Sentul – Okay tak kalau beli rumah dekat sini?

Siapa yang tak suka tinggal dekat dengan Pusat Bandaraya?

Selain senang nak ke tempat kerja, korang jugak senang nak ke mana-mana. Nak shopping, makan, bersuka-ria, semuanya cukup tersedia kat sini.

Lebih jackpot kalau tempat tinggal korang tu, dekat dengan kemudahan pengangkutan awam. Tak payah penat-penat nak menghadap traffic jam.

“Tapi rumah yang dekat dengan Kuala Lumpur sekarang, mahal belaka Tok.”

Siapa kata? Nah, Tok kongsikan satu lokasi yang dekat dengan KL, tapi harga rumah masih dalam kategori ’mampu beli.’ Jemput hadamkan tanpa was-was.

Terletak betul-betul sebelah Kuala Lumpur?

Lokasi yang Tok maksudkan, adalah Sentul.

Sentul boleh dikira sebagai tempat yang terletak berdekatan dengan Pusat Bandaraya, Kuala Lumpur. Jarak untuk ke Kuala Lumpur hanya 6.6 KM saja. Memang kena sangat dengan nama tempat ni.

Antara tempat lain yang berhampiran dengan Sentul adalah:

  • Setiawangsa,
  • Titiwangsa,
  • Taman Melati,
  • Chow Kit,
  • Kampung Bandar Dalam.

Majoriti penduduk yang ada kat sini terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain.

Bakal jadi tumpuan pelabur hartanah tak lama lagi?

Pada pendapat Tok, Sentul bakal menjadi tumpuan para pelabur hartanah pada masa akan datang. Ini sebab ada macam-macam infrastruktur dan juga kemudahan yang sudah tersedia dalam kawasan ini.

Tok akan ‘bedah siasat’ satu-persatu tentang apa yang ada dekat Sentul ni untuk korang.

Sumber gambar – Google Maps

Antara sebab yang paling ketara, adalah sambungan jalan raya dan lebuhraya yang mantap. Korang ada sambungan mudah ke lebuhraya berikut:

  • MRR2,
  • Lebuhraya SPRINT,
  • Lebuhraya Mahameru,
  • Lebuhraya DUKE.
  • Lebuhraya AKLEH, dan
  • Lebuhraya NSE.

Dengan akses mudah ke semua lebuhraya ni, masa perjalanan korang akan jadi lebih singkat. Untuk yang bekerja dekat Pusat Bandar, ini kawasan yang sesuai untuk korang beli rumah.

Sumber gambar – Sinar Harian

Dan buat korang yang malas nak memandu dan mengadap traffic jam setiap hari, korang boleh gunakan kemudahan pengangkutan awam, LRT. Korang boleh pilih antara:

  • Stesen KTM Sentul Timur,
  • Stesen LRT Sentul,
  • Stesen LRT Titiwangsa.

Selain LRT, korang jugak boleh gunakan perkhidmatan awam lain seperti bas RapidKL, dan juga teksi yang tersedia.

Sesuai ke tinggal dekat sini dengan keluarga?

Kalau nak tahu sama ada sesebuah kawasan tu sesuai untuk keluarga, Tok akan kaji dulu berapa banyak pusat pendidikan atau sekolah-sekolah, tak kira sekolah rendah atau menengah.

Dan kawasan Sentul, Tok boleh bagi gred A untuk perkara ni. Korang boleh pilih salah satu dalam senarai ni:

  • Kolej Tunku Abdul Rahman,
  • SMK Batu Muda,
  • Sekolah Kebangsaan Batu Muda,
  • Smart Reader Kids,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaacob,
  • Sekolah Kebangsaaan Seri Delima,
  • Sekolah Kebangsaan (1) Batu 4, Jalan Ipoh,
  • Chow Hwa Independent High School, Kuala Lumpur,
  • Jalan Ipoh Girl Secondary School,
  • Victoria International College, Kuala Lumpur.

