Simpan RM74,708 atau RM94,118 dalam masa 5 tahun. Nak mana satu?

Simpan RM74,708 atau RM94,118 dalam masa 5 tahun. Nak mana satu?

4555
2
SHARE
Sumber gambar: Playbuzz
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kalau simpan duit cara lama (a.k.a ‘bawah bantal,’ tabung, dan lain-lain yang sama jenis), memang lambat sikit duit tu nak berganda.

Dah tu, duit tu tak bekerja untuk buat lebih banyak duit. Duduk je kat situ, tak buat apa-apa.

Tu sebab berkali-kali Tok pesan kat korang. Ada ilmu, tenang-tenang je korang boleh simpan sampai RM94,118. Serius ni!

Nah, Tok kongsikan nukilan ilmu Tuan Harith Faisal ni buat santapan minda korang.

Apa yang korang baca ni hanya sekadar rangka pelan, dan boleh diubah supaya ngam dengan kewangan semasa korang. Selamat beramal dan masyuk 5 tahun lagi!

Sampai bila anda tak nak simpan duit?

Simpanan bulanan adalah benda asas kalau korang nak mula melabur.

Kalau tiap-tiap bulan duit gaji habis, siap berhutang dengan kawan, korang kena semak balik part mana yang kena kurangkan.

Kalau dah gigih sampai ke akar umbi korang gali, tapi masih tak jumpa punca untuk kurangkan belanja, nak tak nak korang kena tambah sumber pendapatan.

Usahalah sampai dapat simpan RM1,050 sebulan.

Klik sekarang untuk baca: Anda patut pentingkan ‘volume’ dalam pelaburan ASB. Kenapa?

“Kenapa RM1,050?”

Saja. Ini kan posting saya, suka hati sayalah nak bagi contoh berapa ringgit pun. Haha!

Okay, senang cerita, kalau korang simpan RM1,050, korang akan dapat simpan RM63,300 je dalam masa 5 tahun. Betul?

Tapi kalau kau bijak sikit, korang boleh dapat RM94,118 dengan gunakan modal yang sama. Untung boleh cecah RM30,818 tu.

Nak jadi bijak bukan susah pun. Baca je posting ni sampai ke perkataan yang last sekali.

#1: Teknik mudah buat untung lebih RM30,000 selama 5 tahun

Katakan, korang dah mampu menyimpan RM1,050 sebulan.

Setiap bulan, korang letak jumlah tu dalam akaun ASB selama 5 tahun. Korang jangan risau. Duit tu takkan hilang punya.

Dengan 6.75% dividen setahun, berapa yang korang boleh dapat lepas 5 tahun?

  • Simpan = RM1,050,
  • Tempoh simpan = 60 bulan (5 tahun),
  • Kadar faedah setahun = 6.75%,
  • Compounding = Setiap tahun,
  • Jumlah prinsipal = RM63,000,
  • Nilai matang (maturity value) = RM74,708

Jadi, hasil yang korang akan dapat termasuk dividen terkumpul adalah RM74,708 selepas 5 tahun.

Kalau korang simpan sendiri dalam tabung rumah atau bawah bantal, korang akan dapat RM63,000 (rujuk balik jumlah prinsipal tadi).

#2: Yang tadi, atau yang ini lebih masyuk?

Ada juga pelan tindakan ke-2 untuk korang.

Korang boleh jugak memohon ASB Financing RM200,000 dengan tempoh pembiayaan selama 30 tahun. Tiap-tiap bulan, korang kena bayar ansuran RM1,050.

Kita ambil contoh kadar keuntungan bank sebanyak 4.8%, dan dividen ASB 6.75%. Bayar dengan cermat dan cukup 5 tahun, terminate.

