Strategi pencen dengan RM9,000++ sebulan selepas 25 tahun

Ramai lagi anak muda yang ambil mudah tentang bab pencen.

Padahal, lebih elok mula merancang perkara ini seawal mungkin. Takde la dah masuk 3 series nanti, baru menggelabah nak mula buat.

Dan bagi yang belum tahu (atau masih samar-samar), hartanah adalah sebuah medium pelaburan yang baik untuk perkara ni.

Bayangkan. Dengan perancangan yang bakal Tok persembahkan kat korang ni, korang boleh cipta pendapatan sebanyak RM9,000++ sebulan masa pencen nanti. Power, kan?

Ini betul-betul. Bukan ‘cobaan,’ bak kata Pendekar Bujang Lapok. Hadamkan perkongsian awesome Tuan Harith Faisal ni sekarang.

Semua ni, boleh capai dalam masa 25 tahun saja?

Nak jadikan cerita, Ahmad berminat nak beli sebiji rumah ni. Maklumat rumah yang nak dibeli seperti yang tertera kat bawah ni :

  • Nilai pasaran semasa = RM220,000,
  • Jumlah pinjaman = RM200,000 (tolak RM20,000 untuk down payment),
  • Tempoh pinjaman = 35 tahun,
  • Kadar Keuntungan Bank = 4.5%,
  • Ansuran Bulanan = RM947,
  • Kadar sewa semasa = RM1,100,
  • Yuran Penyelenggaraan = RM100,
  • Aliran Tunai Semasa = RM54.

Katakan, umur korang 25 tahun dan korang beli rumah harga RM220,000 (macam yang kat atas ni).

Sekarang, saya akan tunjukkan apa yang akan jadi kat rumah tu selepas tempoh 25 tahun. Kalau sekarang umur korang 25 tahun, umur korang akan jadi 50 tahun masa tu.

Katakan pulak, Anggaran Kadar Penghargaan Tahunan (Esimated Annual Appreciation Rate) dan Kadar Penghargaan Tahunan (Annual Rental Appreciation) seperti berikut :

  • Esimated Annual Appreciation Rate = 5%,
  • Annual Rental Appreciation = 3%.

Korang boleh rujuk purata kenaikan harga hartanah dalam Malaysia untuk tahun 1990 hingga 2016 kat bawah ni :

Sumber gambar – National Property Information Center (NAPIC)

Teknik buat duit bulanan, paling kurang RM2,000++ sebulan

Jadi lepas 25 tahun, hasil yang korang dapat adalah seperti berikut :

  • Outstanding Liability = RM90,700,
  • Portfolio Value = RM745,000,
  • Net Worth = RM654,300,
  • Monthly Rental Income = RM2,303,
  • Monthly Cashflow = RM1,357.

1) Kalau korang tak nak jual hartanah ni, korang masih kena bayar ansuran kat bank dan dapat RM1,357 cashflow positif setiap bulan.

2) Kalau korang settle-kan outstanding liability RM90,700 tu, korang dapat kutipan sewa penuh sebanyak RM2,303 setiap bulan.

3) Kalau korang jual hartanah ni, korang dapat tunai RM654,300. Nak buat apa dengan duit ni, tanya korang?

Letak kat Tabung Haji dan nikmati bonus 4.25% setahun iaitu RM27,800, bersamaan RM2,316 sebulan.

Ini dia 3 pilihan asas yang korang boleh pilih, untuk dilaksanakan dengan hartanah yang dibeli selepas tempoh 25 tahun.

Pilihan ke-3 tu memang best. Tak payah urus penyewa, tapi dapat jugak pendapatan pasif dengan bonus tahunan.

“RM2,316 sebulan? Mana cukup Tok”

Korang rasa tak cukup pencen dengan RM2,316 sebulan?

Ada lagi plan yang korang boleh buat. Korang beli la 4 hartanah yang lebih kurang sama potensinya dengan apa yang saya tunjukkan kat atas tadi.

Suami beli 2 biji rumah, isteri pulak beli lagi 2 biji rumah. Dua-dua kena ada ilmu dulu la. Bukan main pakai henjut buat je. Sebagai permulaan, ajak pasangan korang baca artikel ni sekali.

Selepas 25 tahun, jual semua 4 biji rumah tu. Korang akan dapat :

  • RM654,300 X 4 =
  • RM2,617,200.

RM2,617,200 ni, korang parking terus dalam Tabung Haji. Bonus tahunan, korang akan dapat :

  • RM27,800 X 4 =
  • RM111,200 setahun.

Ini bersamaan dengan RM9,266 sebulan. Rasa-rasa, cukup tak sebagai duit pencen korang?

Sekadar berangan. Sebab berangan tak kena bayar pun, kan? Haha. Daripada setakat berangan je, kalau kita usahakan jadi realiti, kita akan rasa manisnya nanti.

Ini sekadar pelan tindakan je. Kalau nak senang, pastikan korang mulakan strategi ini seawal mungkin. Dan korang jugak boleh sesuaikan dengan ikut keupayaan kewangan sendiri.

Tok doakan korang berjaya capai apa yang dijelaskan kat dalam perkongsian power ni ya.

Silakan SHARE ilmu ni kat kawan-kawan korang. Biar lebih ramai dapat nikmati manfaat ni bersama-sama.

Sertai #genghartanah
Setuju untuk data saya disimpan ke MailChimp ( more information )
Sertai lebih 50,000 #genghartanah untuk dapatkan konten terus ke inbox anda dan hadiah eklusif yang lain.
Kami tidak akan menjual emel anda dan kami juga benci spam.

4 thoughts on “Strategi pencen dengan RM9,000++ sebulan selepas 25 tahun

  1. 25 tahun lagi? rasanya time tu gaji basic graduate pun 9k. 2017 ni pun rumah naik melebihi demand & rumah pun harga tak mampu. 10 tahun lagi bnyk rumah terbiar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *