Setia City Residences – Apartmen servis mewah pertama di Setia Alam

Setia Alam jadi pilihan untuk kediaman korang yang seterusnya? Korang patut tahu tentang kewujudan Setia City Residences ni.

Projek S P Setia berkonsepkan serviced apartment ini adalah kediaman bertingkat mewah pertama di Setia Alam.

Dibina atas tanah seluas 6 ekar, projek ini dibina betul-betul sebelah Setia City Mall. Siap ada laluan terus ke Setia City Mall lagi.

Apa lagi yang korang nak? Senang betul korang. Tak payah susah-susah cari parking ke shopping mall. Jalan kaki pun boleh sampai.

Dan apa yang ditawarkan, boleh kata agak menarik. Jemput baca kalau korang nak tahu lebih lanjut.

Bermula dari 858 hingga 1,221 kaki persegi

Sumber gambar – SP Setia

Setia City Residences dibina atas tanah berstatus komersial (commercial title) dan pegangan bebas (freehold). Dan yang best, projek ni adalah jenis low density.

Bermakna, korang tak perlu semak kepala dengan penduduk yang padat. Jumlah keseluruhan unit adalah sebanyak 780 unit saja.

Ada 3 menara yang akan dibina setinggi 34 tingkat :

  • Menara A, Adora,
  • Menara B, Bella, dan
  • Menara C, Carra.

Keluasan unit rumah yang ditawarkan juga cukup menarik. Bermula dari 858 hingga 1,221 kaki persegi.

Dan korang boleh pilih 4 layout yang berbeza seperti yang Tok jelaskan kat bawah ni :

Layout Type A adalah unit terkecil yang ditawarkan, dengan 2 bilik tidur dan 2 tempat letak kereta percuma.

Unit ni, sesuai untuk pasangan suami isteri yang baru berkahwin dan belum mempunyai anak (atau seorang anak).

Untuk layout Type B dan seterusnya (C dan D), korang boleh pilih sama ada nak beli 2 atau 3 bilik tidur. Dan setiap unit ini, korang jugak akan dapat 2 tempat letak kereta percuma.

Yang ni, cukup selesa untuk korang yang dah bekeluarga dan mempunyai lebih daripada seorang anak.

Apa kemudahan yang ada di Setia City Residences?

Dah nama pun S P Setia, dah tentu korang akan disajikan dengan kemudahan terbaik.

Antara kemudahan unik yang Setia City Residences tawarkan, adalah kolam renang berkonsep hutan (forest pools), floating river, dan juga spiral skyway.

Kat sini jugak, akan ada tempat asuhan kanak-kanak untuk korang hantar anak korang. Mudah. Korang tak payah cari dah pusat asuhan yang jauh dari tempat tinggal.

“Apa lagi yang ada, Tok?”

Korang tanya, Tok jawab. Selain tu, ada juga kemudahan lain seperti :

  • Gelanggang tenis,
  • Surau,
  • Bilik membaca,
  • Dewan serbaguna,
  • Tempat barbeque,
  • Taman,
  • Ruang istirehat,
  • Ruang yoga,
  • Taman permainan kanak-kanak,
  • Ruang sauna,
  • Jakuzi,
  • Par course, dan macam-macam lagi.

Macam-macam kemudahan yang ada untuk korang gunakan bersama keluarga tercinta. Korang boleh beriadah, tanpa perlu bazirkan duit tol dan minyak kereta.

Inspirasi kolam air panas di Pumakkale, Turkey yang unik

Kolam air panas di Pamukkale, Turkey. Sumber gambar – The Amazing Pics

Oh, Tok suka nak tambah kat sini. Rekaan Setia City Residences banyak mengambil inspirasi kolam air panas semulajadi bertingkat dan travertine di Pamukkale, Turkey.

Memang tampak indah dan unik di mata yang memandang.

Kolam renang utama akan digunakan sebagai tempat utama untuk bermandi-manda. Kat sini, terpulang la kat korang nak berenang gaya kuak lentang apa pun.

Kolam renang bertingkat di Setia City Residences. Sumber gambar – SP Setia

Kolam renang di tingkat ke-2 pulak, sebagai tempat untuk korang relaks, dengan spa termal dan tempat berjemur disediakan.

Kat tingkat ke-3 pulak, adalah kolam renang untuk kanak-kanak.

Dekat tak hospital dan sekolah kalau tinggal di Setia City Residences?