Untuk tadika pulak, korang adalah pilihan seperti:

  • FunStation Child Development Center,
  • Tadika Wawasan Tiga (berhampiran Prima Setapak),
  • Tadika JOY, Taman Keat Ann,
  • Tadika Gloria Cita-Cita, Desa Setapak (HQ),
  • Tadika Gloria Cita-Cita, Taman Sri Rampai,
  • Tadika Rumahku, Setapak,
  • Pusat Perkembangan Si Manja Canggih.

Sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan, adalah bagus untuk beli rumah yang dekat dengan pusar kesihatan atau hospital. Senang kalau berlaku apa-apa perkara yang tak diingini.

Sumber gambar – myhealthcare.xyz

Dan kalau korang pilih untuk menetap kat Sentul, korang cukup dekat dengan hospital yang Tok senaraikan kat bawah ni:

  • Columbia Hospital Setapak,
  • Rampai Puteri Medical Centre,
  • KPJ Tawakkal Specialist Hospital, dan
  • Klinik Pakar Wanita Negara,
  • Klinik Chin Chee Yeong,
  • Segambut Dental Surgery.
  • Taj Hospital.

Macam mana pulak dengan tempat hiburan? Ada ke, Tok?

Dah nama pun Sentul, memang dekat sangat dengan macam-macam tempat hiburan seperti pusat membeli-belah atau sebagainya.

Sumber gambar – setapakcentral.com.my

Korang boleh berkunjung bersama keluarga ke:

  • Jaya Jusco dan Alpha Angle, Wangsa Maju,
  • AeonBig, Wangsa Maju,
  • Pasaraya Ong Tai Kim, Taman Medan Idaman,
  • Wisma Rampai, Taman Sri Rampai,
  • Setapak Central,
  • Wangsa Walk Mall,
  • Aeon AU2, Setiawangsa,
  • Sunway Putra Mall,
  • Quill City Mall,
  • Ampang Park,
  • 1 Mont Kiara,
  • Suria KLCC, dan macam-macam lagi.

Kalau setakat nak cari tempat makan tu, memang berlambak yang ada dekat sini. Daripada masakan melayu, kedai mamak, atau chinese food, semua ada.

Rangkaian kedai serbaneka 7-11 pun, banyak untuk kemudahan korang dan keluarga.

Siapa lagi yang sesuai beli rumah dekat sini?

Ada jugak yang tanya Tok:

“Orang ‘gomen’ (kerja kerajaan), sesuai ke tinggal dekat sini Tok?”

Pada pendapat Tok, boleh saja. Sebab dekat Sentul ni jugak, banyak jabatan kerajaan yang ada seperti:

  • Bahagian Kawalan Filem,
  • Jabatan Imigresen cawangan Wangsa Maju,
  • Jabatan Pendaftaran Negara cawangan Wangsa Maju,
  • Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),
  • PUSPAKOM, dan
  • Jabatan Hasil Dalam Negeri, Wangsa Maju,
  • TNB Setapak, dan lain-lain.

Ini tak termasuk lagi jabatan kerajaan yang terletak dekat Pusat Bandaraya tu, seperti Hospital Besar Kuala Lumpur, Telekom Malaysia, Balai Polis, dan sebagainya.

Pendek kata, bukan setakat orang kerja swasta saja. Orang kerja ‘gomen’ pun sesuai beli rumah dekat sini.

Sebab utama orang beli rumah dekat Sentul

Kalau kita kaji, harga rumah mengikut kaki persegi (sq. ft) kat Sentul, masih lagi mampu milik berbanding harga rumah di kawasan bandar raya.

Tok bagi satu contoh mudah. Logik tak korang nak cari rumah bawah harga RM1 juta dalam kawasan bandar Kuala Lumpur?

