Home Analisa Kawasan Berbaloi ke beli kondominium di Subang West?

Berbaloi ke beli kondominium di Subang West?

2153
1
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kenapa sebelum ni tak pernah dengar pun nama Subang West ni? Dekat mana Subang West ni sebenarnya?

Secara teknikalnya, Subang West ni terletak di Seksyen 22 Shah Alam.

Tapi sebab lokasinya yang strategik dan sangat dekat dengan kawasan Subang dan USJ, kebanyakan pemaju yang memajukan kawasan tersebut rebrand semula kawasan ini dengan nama Subang West.

Daripada Subang West nak ke SS15, Taipan, atau Sunway Pyramid, hanya ambil masa 15 minit je kalau guna kereta. Serious tak jauh mana.

Kalau korang nak lagi dekat, korang boleh pergi ke AEON Mall Shah Alam, ataupun Tesco Extra Seksyen 13 Shah Alam. Dua lokasi ni hanya ambil masa 7 minit je (dengan kereta) nak sampai daripada Subang West.

Apa kediaman yang dekat dengan Subang West ni?

#1 : Alam Sanjung

  • Status : Siap dibina tahun 2016.
  • Jenis : Serviced residence.
  • Land Title : Komersial.
  • Jenis Pajakan : Freehold.
  • Saiz : 864 – 960 kaki persegi.
  • Bilangan unit : 600 unit.
  • Harga setiap kaki persegi : RM439 – RM535.
  • Harga unit : RM379,800 – RM525,000.

#2 : V-Residensi 2

  • Status : Siap dibina tahun 2016.
  • Jenis : Serviced residence.
  • Land title : Pembangunan Bercampur (Mixed development).
  • Pajakan : Freehold.
  • Saiz : 815 – 1162 kaki persegi.
  • Bilangan unit : 659 unit.
  • Harga setiap kaki persegi : RM546 – RM550.
  • Harga unit : RM445,000 – RM679,000

#3 : The Greens @ Subang West

  • Status : Dalam pembinaan (Jun, 2018).
  • Jenis : Kondominium.
  • Land Title : Kediaman (residential).
  • Pajakan : Freehold
  • Saiz : 915 – 1830 kaki persegi.
  • Bilangan unit : 659 unit.
  • Harga setiap kaki persegi : RM437 – RM537.
  • Harga : RM385,000 – RM490,000.

Kalau boleh, mesti la korang nak beli rumah bawah status kediaman (residential).

Bermakna, korang akan bayar bil utiliti yang lebih murah berbanding kediaman di bawah status komersial.

Terletak berdekatan dengan hospital

Antara perkara penting yang ramai orang kaji sebelum beli rumah duduk sendiri, adalah jarak rumah tu dengan pusat kesihatan atau hospital terdekat.

Dan Tok berani cakap, Subang West terletak dekat dengan kemudahan ini.

Masa perjalanan yang diperlukan kurang daripada 20 minit. Dan yang paling cepat, korang boleh sampai dalam masa kurang 12 minit perjalanan.

Bukan apa. Senang korang kalau ada sebarang hal kecemasan. Kita mana tau apa yang bakal berlaku pada masa depan, kan? Baik kita bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Nah, Tok senaraikan hospital dan pusat perubatan yang terletak dekat dengan Subang West :

  1. SJMC (Subang Jaya Medical Centre) – 13 minit perjalanan, 8KM
  2. Sunway Medical Centre – 19 minit perjalanan, 10.7KM
  3. KPJ Selangor – 11 minit perjalanan, 4.8KM
  4. SALAM Shah Alam Specialist Hospital – 11 minit perjalanan, 6.0KM
  5. DEMC Specialist Hospital – 13.11 minit perjalanan, 16KM
  6. Darul Ehsan Medical Centre – 13.11 minit perjalanan, 16KM
  7. Columbia Asia Extended Care Hospital – Shah Alam – 13.56 minit perjalanan, 9.9KM

Tak perlu start enjin kereta untuk ke mana-mana?

Lagi satu poin yang menarik adalah kemudahan LRT3 Bandar Utama – Klang yang sedang dalam pembinaan.

Laluan sepanjang 37KM ini merangkumi 26 stesen, dengan 5 stesen bersepadu.

Stesen bersepadu ini akan menghubungkan penumpang dengan BRT Line, LRT Kelana Jaya, MRT Line 1, dan juga KTM Port Klang Line.

Senang untuk penduduk di sini nak berjalan, tanpa perlu start enjin kereta. Dan korang juga boleh jimatkan masa serta kos tol, minyak, dan mileage kereta.

Cuma yang ni, kena tunggu projek ni siap pada 2020 nanti. Tapi sementara nak tunggu LRT tu siap…

Sambungan lebuh raya yang awesome

… Korang boleh gunakan kemudahan lebuhraya yang disediakan. Ada 5 lebuh raya utama yang korang boleh guna :

  • Federal Highway,
  • ELITE,
  • NKVE,
  • NPE, dan
  • KESAS.

Kalau korang bekerja di kawasan Seksyen 13 Shah Alam, masa perjalanan hanya mengambil masa kurang 20 minit (ini bergantung pada kesesakan lalu lintas pada waktu tu).

Nak ke USJ 15 (Asia Cafe, Kolej INTI, Taylor) pun, senang juga. Yang ni pula hanya memakan masa kurang 30 minit, bergantung kat keadaan trafik semasa.

Nak beli rumah dekat Shah Alam, tapi tak nak bayar harga mahal sangat?

Pada pendapat Tok, kawasan Subang West (atau Sekyen 22, Batu 3, Shah Alam) sesuai untuk golongan yang nak tinggal dekat dengan kawasan Shah Alam, tapi tak mampu beli rumah dalam kawasan tu.

Kalau korang tengok rumah contohnya macam Sri Capella (dekat Seksyen 13), rumah ni dijual pada harga RM510,000 di Mudah.my.

Sumber gambar – Mudah.my

Kalau kita tengok untuk rumah jenis landed pula, median harga dekat kawasan Shah Alam juga dah lebih daripada RM500,000.

Ini antara contoh transaksi rumah kat Shah Alam. Tok dapat data ni dekat laman web Brickz.my :

Sumber gambar – Brickz.my

Korang boleh nampak yang harga transaksi kat kawasan ni dah melebihi RM500,000, untuk rumah jenis landed dan strata.

Mungkin tak ramai yang lepas buat loan untuk beli rumah harga RM500,000 ke atas dalam kawasan Shah Alam itu sendiri.

Sebab tu, kawasan Subang West adalah alternatif bagi mereka yang nak menetap (atau melabur) dekat dengan kawasan Shah Alam, tanpa perlu rabakkan poket mereka.  

Nak cari kediaman yang ngam dekat kawasan Subang West ini?

Ada pemaju tersohor yang sedang jalankan projek kediaman kondominium kat kawasan ni.

Dan daripada apa yang Tok tahu, kos booking fee pulak tak sampai RM3,000!

Berminat dengan projek ni? Jemput klik link ini dan isi borang laju-laju.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here