  • Jumlah loan = RM200,000,
  • Kadar interest = 4.8% setiap tahun,
  • Tempoh loan = 30 tahun,
  • Ansuran bulanan = RM1,049,
  • Ammortization Schedule (Jadual lunas) = RM183,130 selepas 60 bulan

Kita kira pulak berapa dividen yang korang boleh dapat lepas 5 tahun:

  • Jumlah prinsipal = RM200,000,
  • Tempoh = 60 bulan (5 tahun),
  • Kadar faedah tahunan = 6.75%,
  • Compounding = Setiap tahun,
  • Jumlah faedah = RM77,248,
  • Nilai matang (maturity value) = RM277,248
Klik sekarang untuk baca: Ubah dividen ASB dari 7.25% ke 22%. Ini caranya. 

Berapa banyak yang anda boleh dapat?

Kalau korang simpan macam tu je duit dekat rumah:

  • RM1,050 X 12 X 5 =
  • RM63,000

Apa pulak yang jadi kalau korang simpan RM1,050 tu dalam ASB:

  • RM74,708 – RM63,000 =
  • RM11,708 (untung bersih)

Lagi masyuk kalau korang guna RM1,050 tu dan buat ASB Financing:

  • RM94,118 – RM63,000 =
  • RM31,118 (untung bersih)

So, korang nak untung lebih RM30,000 atau RM11,000?

Pilih salah satu yang korang suka. Matematik tak menipu. Saya dah buktikan dengan pengiraan.

Klik sekarang untuk baca: Teknik manipulasi ASB + EPF untuk kurangkan ansuran loan rumah sebanyak 79%?

Hanya labur RM1,050 sebulan selama 5 tahun. Apa lagi yang tak cukup?

Korang mungkin tak larat nak keluar RM200,000 sekali harung. Tapi korang pinjam duit bank untuk melabur selama 5 tahun, dan dapat tunai terkumpul sebanyak RM94,000++.

Bijak tak? Kalau tak, korang hanya dapat RM74,000++ je.

Memang best dapat melabur dengan volume tinggi untuk ASB Financing-i ni. Korang akan geram tengok dividen tu compounding.

Kalau volume kecil (RM10,000 atau RM20,000, tak berapa best sangat la pulangan dia. Faham?

RM1,050 sebulan besar sangat? Ikut la kemampuan masing-masing. Kalau mampu simpan RM550 sebulan pun, korang boleh buat RM100,000 dengan teknik ni.

Eleh, berkira sangat. Bayar kereta lebih RM1,00 sebulan, korang tak kisah pulak? Steady je tak pernah kantoi bayar. Haha!

Nota #1: Ini adalah kiraan secara kasar tanpa Takaful untuk mudahkan pemahaman korang. Perkongsian ini adalah secara umum, jadi sesuaikan ikut kemampuan kewangan masing-masing.

Nota #2: Guna smartphone Android? Download Financial Calculator untuk kira semua kiraan kat atas tadi tu. Yang guna iPhone pulak, download EZ Financial Calculator.

Silakan SHARE dan panjangkan manfaat ini kepada kenalan dan saudara-mara korang.

Dah nampak cara? Mesti korang dah tak sabar nak mulakan pelaburan ni sekarang.

Yang penting, pastikan korang betul-betul mampu letakkan sejumlah tu setiap bulan. Ni komitmen jangka masa panjang tau. Kalau tak komited, korang yang rugi.

Nak senang masa depan, bersusah dulu sekarang. Tak lama pun 5 tahun tu. Lepas tu, dah ada RM90,000 lebih. Macam-macam korang boleh buat dengan duit banyak tu.

Dengan RM90,000++ tu, confirm boleh lulus loan rumah senang-senang je?

Bank tak kedekut pun nak pinjamkan korang duit untuk beli rumah. Cuma, korang kena buktikan yang korang teramat layak.

Duit yang korang kumpul tadi tu, boleh guna untuk kasi loan rumah senang lepas.

Nak tau cara? Klik link bawah ni sekarang untuk belajar:

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ’STRATEGI CONFIRM LULUS LOAN RUMAH’

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY