Home Analisa Kawasan Shah Alam VS Bangi – Yang mana satu pilihan di hati anda?

Shah Alam VS Bangi – Yang mana satu pilihan di hati anda?

6299
12
SHARE
Sumber gambar - larian40taman.blogspot.com / YouTube
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Tok dapat banyak permintaan daripada korang untuk buat perbandingan antara 2 kawasan ni.

Hari ni adalah hari bertuah untuk korang. Tok kabulkan permintaan korang tu. Perbandingan yang Tok buat ni, adalah dengan mengganggap korang bekerja di kawasan Pusat Bandar (Kuala Lumpur).

Jadi, yang mana satu kawasan yang sesuai untuk beli rumah baru korang? Shah Alam, atau Bangi?

4 perkara wajib ambil kira sebelum beli rumah

Apa yang kita akan tengok dan kaji terlebih dulu sebelum beli rumah dalam sesebuah kawasan?

Kalau tanya Tok, Tok akan tengok dulu 4 aspek penting ni seperti :

  • Jaringan lebuhraya (supaya senang korang nak sampai ke tempat kerja di KL),
  • Pusat kesihatan dan klinik (senang kalau jadi apa-apa kat keluarga, hospital semua dekat belaka),
  • Pusat pengajian tinggi dan sekolah (tak payah susah-payah hantar anak belajar jauh-jauh), dan
  • Pusat membeli-belah (senang korang nak beli barang dan shopping atau berjalan-jalan dengan keluarga).

Dan untuk bonus, Tok akan sediakan sekali kajian Tok tentang tempat riadah yang ada dekat 2 kawasan ni. Senang korang nak buat aktiviti dengan keluarga tercinta.

Macam mana dapat nama ‘Knowledge City’? Power tu!

Tok mulakan dengan kawasan Bangi terlebih dulu. Jemput hadam.

Bangi yang dulu tak sama dengan yang sekarang. Dulu, Bangi dikenali sebagai pekan ‘koboi’ (cowboy). Sekarang, mendapat julukan sebagai ‘Bandar Ilmu’ (Knowledge City).

Ini sebab terdapat banyak pusat pendidikan tinggi yang ada kat sini. Tok akan jelaskan lebih lanjut kat bawah nanti.

Kawasan Bangi jugak menjadi tumpuan ramai orang sebab ada macam-macam jenis ekonomi seperti perindustrian, perniagaan, dan juga perkhidmatan.

Nak sampai ke Bangi pun dah cukup senang sekarang.

Sumber gambar – GigaTera

Dengan jarak 25KM ke Pusat Bandar (Kuala Lumpur), korang boleh ke sana melalui jaringan lebuhraya seperti :

  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban,
  • Lebuhraya Sungai Besi,
  • Lebuhraya Utara-Selatan (NSE),
  • New Klang Valley Expressway (NKVE),
  • South Klang Valley Expressway (SKVE),
  • Kajang-Seremban Highway (LEKAS),
  • North-South Expressway Central Link (ELITE), dan
  • Cheras-Kajang Expressway (CKE).

Korang boleh sampai ke Kuala Lumpur dalam masa kurang 1 jam dengan menggunakan semua highway yang ada ni.

Senarai hospital dan klinik kat Bangi

Macam yang Tok cakap sebelum ni, pusat kesihatan dan klinik adalah antara faktor penting yang kita perlu pertimbangkan sebelum membeli hartanah dalam sesebuah kawasan.

Takde siapa yang sanggup nak drive jauh-jauh kalau korang dan ahli keluarga (Tok doakan supaya dijauhkan) jatuh sakit.

Tapi apa pun, lebih baik kita bersedia untuk sebarang kemungkinan. Kita tak tahu apa yang akan jadi esok lusa. Setuju?

Sumber gambar – SALUD – Malaysia’s #1 Healthcare Job Site

Antara hospital dan klinik kesihatan yang ada di kawasan Bandar Baru Bangi seperti :

  • Az-Zahra Islamic Hospital,
  • Hospital Pakar An-Nur Hasanah Sdn Bhd,
  • Megaklinik Zahran,
  • Medic IG Holdings Sdn Bhd (PMO),
  • KPJ Kajang Specialist Hospital.

Apa pula sekolah dan pusat pengajian tinggi yang ada kat Bangi?

Sumber gambar – Panoramio

Antara sekolah yang ada di kawasan ini termasuk :

Sekolah Rendah Bantuan Kerajaan

  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Bangi,
  • Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Min,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Empat,
  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 7,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan Enam,
  • Sekolah Kebangsaan Bangi,
  • Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi,
  • Sekolah Kebangsaan Jalan 3.

Ini pulak senarai Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan yang ada dekat Bangi :

  • Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Reko,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat.

Sekolah persendirian kat Bandar Baru Bangi pun ada, termasuk :

  • Sri Ayesha Islamic School,
  • Sekolah Seri ABIM, Sungai Ramal,
  • Tanarata International School,
  • Sekolah Rendah Agama Islam Bandar Baru Bangi.

