekat. Kedai-kedai, bengkel kereta, akses nak pergi highway pun senang. Tang harga, kita tengok kemampuan. Kalau mampu beli, kalau tak, kita cari apa yang boleh kita beli untuk keluarga dan ikut kemampuan. Itu yang boleh kita kawal & move on. Great review Tok (y)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here