Home Analisa Kawasan Seksyen 7, Shah Alam, bandar matang dengan banyak rumah duduk sendiri dan...

Seksyen 7, Shah Alam, bandar matang dengan banyak rumah duduk sendiri dan pelaburan

5011
6
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Kat mana seksyen 7 ni?

Kalau tanya kat orang Shah Alam siapa je yang tak kenal kawasan seksyen 7 ni?

Confirm familiar punya. Kalau bukan orang Shah Alam pun kenal kawasan ni. Lagi-lagi yang pernah dan sedang belajar dekat UiTM Shah Alam dan UniSel.

Selain daripada tu, seksyen 7 Shah Alam ni memang merupakan antara kawasan yang matang.

Sebabnya, kemajuan dan pembangunan kawasan ni bermula sejak tahun 1970an lagi.

Jadi, tak hairanlah kalau terdapat banyak permintaan untuk rumah-rumah yang berada berdekatan dengan seksyen 7 ni.

Jaringan pengangkutan yang hubungkan kepada semua lokasi penting di Klang Valley

Pertama sekali, dalam menilai sesebuah kawasan, Tok suka untuk lihat kepada jaringan jalanraya yang menghubungkan sesebuah kawasan terlebih dahulu.

Dan kalau kita kaji dan lihat untuk Seksyen 7 Shah Alam ni kita ada beberapa seperti yang Tok listkan di bawah:

  • New Klang Valley Expressway (NKVE)
  • North South Expressway (NSE)
  • Lebuhraya Persekutuan
  • Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP)
  • New Guthrie Corridor Expressway
  • Sprint Expressway

Sekaligus, menjadikan mereka yang tinggal dekat Seksyen 7 ni untuk senang ke Kuala Lumpur, mana-mana bahagian Shah Alam, Petaling Jaya, Subang Jaya, Klang dan KLIA.

Yang mana semua kawasan ni mempunyai peluang pekerjaan yang luas dan pelbagai.

Bagi yang lebih gemar pengangkutan awam pulak, Seksyen 7 ni dekat dengan dua stesen KTM, iaitu stesen KTM Shah Alam dan Padang Jawa.

Kemudahan asas yang lengkap bagi semua golongan

Untuk mereka yang lebih berumur, selalunya kemudahan asas seperti hospital dan klinik adalah penting malah kritikal.

Di sekitar Seksyen 7 terdapat lebih daripada 40 buah klinik dan hospital yang berdekatan (15 minit dengan kenderaan). Antaranya Tok listkan dibawah:

  • Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)
  • DEMC Specialist Hospital
  • Columbia Asia Extended Care Hospital – Shah Alam
  • Hospital Umra
  • KPJ Klang Specialist Hospital
  • KPJ Selangor Specialist Hospital
  • SALAM Shah Alam Specialist Hospital
  • Hospital Bersalin METRO

Bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah, Seksyen 7 Shah Alam juga sangatlah sesuai kerana dalam radius 10KM dari pusat Seksyen 7 ni, terdapat lebih daripada 80 institusi pendidikan untuk pelbagai tahap pembelajaran.

Tok listkan sekolah rendah dan menengah yang ada di bawah:

  • Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
  • Sekolah Sri Acmar
  • Sekolah Kebangsaan Batu Tiga
  • Greenview Islamic School
  • Sri Kayangan School
  • Sekolah Rendah Agama Sungai Kandis
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7

Dan banyak lagi yang ada berdekatan, daripada sekolah kebangsaan, jenis C, sekolah International, sekolah Islam dan pilihan lain.

Bagi mereka yang muda, bujang, mahupun baru sahaja mendirikan rumah tangga, tinggal di Seksyen 7 ni adalah pilihan yang bagus untuk lifestyle mereka yang aktif bersukan di luar.

Yelah, tasik Shah Alam sebesar-besarnya terbuka untuk mereka yang suka berjoging petang dan melakukan aktiviti riadah yang lain.

Dari segi kemudahan membeli belah pula, Seksyen 7 berdekatan dengan pusat membeli belah yang mesra keluar yang lengkap, antara yang paling terbaru ketika artikel ni ditulis adalah Aeon Shah Alam.

Keunikan seksyen 7, sesuai untuk lokasi rumah duduk sendiri

Senang cerita, kalau korang memang mencari rumah untuk duduk sendiri di Shah Alam, seksyen 7 memang adalah diantara lokasi yang paling ngam.

Dan disebabkan oleh ramai yang mencari rumah untuk duduk sendiri di Seksyen 7 jugalah menyebabkan harga rumah di Seksyen 7 ni mempunyai kenaikan harga yang lebih tinggi berbanding kawasan berdekatan.

Sekaligus menyebabkan ramai juga yang minat untuk membeli rumah pelaburan di kawasan tersebut.

Jadi apa pendapat korang tentang Seksyen 7 Shah Alam ni? Kongsikan la sikit dengan Tok dan jangan lupa untuk cadangkan kepada Tok kawasan mana pulak yang korang suka untuk Tok buat analisa.

Berminat nak tau lebih lanjut tentang Opal Residensi? Jemput klik link bawah ni laju-laju. Lambat daftar, tak dapat tempat:

KLIK SINI UNTUK TEMPAH TEMPAT DUDUK ANDA SEKARANG

6 COMMENTS

  1. Salam Tok, boleh buat analisa kawasan Shah Alam 2 Puncak Alam. Kat situ ramai kata akan duplicate Seksyen 7 Shah Alam.

  2. Sy duduk kepala batas pulau pinang…kemudahan banyak seperti Mydin dan Tesco dengan suasana kampung dan padi menghijau..jauh dari kesibukan kota memberi ketenangan

  3. Bagaimana pulak daerah puchong..kawasan puchong mana yg blh jd letupan spt sek 7 shah alam..sbb byk jg kemudahan serta transport awam.. berhampiran putrajaya

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here