SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Projek ni, dulunya adalah hartanah paling tua yang dibangunkan di Kuala Lumpur, Bolton Court.

Lepas diubah, Tok rasa bangunan lama ni dah ditransformasi jadi projek yang lawa dan cantik.

Tipu la kalau Tok cakap tak berkenan lepas  diubah suai dan ditukar jadi Sixceylon (6ceylon).

Lepas renovation, bangunan tu ada 4 pilihan unit untuk korang. Fasiliti pun, jauh lebih moden dan baik berbanding dulu.

Lokasi ni memang strategik kat kawasan Sentul. Memang ada banyak pilihan untuk berjimba nanti.

Kediaman baru, dengan feel yang lebih moden

Dulu Bolton Court ni kondominium 12 tingkat dengan 20 unit kediaman duplex.

Lepas diubah, sekarang ni kondominium ni ada 33 tingkat dengan 215 unit kediaman. Siap ada 5 tingkat tempat letak kereta termasuk satu basement, aras fasiliti dan 27 tingkat kediaman.

Tiap tingkat ada 8 unit kediaman dengan 4 lif. Projek ni dilancarkan pada Jun 2010 dan ambil masa 3 tahun untuk siap.

Dekat dengan bandar KL? Silap-silap, berguling pun boleh sampai 

Lokasi projek ni memang terbaik dan strategik sebab terletak di pinggir kota raya KL, Sentul.

Memang sangat dekat kalau korang nak shopping atau bersiar-siar.

Dekat Jalan Ceylon pulak, jangan terkejut kalau korang jumpa banyak kelab malam seperti Green Man Pub, Reggae Bar dan Ciccio Ristorante.

Kalau korang ada anak-kanak dan remaja bawah umur, tempat ni memang tak sesuai la. Silap-silap, ada yang terjebak jadi raver nanti.

Abaikan kelab malam. Korang juga boleh berjalan kaki ke Bukit Bintang, Pavilion KL, Fahrenheit, Starhill Gallery dan Lot 10. Hanya 5 minit je.

Banyak sekolah bagus-bagus yang anda boleh pilih

Korang tak payah risau kalau nak hantar anak ke sekolah. Situ ada beberapa buah sekolah yang bagus dan popular dengan kecemerlangan akademi.

Contoh seperti SJKC Nan Kai, SMK Convent Bukit Nanas, SMK St John, SJI KL, Methodist Boys School Kuala Lumpur, dan SJKC Jalan Davidson.

Selain boleh nikmati suasana kota raya, korang boleh lepak di bandar yang banyak tarikan. Restoran, kafe hipster, kedai kopi moden, dan banyak lagi. Bak kata, perut korang sentiasa penuh.

Tak tau jalan nak ke sini?

Senang tak nak ke situ. Korang jangan risau. Semudah ABC tau jalan nak ke Bukit Ceylon atau Sixceylon ni. Ikut sajer Google Map atau Waze bagi korang yang tak pernah pergi.

Mana yang dah terer tu korang boleh ikut laluan Jalan Bukit Bintang, Changkat Raja Chulan, dan Jalan Bukit Ceylon.

Nak naik pengangkutan awam, korang boleh pilih nak naik kat stesen Monorail Bukit Bintang atau Raja Chulan.

Apa yang anda perlu tahu tentang Sixceylon, Bukit Ceylon?

Nama projek: Sixceylon (Bolton Court)

Alamat projek: 6, Jalan Ceylon, Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Midah Istimewa (anak syarikat Bolton)

Tarikh siap: 2013

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pegangan bebas (freehold)

Jumlah tingkat: 33

Jumlah blok: 1

Jumlah unit: 215

Keluasan binaan (Built-up area): 696 hingga 1,555 kaki persegi

Harga Pelancaran: RM563,000 – RM1,530,000

Harga second hand (subsale): RM576,623 – RM1,710,000

Kadar Sewa: RM3,200 – RM5,500

Fi Penyelenggaraan: RM0.44 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM2,874

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM5,748

Jenis binaan yang ada di Sixceylon, Bukit Ceylon

  • Jenis D: 696 kp (1 bilik),
  • Jenis B: 837 kp (1 + 1 bilik),
  • Jenis C: 1,200 kp (2 bilik),
  • Jenis A: 1,555 kp (3 bilik).

Kemudahan yang disediakan di Sixceylon, Bukit Ceylon

  • Kolam renang,
  • Gimnasium,
  • Sauna,
  • Taman permainan,
  • BBQ,
  • Keselamatan 24 jam.

Tok rasa pihak Bolton melakukan satu kerja yang bagus, sebab buat penjenamaan semula untuk Bolton Court.

Lagipun, bangunan lama ada unsur tarikan sendiri. Lepas tu, diberi pula nafas baru. Bertambah-tambah la bagus, kan?

Sesuai dengan nama baru, Tok rasa projek Sixceylon bagi persepsi baru kepada komuniti. Bukan lagi bangunan lama, tapu diubah menjadi satu projek yang sangat moden dan bergaya.

Bak Cinderella menjadi puteri cantik pada malam hari. Tok percaya kondominium ni dapat beri pulangan sewa yang bagus untuk pelabur dan pemilik.

Jadi apa lagi, cepat la korang rebut peluang ni.


Sumber: PropertyGuru, PropWall & PropSocial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here