Sumber gambar – Jawatan Kosong Hospital 2018 Terkini

Macam biasa. Kalau nak beli kediaman, korang akan ambil kira 2 perkara penting ni sebelum apa-apa hal. Kalau korang tanya Tok pun, Tok akan buat perkara yang sama.

Dan korang takkan menyesal bila menetap di Setia City Residences. Antara sekolah dan pusat akademik yang berdekatan seperti :

  • SRK Bandar Setia Alam,
  • SMK Bandar Setia Alam,
  • Tenby Private and International School,
  • The Peninsula School (Australia) (dalam pembinaan),
  • Idrissi International School,
  • Setia Badminton Academy.
  • Asia College of Exercise and Sport Medicine,
  • Tadika Krista @ Setia Alam,
  • 3Q MRC Junior Setia Alam (tadika).
  • SJK (C) Pin Hwa 1,
  • SJK (Tamil) North Hummock.

Hospital dan klinik terdekat yang korang boleh pergi dekat dengan Setia City Residences, seperti :

  • Columbia Asia Hospital, Klang,
  • Hospital Shah Alam,
  • Setia Alam Dental Clinic,
  • Klinik Araa,
  • Klinik K.C.Tay.

Bukan meminta, tapi senang kalau berlaku sebarang perkara yang tak diingini.

Senang tak nak ke Setia City Residences?

Boleh cakap, senang. Sebab korang ada jaringan lebuhraya yang mantap untuk ke Setia City Residences.

Korang boleh gunakan :

  • Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE),
  • Lebuhraya Damansara – Shah Alam Elevated Expressway (dalam pembinaan),
  • Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway), dan
  • Lebuhraya Selat Klang.

Korang boleh sampai ke Subang Jaya kurang dari 30 minit gunakan Lebuhraya NKVE. Ke Petaling Jaya? Hanya 26 minit saja, dengan gunakan lebuhraya yang sama.

Untuk ke Shah Alam, hanya ambil masa 21 minit saja dengan guna Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway). Kalau ikut Persiaran Setia Alam, hanya makan masa 18 minit.

Kalau nak ke Pusat Bandar (Kuala Lumpur), ambil masa kurang 40 minit dengan menggunakan Lebuhraya Baru Lembah Klang (E1) dan Lebuhraya SPRINT.

Berminat nak sambar sebiji? Ini tawaran tak masuk akal untuk anda!

S P Setia ada buat tawaran yang susah korang nak abaikan begitu saja.

Buat yang berminat jadi pembeli terawal, ini apa yang korang akan dapat :

  • PERCUMA fi guaman dan Duti Setem untuk Sales and Purchase Agreement (SPA),
  • PERCUMA fi guaman dan Duti Setem untuk perjanjian pinjaman (loan agreement).

Korang jugak akan dapat pakej perabot (furnishing package) berserta kabinet dapur bersama hud dan hob. Dah tak payah nak keluar duit lagi untuk beli set dapur.

Menarik, kan? Dan kos booking fee untuk Setia City Residences yang best ni, hanya RM10,000 saja.

Berminat nak jadi pemilik unit Setia City Residences? Sila isi maklumat korang kat borang yang disediakan kat bawah ni :

Ini peluang anda untuk belajar ilmu hartanah PERCUMA!

Korang takde sebarang plan pada hujung minggu ni?

Jemput datang ke Setia Alam Welcome Centre untuk belajar dengan Tuan Faizul Ridzuan. PERCUMA 100%, tak perlu bayar apa-apa.

Antara topik yang akan dibincangkan seperti :

  • Kenapa Setia Alam menjadi hot spot hartanah sepanjang 10 tahun lepas (kalah area hot macam KLCC)?
  • Lambakan kondo – Apa anda perlu tahu sebelum melabur dengan hartanah jenis kondominium?

Ini maklumat property talk ni untuk mudahkan korang :

  • Tarikh : 11 Februari 2018
  • Masa : 1PM – 4PM
  • Tempat : Setia Alam Welcome Centre

Klik gambar kat bawah untuk daftar tempat duduk korang sekarang.

P/S : Korang nak tahu lebih lanjut tentang kawasan Setia Alam? Klik sini untuk baca sekarang. 
Sertai #genghartanah
Setuju untuk data saya disimpan ke MailChimp ( more information )
Sertai lebih 50,000 #genghartanah untuk dapatkan konten terus ke inbox anda dan hadiah eklusif yang lain.
Kami tidak akan menjual emel anda dan kami juga benci spam.

1 thought on “Setia City Residences – Apartmen servis mewah pertama di Setia Alam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *