PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Anda free 15 dan 16 Oktober ni? Jemput datang ke Simposium Hartanah Utusan 2016

Simposium Hartanah Utusan 2016 (SHU 2016) anjuran Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., dijangka menarik lebih 2,000 peserta pada penganjurannya tahun ini yang berlangsung 15 dan 16 Oktober ini.

Ketua Penyelaras SHU 2016 yang juga penggiat pejuang hartanah, Ahyat Khalissabri Ishak berkata, program dua hari yang padat dengan maklumat, perbincangan dan penerangan terpe­rinci mengenai industri hartanah itu dijangka mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai, pembeli dan persatuan pengguna.

Menurutnya, pelbagai topik menarik dan kupasan terpe­rinci akan diketengahkan oleh pencera­mah tersohor yang dibawa khas sempena penganjuran SHU 2016 kali ini.

“Objektif penganjuran program adalah bagi membongkar rahsia dunia hartanah selain daripada memberi pendedahan dan informasi terperinci serta meningkatkan kefahaman mengenai pembelian dan pengurusan bijak hal-hal berkaitan hartanah.”

“Topik-topik yang diketengahkan dalam simposium kali ini juga diambil daripada maklum balas orang ramai yang ingin tahu serta memahami keadaan isu semasa pasaran hartanah ketika ini,” katanya kepada Utusan Malaysia selepas majlis sidang akhbar dan penyerahan tajaan SHU 2016 di sini hari ini.

15 penceramah, 15 topik berbeza

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Moha­mad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Noor; Pengarah Eksekutif Utusan Media Sales Sdn. Bhd., Mohd. Yazid Ahmad dan Pengarah Urusan Andaman Proper­ty Management Sdn. Bhd. (Andaman), Datuk Seri Dr. Vincent Tiew.

Tambah Ahyat, SUH kali ini menyaksikan seramai 15 orang penceramah yang dijemput bagi membincangkan topik-topik dan kupasan menarik antaranya Islam dan Hartanah oleh Ustaz Ghazali Ibrahim; Pengurusan Risiko Hartanah dan Pengurusan Hartanah Pusaka Islam oleh Fadhilah Abdul Aziz dan Norisah Ibrahim; Tiga Cara Yang Mudah Untuk Dapatkan Pinjaman oleh Vince Chia dan Era Mampu Milik Mewah oleh Dr. Vincent Tiew.

Ujarnya, peserta juga berpeluang mengajukan soalan dalam sesi soal jawab selain turut berpeluang memenangi cabutan bertuah yang disediakan.

SUH 2016 akan diadakan di Dewan Besar, Utusan Melayu (Malaysia) Bhd., dan mereka yang berminat boleh mendaftar secara percuma dengan mengisi maklumat diri di laman Facebook Pe­ngurusan Jenama Utusan/Kosmo.

Topik menarik SHU 2016

1) Islam dan Hartanah : Ustaz Ghazali Ibrahim

2) Pengurusan Risiko Hartanah dan Pengurusan Hartanah Pusaka Islam : Fadhilah Abdul Aziz dan Norisah Ibrahim

3) Tiga Cara Yang Mudah Untuk Dapatkan Pinjaman : Vince Chia

4) Era Mampu Milik Mewah : Datuk Seri Dr. Vincent Tiew

5) Teknik Langsai Hutang Rumah 10 Tahun : Abdul Aziz Ahmad

6) Kenapa Beli Hartanah Tahun lni Dan Bukan 2018 : Faizul Azwan Ridzuan

7) Beli Hartanah Guna Syarikat : Amsyari Zarir Abdul Shakur

8) Ilmu Undang-undang Hartanah Mengelak Jerat dan Perangkap : Nazri Mustafa

9) Reka Bentuk Dalaman Menaikkan Nilai Hartanah : Mohd. Amin Mohd. Yusoff

10) Rahsia Hartanah Lelong Terbongkar : Alan Poon

11) Strategi Meningkatkan Nilai Pelaburan Di Dalam Bangunan Berstrata : Adzman Ariffin

12) ASB Genius dan Hartanah : Khairul Ezuwan Yusoff

13) Bongkar Rahsia Lubuk Hartanah Terbaru Di Malaysia : Ishmael Fadullah Ho Wen Xiong

14) Strategi Paling ‘Power’ Dalam Pelaburan Hartanah : Ahyat Khalissabri lshak

[Sumber asal: Utusan Online]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *