Kurangkan beban membeli rumah pertama dengan 8 skim perumahan mampu milik ini

Kurangkan beban membeli rumah pertama dengan 8 skim perumahan mampu milik ini

5609
0
SHARE
Sumber gambar: Gila Hartanah
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Lepas Bajet 2016 diumumkan oleh Perdana Menteri, sebahagian besar bajet telah disuntik ke segmen perumahan mampu milik.

Kalau korang perasan, banyak skim macam ni yang ada sekarang. Dan orang yang nak memohon jadi pening sebab takut tersilap buat pilihan.

Kalau korang ada masalah ni, baca infografik yang Tok kongsikan ni.

Tok sertakan sekali penerangan untuk setiap skim yang ada. Memang sangat mudah untuk korang hadamkan.

Tok baca maklumat ni dekat Star Property. Ngam sangat untuk korang yang dalam dilema nak pilih skim yang mana satu.

Mana satu skim yang patut anda pilih?

 #1: Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA)

PR1MA adalah skim yang paling popular diantara semua skim perumahan mampu milik yang ada.

PR1MA dibuat bagi memenuhi keperluan perumahan golongan kelas tengah.

Nama program Skim Perumahan Rakyat 1Malaysia
Objektif Membina rumah mampu milik bagi golongan kelas tengah di Malaysia terutamanya di kawasan bandar.
Golongan sasaran Semua warganegara Malaysia
Harga rumah RM100,000 hingga RM400,000
Kelompok pendapatan RM2,500 hingga RM10,000
Cara pemilihan Cabutan undi (ballot)
Kriteria kelayakan 1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 21 tahun keatas.

3. Isi rumah diantara RM2,500 hingga RM10,000.

4. Tak memiliki lebih daripada satu rumah.

Proses permohonan Daftar online > Cabutan Undi > Loan rumah
Dokumen yang diperlukan 1. Penyata EPF.

2. Nombor LHDN.

3. Maklumat majikan.

4. Butiran pemilikan rumah. (Jika ada)

5.Penyata gaji terkini.

6. Salinan kad pengenalan.

Larangan 1. Tak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun.

2. Tak boleh disewakan.

Agensi Perbadanan PR1MA Malaysia
Laman web http://www.pr1ma.my/

 

#2: Skim Perumahan Mampu Milik Swasta (MyHome)

Skim ini bertujuan untuk menggalakkan pekerja di sektor swasta untuk memiliki rumah.

Syarikat persendirian yang berkerjasama dengan MyHome akan menawarkan dua kategori rumah iaitu MyHome1 dan MyHome2.

Beza diantara dua adalah saiz dan harga yang ditawarkan.

Nama program Skim Perumahan Mampu Milik Swasta
Objektif Membina rumah mampu milik bagi golongan pekerja swasta di Malaysia.
Golongan sasaran Semua warganegara Malaysia
Harga rumah Semenanjung

MyHome1: RM50,000 hingga RM90,000

MyHome2: RM90,001 hingga RM170,000

 

Sabah & Sarawak

MyHome1: RM60,000 hingga RM90,000

MyHome2: RM90,001 hingga RM220,000

Kelompok pendapatan MyHome1: RM3,000 hingga RM4,000

MyHome2: RM4,001 hingga RM6,000

Cara pemilihan Proses pemilihan.
Kriteria kelayakan 1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun keatas.

3. Pendapatan si rumah diantara RM3,000 hingga RM6,000.

4. Pembeli rumah pertama.

Proses permohonan Daftar online > Tunggu kelulusan > Permohonan loan rumah
Dokumen yang diperlukan 1. Salinan slip gaji terkini.

2. Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga.

Larangan 1. Tak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun.
Agensi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Laman Web https://myhome.kpkt.gov.my/home

 

#3: Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)

PPA1M adalah skim rumah mampu milik bagi pekerja kerajaan.

Nama program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
Objektif Membina rumah mampu milik bagi golongan pekerja kerajaan di Malaysia.
Golongan sasaran Pekerja kerajaan
Harga rumah RM150,000 hingga RM300,000
Kelompok pendapatan Bawah RM10,000
Cara pemilihan Cabutan undi.
Kriteria kelayakan 1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18-60 tahun.