Pusat pengajian tinggi, institusi pendidikan dan pusat latihan yang ada pulak seperti :

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
  • Universiti Tenaga Nasional (UNITEN),
  • Universiti Kuala Lumpur (UniKL),
  • Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),
  • Universiti Putra Malaysia (UPM),
  • German-Malaysian Institute (GMI).
  • Kolej Poly-Tech MARA (KPTM),
  • Institut Perguruan Islam,
  • Institut Latihan Maybank,
  • Institut Latihan CIMB,
  • Institut Latihan Public Bank,
  • Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI),
  • Infrastructure Universiti Kuala Lumpur (IUKL),
  • MEA Technology Centre,
  • Akademi Percukaian Malaysia (LHDNM),
  • Lembaga Perlesenan Sawit Malaysia (MPOB).

Banyak, kan? Korang dah tak payah pening kepala hantar anak belajar jauh-jauh. Best, kan?

Macam mana pulak dengan pusat membeli-belah?

Sumber gambar – Bandar Baru Bangi – blogger

Buat para wanita dan kaki shopping, ini satu benda wajib yang korang kena ambil tahu sebelum beli sesebuah rumah.

Dan sebab Tok faham korang, Tok juga sediakan senarai shopping mall yang ada dekat kawasan Bangi ni.

Antara yang korang boleh kunjungi tanpa perlu berjalan jauh seperti :

  • KIP Mall Bangi,
  • Bangi Gateway,
  • Kompleks PKNS Bangi,
  • De Centrum Mall,
  • Bangi Central Market.

Selain tu, kat sini memang terkenal dengan pelbagai jenis butik pakaian yang menarik. Dah la banyak gila. Silap-silap, boleh pening kepala korang nak pilih :

  • Butik Labeyla,
  • Butik Gorgeous Mom Outlet,
  • Butik Ariani,
  • Butik Fahada,
  • Sutera Naqiyyah,
  • Butik Qalesha,
  • Hajaba,
  • Marian,
  • Butik Qasha,
  • Butik Mum Dreams,
  • Butik Siti Khadijah,
  • Tudung Fareeda,
  • Al-Ikhsan,
  • Butik Sutra Ungu,
  • Butik Zaida,
  • Moodha Boutique,
  • Butik Baju Korporat,
  • Butik Tateh.

Pening dah? Tok dah cakap awal-awal tadi. Korang tak nak percaya.

“Apa pulak yang ada kat Shah Alam, Tok?”

Sumber gambar – KLIA2

Okay, Tok stop bercerita pasal Bangi kejap. Tiba masa untuk Shah Alam pulak.

Nak ke Shah Alam atau dari sini ke Kuala Lumpur pun, senang dah.

Dan korang dengan mudah boleh akses ke mana-mana bahagian Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang, dan KLIA.

Kalau kita kaji dan lihat untuk Shah Alam ni, kita ada beberapa sambungan lebuhraya yang manta seperti yang Tok list-kan kat bawah :

  • New Klang Valley Expressway (NKVE),
  • North South Expressway (NSE),
  • Lebuhraya Persekutuan,
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP),
  • New Guthrie Corridor Expressway,
  • Sprint Expressway.

Tak cukup dengan itu, ada lagi pengangkutan awam seperti 2 stesyen KTM seperti Stesyen KTM Shah Alam dan juga Padang Jawa.

Klinik dan hospital terdekat kat bandar Shah Alam

Sumber gambar – phb.com.my

Dalam kawasan ni je, ada lebih 40 buah klinik dan hospital yang berdekatan.

Rata-rata hanya ambil masa kurang 20 minit je untuk sampai ke semua poin-poin yang Tok sebutkan kat bawah ni nanti.

Antara yang ada seperti :

  • Darul Ehsan Medical Centre (DEMC),
  • DEMC Specialist Hospital,
  • Columbia Asia Extended Care Hospital – Shah Alam,
  • Hospital Umra,
  • KPJ Klang Specialist Hospital,
  • KPJ Selangor Specialist Hospital,
  • SALAM Shah Alam Specialist Hospital,
  • Hospital Bersalin METRO.

Lebih daripada 80 pilihan?

Sumber gambar – Arab Malaysia

Shah Alam pun, boleh tahan banyak dengan pusat pengajian tinggi yang terkenal dalam negara.

Buat korang yang ada anak-anak yang masih bersekolah, Shah Alam ada sediakan banyak pilihan. Terdapat lebih daripada 80 institusi pendidikan untuk pelbagai tahap pembelajaran kat sini.

Antara yang ada seperti :

  • UNISEL (Universiti Industri Selangor),
  • UiTM (Universiti Teknologi Mara),
  • International Education College (INTEC),
  • MSU (Management & Science University), dan
  • KDU University College Kampus Glenmarie.

Tok list-kan sekolah rendah dan menengah yang ada di bawah:

  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 7,
  • Sekolah Sri Acmar,
  • Sekolah Kebangsaan Batu Tiga,
  • Greenview Islamic School,
  • Sri Kayangan School,
  • Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis,
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7.