Kalau tanya sesiapa pun, mereka akan cakap agak mustahil. Jadi salah satu jalan penyelesaian, adalah beli rumah yang dekat dengan kawasan Pusat Bandar. Dan korang tak perlu pun bayar harga rumah sampai RM1 juta tu.

Dengan harga bawah RM1 juta tadi, korang boleh dapatkan rumah yang selesa dekat Sentul. Yang ni, Tok berani jamin.

Boleh kata, ini adalah win-win situation. Korang ada peluang untuk duduk kat kawasan yang dekat dengan Kuala Lumpur, lengkap dengan pelbagai kemudahan asas, dan juga beli rumah pada harga yang berpatutan.

Apa projek baru yang menarik dekat Sentul?

Buat yang suka rumah dekat kawasan macam ni, Tok ada satu projek nak kongsikan dekat korang. Lengkap dengan akses mudah ke lebuhraya, dan pengangkutan awam yang mantap.

Projek ni adalah projek perbandaran yang mampan serta bersepadu, dengan lengkap dengan banyak kemudahan pada masa akan datang.

Projek yang Tok maksudkan tu, adalah SkyMeridien @ Sentul.

Projek kediaman jenis bertingkat (high-rise) ini dibangunkan oleh SkyMeridien Development Sdn Bhd, sebuah syarikat subsidiari SkyWorld Group.

Yang pasti, ini adalah kediaman yang lengkap dengan kemudahan dan fasiliti terkini. Dan apa yang ditawarkan, agak menarik. Jemput baca untuk tahu lebih lanjut.

Dan kalau korang tak sabar nak beli unit SkyMeridien @ Sentul ini, jemput isi borang kat bawah ini sekarang:

SkyMeridien @ Sentul – Apartment servis mewah ala resort, bersebelahan KL

SkyMeridien @ Sentul terletak dalam kawasan Bandar Baru Sentul, Setapak, dan dibina atas tanah berstatus komersial (commercial) dan pegangan sementara (leasehold).

Lagi satu, projek ni boleh dikira sebagai low density (berkepadatan rendah). Bermakna, korang tak perlu semak dengan jumlah penduduk yang padat. Jumlah keseluruhan unit yang dibina sebanyak 780 unit.

Akan ada 2 menara yang akan dibina:

  • Menara A: Berjumlah 414 unit setinggi 38 tingkat, setiap tingkat ada 14 unit,
  • Menara B: Berjumlah 366 unit setinggi 39 tingkat, setiap tingkat ada 12 unit.

Keluasan unit rumah yang ditawarkan jugak cukup menarik. Ada pelbagai jenis keluasan unit yang ditawarkan, bermula daripada 581 hingga 1,318 kaki persegi.

Korang boleh pilih daripada 5 jenis unit yang berikut:

1) Jenis A/A1: 581 kaki persegi, 1 bilik tidur dan 1 bilik air,

2) Jenis B: 794 kaki persegi, 2 bilik tidur dan 2 bilik air,

3) Jenis C: 982 kaki persegi, 3 bilik tidur dan 2 bilik air,

4) Jenis D: 1,200 kaki persegi, 3 + 1 bilik tidur dan 2 bilik air,

5) Jenis E/E1: 1,318 kaki persegi, 3 + 1 bilik tidur dan 3 bilik air.

Unit kediaman servis (serviced residences) bermula daripada tingkat 9 hingga 39. Akan ada 7 tingkat tempat letak kereta berpodium, dan 1 tingkat tempat letak kereta bawah tanah. Tak perlu dah berebut tempat letak kereta.

Korang jugak boleh 2 jenis pemandangan, sama ada nak beli unit yang menghadap kota Kuala Lumpur, atau menghadap Batu Caves/Genting.

Apa kemudahan yang SkyMeridien @ Sentul tawarkan?

Kalau korang tengok projek SkyWorld sebelum ni, korang pasti dah sedia tahu yang korang akan disajikan dengan kemudahan dan fasiliti yang terbaik.

Antara kemudahan asas yang SkyMeridien @ Sentul tawarkan seperti:

1) Salt water wading pool (kolam renang kanak-kanak air masin),

2) Olympic- length swimming pool (kolam renang bersaiz olimpik),

3) Jacuzzis (kolam jakuzi),

4) Hydro gym (gimnasium hidro).

Semua kemudahan ini bertempat di tingkat 8. Di sini jugak, ada kemudahan lain seperti:

  • Outdoor fitness station (stesen aktiviti senaman terbuka),
  • Bilik sauna,
  • Steam room (bilik wap),
  • Tempat barbeku,
  • Taman rempah ratus (spice and herb garden),
  • Dek tempat duduk terapung (floating seating deck),
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Bilik permainan arked (arcade games room),
  • Dek yoga,
  • Kedai runcit, dan
  • Lounge rekreasi.

Dekat tingkat 8 juga, akan terletak management office (pejabat urusan).

Dan buat korang yang sukakan aktiviti lasak, korang boleh cuba kemudahan rock climbing wall. Kemudahan ini terletak di tingkat bawah sekali (ground floor).

Selain itu, antara fasiliti yang ada di tingkat ini adalah:

  • Rumah jaga (guard house),
  • Dinding mendaki (rock climbing wall),
  • Feature Drop-Off (tempat turunkan orang),
  • Dewan serbaguna,
  • Trek basikal,
  • Gelanggang futsal 3-on-3,
  • Taman,
  • Pusat jagaan kanak-kanak,
  • Gelanggang bola keranjang, dan
  • Pusat regangan badan (stretching centre).

Serius ke dekat dengan Pusat Bandar, Tok?

Daripada SkyMeridien @ Sentul ini, korang boleh sampai ke Pusat Bandar Kuala Lumpur yang berjarak 5 KM. Buat korang yang berkerja dekat KL, ini memang kediaman yang sesuai buat korang.

Ini ada berita baik untuk korang yang berkerja dekat kawasan KLCC. Korang ada akses mudah ke sini melalui lebuhraya DUKE Fasa 2, yang selesai dibina pada tahun lepas (2017).

Dan kalau malas nak bawak kereta atau motor ke tempat kerja (jenis yang tak suka menghadap traffic jam), korang boleh berjalan kaki ke Stesen LRT Sentul Timur yang hanya sejauh 300 meter saja. Serius dekat gila!

Tok bagi contoh. Kalau korang menetap kat sini dan bekerja di Semantan, ini anggaran perbelanjaan perjalanan korang ke tempat kerja:

  • Kalau guna kereta:
    • Kos minyak: RM300 sebulan,
    • Kos tol: RM6 sehari X 20 (hari bekerja): RM120,
    • Kos parking: RM280,
    • Jumlah keseluruhan (setiap bulan): RM700
  • Kalau gunakan LRT/MRT:
    • Kos pergi-balik: RM6.40 X 20 (hari bekerja): RM128

Dan bila korang gunakan kemudahan pengangkutan awam, korang boleh berjimat sebanyak RM6,864 setahun. Itu tak termasuk masa korang ya.

Korang jugak ada 4 stesen LRT, 5 stesen KTM dan juga 5 stesen MRT dalam radius 5 KM daripada SkyMeridien @ Sentul ini.

Bab keselamatan pulak, korang tak perlu risau. Di SkyMeridien @ Sentul, ada sekuriti 4 peringkat yang memastikan keselamatan korang dan keluarga terjamin.

Berminat nak sambar sebiji? Ini tawaran tak masuk akal untuk anda!

SkyMeridien @ Sentul ada tawaran best untuk korang.

Korang boleh tempah (booking fee) unit SkyMeridien @ Sentul ni pada hanya RM8,000.

Berminat nak beli unit SkyMeridien @ Sentul? Jemput isi borang kat bawah ni laju-laju dan rebut semua tawaran tak masuk akal ini:

2K Shares

Leave a Reply