3. Isi rumah dibawah RM10,000.

4. Pembeli rumah pertama.

5. Tidak memiliki PPA1M di negeri lain.

Proses permohonan Daftar online > Pemilihan auditor > Cabutan undi > Permohonan loan rumah
Dokumen yang diperlukan 1. Salinan slip gaji terkini.

2. Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga.

3. Borang PPA1M.

4. Pengesahan daripada majikan.

Larangan 1. Tak boleh menjual semula rumah dalam tempoh 10 tahun.

2. Tak boleh disewakan.

3. Tak boleh diubahsuai.

Agensi Jabatan Perumahan Malaysia
Laman web https://www.ppa1m.gov.my/


#4: 
Program Perumahan Rakyat (PPR)

PPR adalah inisiatif kerajaan menyediakan rumah kos rendah bagi golongan yang kurang berkemampuan di Malaysia.

Nama program Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Objektif Menambah kualiti kehidupan kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Golongan sasaran Warganegara Malaysia
Harga rumah Semenanjung: RM30,000 hingga RM35,000

 

Sabah & Sarawak: RM40,500

Kelompok pendapatan Bawah RM2,500
Cara pemilihan Proses pemilihan.
Kriteria kelayakan 1. Warganegara Malaysia.

2. Berumur 18 tahun.

3. Pembeli berkeluarga (diutamakan).

4. Pembeli rumah pertama.

5. Pendapatan isi rumah bawah RM2,500.

Proses permohonan Daftar online > Pemilihan > Permohonan loan rumah
Dokumen diperlukan 1. Salinan slip gaji terkini.

2. Salinan kad pengenalan semua ahli keluarga.

3. Borang PPR

Larangan Tak boleh disewakan.
Agensi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)
Laman web https://sprn.kpkt.gov.my/


#5: Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M)

Program ini disasarkan khas kepada golongan berpendapatan rendah di Malaysia.

Nama program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia
Objektif Bekalkan rumah kepada golongan berpendapatan rendah yang mempunyai tanah kosong
Golongan sasaran Orang yang berpendapatan rendah dan mempunyai tanah kosong
Harga rumah RM45,000 hingga RM65,000
Kelompok pendapatan RM750 hingga RM3,000
Cara pemilihan Proses screening (saringan)
 

Kriteria yang layak memohon

1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur 18 hingga 60 tahun

3.    Pendapatan isi rumah bermula RM750 hingga RM3,000

4.    Belum memiliki rumah

5.    Mempunyai keluasan tanah kosong tak kurang daripada 2,800 kaki persegi

 

Proses permohonan

Daftar secara online > Buat permohonan > Dapatkan pinjaman
 

Dokumen yang diperlukan

1.    Borang lengkap RMR1M

2.    Akuan berkanun (statutory declaration)

3.    Sijil Pejabat Tanah

Larangan Tiada
Agensi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dimiliki oleh Kementerian Kewangan
Laman Web http://www.spnbmesra.com.my/

 

#6: Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)

 Program ini pula disasarkan kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan). 

Nama program Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
 

Objektif

Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana, yang menetap di kawasan Wilayah Persekutuan
Golongan sasaran Penduduk Wilayah Persekutuan
Harga rumah RM52,000 hingga RM300,000
Kelompok pendapatan Bawah RM15,000
Cara pemilihan Cabutan undi
Kriteria yang layak memohon 1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur atas 21 tahun

3.    Menetap atau bekerja di kawasan Wilayah Persekutuan

4.    Pendapatan isi rumah kurang daripada RM15,000

5.    Belum pernah memilik rumah di Wilayah Persekutuan

Proses permohonan Daftar secara online > Buat permohonan > Tunggu keputusan > Cabutan undi > Dapatkan pinjaman
Dokumen yang diperlukan 1.    Kad pengenalan pemohon dan pasangan

2.    Slip gaji terkini pemohon dan pasangan

3.    Penyata EPF

4.    Salinan bil utility

5.    Akuan berkanun (statutory declaration)

 Larangan 1.    Rumah tak boleh dijual sebelum capai tempoh 10 tahun

2.    Tak boleh disewakan

Agensi Kementerian Wilayah Persekutuan
Laman Web https://rumawip.kwp.gov.my/


#7: Rumah Selangorku

Program ini bertujuan untuk membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan Selangor.

Nama program Rumah Selangorku
Objektif Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana, yang menetap di kawasan Selangor
Golongan sasaran Warganegara Malaysia
Harga rumah RM42,000 hingga RM250,000
Kelompok pendapatan RM3,000 hingga RM10,000
Cara pemilihan Proses screening (saringan)
 

 

 

 

Kriteria yang layak memohon

1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur 18 tahun ke atas

3.    Menetap di kawasan Selangor

4.    Pendapatan isi rumah di antara RM3,000 hingga RM10,000

5.    Belum pernah memilik rumah di Selangor

 

Proses permohonan

Daftar secara online > Buat permohonan > Dapatkan pinjaman
 

Dokumen yang diperlukan

1.    Kad pengenalan pemohon dan pasangan

2.    Sijil kahwin (kalau masih bujang, abaikan yang ini)

3.    Penyata gaji atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah

4.    Akuan berkanun (statutory declaration)

5.    Penyata EPF

6.    Salinan bil utiliti

Larangan 1.    Rumah tak boleh dijual sebelum capai tempoh 5 tahun

2.    Tak boleh disewakan

Agensi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LHPS)
Laman Web http://lphs.selangor.gov.my/


#8: Rumah Idaman Rakyat (RIR)

Skim yang last ni pulak disasarkan kepada golongan berpendapatan sederhana.

Nama program Rumah Selangorku
Objektif Menyediakan rumah mampu milik untuk golongan berpendapatan sederhana
Golongan sasaran Warganegara Malaysia
Harga rumah Bawah RM300,000
Kelompok pendapatan 1.    Pendapatan bulanan bawah RM10,000

2.    Pendapatan peribadi bulanan bawah RM7,500

Cara pemilihan Proses screening (saringan)
 

 

 

Kriteria yang layak memohon

1.    Warganegara Malaysia

2.    Berumur 21 tahun ke atas

3.    Keutamaan kepada pembeli rumah pertama, Orang Kurang Upaya (OKU), dan ibu tunggal

 

Proses permohonan

Daftar secara online > Buat permohonan > Dapatkan pinjaman
 

Dokumen yang diperlukan

1.    Kad pengenalan pemohon dan pasangan

2.    Sijil kahwin (kalau masih bujang, abaikan yang ini)

3.    Penyata gaji atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah

4.    Akuan berkanun (statutory declaration)

5.    Penyata EPF

6.    Salinan bil utiliti

Larangan 1.    Rumah tak boleh dijual sebelum capai tempoh 5 tahun

2.    Tak boleh disewakan

Agensi Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), dimiliki oleh Kementerian Kewangan
Laman Web http://spnbidaman.com.my/my/


Apa tujuan utama semua skim ini wujud?

 Yang paling ketara, semua ini adalah usaha kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah warganegara Malaysia. Jadi, tak elok korang sia-siakan kelebihan ini.

Tapi benda ni bergantung kat korang jugak.

Part paling penting adalah proses nak dapatkan pembiayaan tu. Kalau korang gagal dapatkan, tak guna korang apply bantuan yang ada ni. Buat rugi masa korang je nanti.

Nak lagi ilmu yang bantu korang beli hartanah dengan modal yang minima?

Tok ada kumpulkan perkongsian personal 16 otai hartanah yang power tentang topik ni.

Belajar dan amalkan ilmu dalam eBook ni supaya korang dapat beli hartanah setiap tahun, tanpa perlu ada modal yang banyak.

Kalau korang serius nak belajar, klik link dekat bawah ni.

>>> KLIK SINI SEKARANG UNTUK BELI eBOOK “TAKDE DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?” <<<

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY