Home Berita Terkini Skandal hartanah – SPRM tahan EXCO Johor

Skandal hartanah – SPRM tahan EXCO Johor

374
1
SHARE
Sumber gambar: The Star Online
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Exco kerajaan Johor, Datuk Abdul Latif Bandi kini ditangkap berikutan kontroversi penyelewengan kuota Bumiputra bagi hartanah negeri itu.

Abdul Latif ditahan kira-kiran jam 11 pagi pada Khamis lalu bertempat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Johor Bahru ketika dipanggil untuk soal siasat.

Menerusi The Star Online, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengesahkan penahanan tersebut ketika berada dalam satu majlis bersama media di Menara Star.

Abdul Latif yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor memilih untuk bercuti pada 1 Mac lalu namun tidak diketahui berapa lama tempoh itu berlangsung.

Difahamkan, Abdul Latif mula bercuti selepas anak lelakinya dan pegawai khasnya ditahan SPRM dalam satu operasi pada 28 Februari lalu.

Seorang saja ke yang ditahan?

Rentetan kejadian itu, Abdul Latif  dilihat semakin menyepi dan jarang kelihatan di khayalak ramai.

Turut ditahan ketika serbuan itu iaitu dua (2) pemaju, seorang peguam dan orang awam yang dipercayai terlibat dalam skandal sama.

Sementara itu, sebanyak 45 akaun yang bernilai lebih RM15 juta dibekukan bagi menyiasat skandal tersebut.

Pihak berkuasa turut merampas 21 kereta mewah dan lima motosikal berkuasa tinggi.

Namun, mereka dibebaskan setelah dikenakan tahanan reman.

Setakat ini,  SPRM telah memanggil 15 orang untuk merekod kenyataan bagi membantu siasatan.


Sumber berita asal: The Star Online

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here