Home Berita Terkini Beli rumah pertama anda tahun ini dengan skim MyDeposit. Bertindak sekarang kalau...

Beli rumah pertama anda tahun ini dengan skim MyDeposit. Bertindak sekarang kalau tak nak terlepas peluang.

14880
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Korang mesti pernah dengar skim ni disebut Perdana Menteri masa pembentangan Bajet 2016 tahun lepas kan?

Bermula 2 hari lepas (6 April 2016), korang dah boleh mula buat permohonan kat laman web Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Akhirnya, impian nak memiliki rumah pertama semakin hampir menjadi realiti. Syok kan?

Bagi yang belum tahu, Tok nak kongsikan sikit kupasan skim MyDeposit ni untuk bacaan dan pemahaman korang.

Apa itu skim MyDeposit?

Secara mudah, ia adalah skim bantuan kerajaan yang buatkan impian rakyat Malaysia berpendapatan sederhana (M40), membeli rumah pertama mereka jadi kenyataan.

Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan memperuntukkan RM200 juta sebagai inisiatif untuk membantu golongan yang berpendapatan antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan membeli rumah.

Semalam (masa Tok tengah menulis artikel ini), akhbar New Strait Times keluarkan kenyataan yang dah lebih 2,500 orang memohon skim ini.

Jadi, kalau korang betul-betul berminat, tak usah tunggu lagi dan buat pendaftaran cepat-cepat tau. Tok ada sediakan pautan kat bawah artikel ini untuk mudahkan kerja korang.

Tok juga dapat tahu yang lebih daripada 10,000 buah rumah mampu milik yang berharga bawah RM500,000, dah siap dibina untuk skim ini kat serata negara.

Skim ini berikan sumbangan sebanyak 10% daripada harga jualan rumah (yang korang nak beli) atau bantuan maksimum RM30,000 (yang mana lebih rendah), untuk pembeli rumah kali pertama.

Langkah ini dilihat berpotensi untungkan pemaju dan pembeli. Masa ini, terdapat jurang bekalan rumah yang besar kat Malaysia sebab ramai yang tak mampu sediakan bayaran pendahuluan (sebanyak 10%) untuk membeli rumah kediaman.

Dan ia juga tak tertumpu kat projek perumahan baru saja. Pasaran sekunder (sub-sale) juga layak untuk dapatkan bantuan kerajaan ini.

Sebagai langkah untuk galakkan pemaju swasta membina rumah berharga bawah RM300,000, pihak kementerian akan tawarkan pelbagai insentif kat pemaju. Boleh kata, bertambah banyak rumah yang mampu milik akan dibina nanti.

Adakah saya boleh gunakan dengan skim ini bersama skim bantuan kerajaan yang lain?

Menurut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Abdul Rahman Dahlan, MyDeposit terbuka untuk semua jenis rumah daripada setiap pemaju yang berdaftar, kecuali:

  • Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M),
  • Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA),
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR),
  • Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP),
  • dan Projek Perumahan Mesra Rakyat.

Macam mana nak tahu saya layak memohon skim ini?

KPKT akan menapis dan memilih permohonan yang menepati syarat kat bawah ini:

  • Pemohon mesti warganegara Malaysia dan berumur sekurang-kurangnya 21 tahun untuk memohon (skim ini tak ada had umur maksima yang ditetapkan),
  • Permbeli rumah pertama bagi satu isi rumah,
  • Pendapatan kasar bawah RM10,000 sebulan, dan ia termasuk semua bentuk ganjaran hasil pekerjaan atau perniagaan (seperti upah, gaji, komisyen, bonus, elaun, dan lain-lain yang berkaitan),
  • Mesti layak untuk buat pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi pembiayaan,
  • Pemohon yang layak akan diberi kelulusan bersyarat (dalam tempoh 30 hari) untuk turunkan tandatangan Perjanjian Jual Beli rumah yang korang nak beli.

Saya berminat nak memohon. Apa yang perlu saya sediakan?

Sebelum korang nak memohon, baca dan sediakan dokumen sokongan ini dulu:

  • Salinan kad pengenalan permohon dan pasangan,
  • salinan surat nikah atau sijil nikah,
  • salinan kad OKU atau surat pengesahan OKU (jika berkenaan),
  • salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri,
  • salinan surat pengesahan majikan,
  • salinan penyata gaji terkini,
  • salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan,
  • salinan surat pencen (jika berkenaan),
  • salinan surat pengesahan atau tawaran daripada pemaju/penjual,
  • dan salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) pemohon dan pasangan.

Bila dah sediakan semua dokumen atas ini, boleh klik kat sini untuk buat pendaftaran dan muat naik segala dokumen.

Bagi yang belum mendaftar, klik kat sini sekarang.

Macam mana saya nak dapatkan maklumat lanjut tentang skim ini?

Korang boleh hubungi talian ini dan tanya kat pegawai yang berkaitan:

  • Cawangan Pengurusan Perumahan:
  • 03 – 8891 4035 / 03 – 8891 4054 / 03 – 8891 4012 / 03 – 8891 4062 / 03 – 8891 4460.
  • Bahagian Teknologi Maklumat:
  • 03 – 8891 4478.

Nota Tambahan: Korang juga boleh muat turun garis panduan mekanisme perlaksanaan skim MyDeposit ini dengan klik kat sini.

Bantuan seperti ini sedikit sebanyak dapat ringankan beban korang untuk memiliki rumah pertama.

Dan dah tentu ini akan jadi berita baik untuk kawan-kawan kita yang baru berkahwin. Panjangkan berita baik ini kat kawan-kawan serta saudara-mara korang tau.

Tok harap penjelasan pasal skim ini dapat bantu korang fahamkan maklumat tentang skim ini. Tak usah tunggu-tunggu lagi, dan mula memohon sekarang.

1 COMMENT

  1. Salam tuan, sy nk tanya 2 soaln
    1..adakah kena cari rumah dan deal dulu baru apply skim ini?
    2..pinjaman bersama isteri boleh ke?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here