Dan banyak lagi yang ada berdekatan, daripada sekolah kebangsaan, jenis C, sekolah International, sekolah Islam, dan pilihan lain.

Dekat mana kalau anda nak membeli-belah di Shah Alam?

Sumber gambar – Misz Ella

Untuk kemudahan membeli-belah pulak, korang tak perlu pun pergi jauh. Pilihan yang ada seperti :

  • AEON Mall Shah Alam,
  • Star Avenue Lifestyle Mall,
  • Plaza Shah Alam,
  • Kompleks PKNS Shah Alam,
  • Central i-City Shopping Centre,
  • Space U8,
  • Gamuda Walk Mall,
  • SACC Mall,
  • Setia City Mall.

Kemudahan pusat riadah yang mantap di Bangi

Memang seronok kalau korang sekeluarga pilih untuk menetap di kawasan Bangi. Sebab apa? Korang tak payah pun kena gerak jauh-jauh untuk bersuka-ria.

Boleh jimat banyak tau. Korang tak payah pun bayar kos tol dan minyak yang mahal sekarang.

Antara kawasan riadah kat sini adalah Taman Tasik Cempaka. Ada macam-macam kemudahan awam yang tersedia, termasuk :

  • Trek jogging (sepanjang 3KM mengelilingi Tasik Cempaka),
  • Skatepark (untuk penggemar sukan ekstrim, skateboard).
Sumber gambar – YouTube

Selain tu, ada jugak taman rekreasi Bangi Wonderland yang baru dibuka pada 27 Ogos 2016 kat sini.

Ada macam-macam aktiviti yang ditawarkan kat sini. seperti :

  • Kids Adventure,
  • Magic Funnel,
  • Anaconda Trail,
  • The Fall,
  • Green Pearl,
  • The Fall, dan lain-lain aktiviti yang menarik.

Senang korang. Tak payah menghadap traffic jam untuk ke tempat lain kalau nak beriadah. Dalam Bangi je dah tersedia lengkap semua.

Apa pula kawasan riadah yang ada di Shah Alam?

Sumber gambar – Taman Botani Negara Shah Alam

Shah Alam pun boleh tahan. Banyak tempat riadah yang dekat-dekat belaka, dengan barisan aktiviti yang sesuai untuk semua golongan usia.

Kalau korang beli rumah kat Bangi dan tak perlu ke luar kawasan untuk aktiviti riadah, Shah Alam pun sama jugak.

Antara yang korang boleh check out termasuk :

  • Skytrex Adventure Shah Alam,
  • Dive Buddy,
  • Denai Alam Riding & Recreation Club (DARC),
  • Kota Permai Golf & Country Club,
  • ATV Ezzy Ride,
  • Aviary & Bunny Park,
  • Taman Botani Negara, dan
  • Shah Alam Extreme Park.

Yang pasti, korang takkan bosan tinggal dalam kawasan ni. Macam-macam ada.

Apa pendapat anda tentang 2 kawasan ni?

Penat dah Tok cerita kelebihan antara 2 kawasan ni. Apa pun, bergantung kat korang untuk pilih yang mana satu.

Bukan kerja Tok untuk tentukan keputusan korang. Korang yang kena buat semua tu sendiri, mengikut objektif dan kemahuan korang (selain duit dalam poket korang).

Jadi, apa pendapat korang tentang Bangi dan Shah Alam? Tulis kat ruangan komen. Tok tak sabar nak baca.

12 COMMENTS

  1. Sangat2 membantu Tok. Next story boleh tak tok ceritakan plk rumah2 yang mampu milik, dan reasonable price kat dua2 kawasan ni. Mayb rumah yang undercon, or projek yang dah siap, or dalm perancangan to build, or kawasan2 yang “hot” utk penyewa dll. Tq Tok.

  2. Berapa tahun S. ALAM N BANGI utk capai kemajuan yg sekarang ni? Blh tok review kawasan rawang terutama kundang, gamuda garden

  3. Memilih bangi. Sebab membesar di bangi. Since 1982 dah tinggal kat bangi. Dari tak ada apa sampai jalan dah boleh jem ☺️
    Pernah tinggal kat shah alam.. tapi tak lama, dalam 6 bulan je..
    tapi sekarang tercampak almost 4 years dah kat pulau langkawi.. rindu bangi.. harap boleh balik semula duk kat bangi..

  4. Duduk Shah Alam masa belajar di UiTM, semua ada kat Shah Alam.
    Bila kahwin, kakak ipar orang Bangi dan Bangi memang kawasan yang selesa untuk didiami. Tambah pula aksesibiliti mudah ke KL, Kajang, Kajang 2, Semenyih. Jangan lupa MRT dari Kajang dah siap. Bertambah pilihan selain Komuter dekat UKM tu.
    Dulu nampak Bangi jauh, tapi sekarang tu kawasan yang Orang Melayu selesa, selain Shah Alam.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here