SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Lebih dikenali dengan nama Sri Putramas 2 atau Royal Domain, Tok percaya projek ni memang mendapat sambutan ramai.

Sri Putramas II ni adalah kesinambungan bagi projek Sri Putramas I. Dan sebab dapat sambutan ramai, Mayland buat satu lagi projek sama.

Tapi projek ni lebih baik daripada projek pertama. Kondominium high density (berketumpatan tinggi) ni terletak di Jalan Kuching, Dutamas.

Susun atur (layout) rumah yang menarik

 

Situ ada 4 blok semuanya. Tiap blok, ada nama tersendiri macam Kingsgate, Kingsbury, Queensgate dan Queensbury.

Dengan jumlah keseluruhan unit sebanyak 1,022, boleh jadi korang kelabu mata nak pilih. Rekaan layout setiap unit jugak berbeza. Ada 9 jenis layout yang direka ikut citarasa korang.

Keluasan binaan pun lain. Korang boleh pilih daripada unit kecil ke besar, dengan keluasan bermula 1,125 hingga 1,400 kaki persegi.

Kalau tinggal kat situ, korang dah tak payah nak risau sangat pasal kemudahan.

Memang dah tersedia banyak kemudahan untuk korang, terutamanya yang dah berkeluarga.

Sentuhan pemaju yang dikenali ramai

Sebut saja Mayland, korang mesti tau punya. Paling kurang pun, mesti pernah dengar. Mereka antara salah satu pemaju hartanah yang popular.

Bukan setakat banyak buat projek sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka jugak fokus pembangunan dekat Putrajaya dan juga Johor.

Antara projek baru Mayland macam Daman & Sara Service Apartment, The Hermitage Service Apartment, Dorsett Residences @ Bukit Bintang, Nottingham Hill dan Sri Putramas IV.

Banyak juga projek yang dah siap yang korang boleh recee termasuk:

  • Kondominium Menara Hartamas,
  • Kondominium Ampang Puri,
  • Kondominium Puncak Prima,
  • Apartment Kos Rendah Taman Teluk Gedong,
  • Apartment Servis Prima Regency,
  • Rumah Teres Austin (Fasa 1, 2 and 3),
  • Kedai-Pejabat Plaza Damas (Fasa 1, 2 and 3),
  • Apartment Servis Mayfair Dorchester,
  • Rumah Superlink Plaza Damas, dan
  • Apartment Servis Windsor & Waldorf.

Masalah trafik tak pernah berubah?

Masalah trafik ni memang tak boleh elak kalau dekat dengan bandar KL. Penduduk terpaksa hadap benda ni hari-hari, sebab dorang perlu U-turn sebelum sampai pintu masuk kondominium.

Bukan masalah banyak kenderaan tapi pelan pembinaan jalan yang tak betul. Pusingan U ni dekat dengan Sri Putramas I. Yang naik motosikal dari Jalan Dutamas, kena buat U-turn ni untuk ke kedua-dua kondominium ni.

Sama jugak dengan penunggang motosikal dari Jalan Kuching, terutamanya penduduk apartmen kerajaan yang nak U-turn.

Ada 5, yang mana anda nak guna?

Penduduk kat Sri Putramas II cukup bertuah. Walaupun situ memang selalu jam pada waktu kemuncak, tapi senang nak ke mana-mana yang korang suka.

Kalau korang nak ke Kuala Lumpur, Mont Kiara, Bangsar, Damansara dan Petaling Jaya boleh guna laluan Jalan Kucing, Jalan Duta, Jalan Ipoh, NKVE dan Penchala Link.

Nak guna pengangkutan awam, korang boleh naik bas dekat perhentian bas dalam 8 minit berjalan kaki.

Apa yang anda perlu tahu tentang Sri Putramas II?

Nama projek: Sri Putramas II (Royal Domain)

Alamat projek: Jalan Putramas 1, Off Jalan Kuching, Kuala Lumpur

Nama Pemaju: Mayland Group

Tarikh siap: 2007

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah tingkat: 36

Jumlah blok: 4

Jumlah unit: 1,022

Keluasan binaan (Built-up area): 1,125 – 1,400 kaki persegi

Harga second hand (subsale): RM310,000 – RM1,180,000

Kadar Sewa: RM1,295 – RM3,300

Fi Penyelenggaraan: RM0.20 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM1,680

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM3,360

Jenis kediaman yang ditawarkan di Sri Putramas II

  • Jenis A dan H (1,295 kaki persegi),
  • Jenis B (1,260 kaki persegi),
  • Jenis C (1,200 kaki persegi),
  • Jenis D (1,125 kaki persegi),
  • Jenis E (1,400 kaki persegi),
  • Jenis F (1,210 kaki persegi),
  • Jenis G (1,320 kaki persegi),
  • Jenis J (1,170 kaki persegi).

Kemudahan yang disediakan di Sri Putramas II

  • Kolam renang,
  • Bilik ping pong / biliard,
  • Nurseri,
  • Bilik audio visual,
  • Ruang makan VIP,
  • Dobi,
  • Kedai serbaguna,
  • Salon,
  • Gelanggang tenis,
  • Trek jogging,
  • Jakuzi,
  • Pit BBQ,
  • Dewan serbaguna.
  • Air terjun

Selepas pembinaan Sri Putramas I, pihak pemaju memulakan projek seterusnya Sri Putramas II. Tarikh pelancaran projek ni tertangguh dua bulan dari tarikh sebenar.

Bukan sengaja tangguh ya. Mayland nak pastikan pemilik puas hati dengan kualiti rumah yang dibeli.

Tok percaya korang pun boleh nampak benda yang sama. Sri Putramas II atau Royal Domain ni sangat pentingkan apa yang mereka bina untuk komuniti dekat situ.

Ramai cakap projek ni memang cantik dengan layout menarik dengan feature yang terbaik untuk korang.

Tok nak pesan, kawasan situ memang selalu jam. Jadi, elak lalu masa kemuncak. Ada laluan baru dan lebuhraya dibina, tapi masalah bukan berkurang sebaliknya makin teruk. Nak lagi dengan pertambahan golongan rider yang semakin banyak.


Sumber: PropertyGuru, PropWall & PropSocial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here