Sebab nak jimat sikit, rela rugi beratus ribu Ringgit. Ramai tak sedar...

Sebab nak jimat sikit, rela rugi beratus ribu Ringgit. Ramai tak sedar mereka buat ini bila beli rumah

7713
1
SHARE
Sumber gambar: www.physics.arizona.edu
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Perkara biasa. Yang mana nak beli rumah, akan pilih untuk gunakan loan konvensional.

‘Loan konvensional murah lagi berbanding pembiayaan Islamik’

Yang nampak depan mata, memang la murah. Tapi kalau korang tau apa yang jadi sebenarnya, korang pasti akan mula beralih arah dan gunakan pembiayaan Islamik untuk beli rumah.

Dan hari ni, Tok nak korang hadam perkongsian Tuan Khairul Ezuwan (KEY). Serius, Tok bagi lebih 5 bintang untuk ilmu level macam ni.

Patut la tengok ramai rakan-rakan bukan Islam dah mula gunakan pembiayaan Islamik. Banyak sangat kelebihan daripada loan konvensional.

Kenapa pembiayaan Islamik lebih mahal daripada konvensional?

Itu pentingnya ilmu.

Tanpa ilmu, senang-senang je kita jatuhkan hukuman. Lepas tu, kekalkan diri menyokong sistem Riba’ yang ada dalam perbankan konvensional.

Kenapa nampak pembiayaan Islamik lebih mahal? Mari saya tunjukkan contoh supaya ramai mudah faham.

Satu sebab yang anda wajib tahu tentang pembiayaan Islamik

Tahun 2008-2009 ,BFR pernah turun kepada 5.55%.

Contohnya waktu tu, bank bagi offer -2%. Maka, effective rate waktu itu adalah 3.55%.

Katakan jumlah pembiayaan RM250,000. Bermakna bayaran bulanannya adalah RM1,040 sebulan. (Rujuk Gambar 1)

Kredit gambar: Tuan Khairul Ezuwan

Saya ambil pula BFR yang yang naik pada July 2014 iaitu 6.85%. Ditolak offer bank -2%, effective rate terkini adalah 4.85%.

Maka, bayaran bulanan naik kepada RM1,238. Peningkatan bayaran bulanan sebanyak RM198.

Bila ini pembiayaan Islamik , bayaran bulanan tersebut turut berubah menjadi RM1,238 sebulan kerana peningkatan kos, bank akan mengurangkan Ibra’ (rebet). (Rujuk Gambar 2).

Kredit gambar: Tuan Khairul Ezuwan

Kenapa jumlah bayaran meningkat?

Jawapannya supaya bayaran dibuat dalam tempoh tak lebih 35 tahun seperti yang dijanjikan dalam kontrak perjanjian.

Tapi bagi pinjaman konvensional, pada asalnya repayment bulanan RM1,040. Bila berlaku kenaikan BLR tersebut, repayment bulanan RM1,040 boleh dikekalkan.

Ini yang menampakkan seolah-olah pinjaman konvensional lebih murah daripada Pembiayaan Islamik.

“Maknanya, loan konvensional lagi bagus daripada pembiayaan Islamik la, kan?”

Nanti dulu. Mari saya jelaskan lagi.

Bila BLR meningkat dan kita kekalkan installment repayment yang sama dalam pinjaman konvensional, memang installment bulanannya tak meningkat.

Tapi tempoh bayaran semula akan meningkat mendadak (Rujuk gambar 3).

Kalau kita kekalkan repayment bulanan RM1,040, pinjaman yang asalnya bertempoh 35 tahun, meningkat menjadi 73 tahun. Peningkatan sebanyak 38 tempoh bayaran.

Sebab nak jimatkan RM198 sebulan, korang rugi extra RM1,040 x 12 x 38 tahun = RM474,240. Nampaknya sampai ke sudah loan rumah tak habis dibayar.

Orang bukan Islam lebih suka guna pembiayaan Islamik?

Dulu waktu saya memproses pembiayaan perumahan, saya susah nak gagal untuk pengaruh orang bukan Islam.

Rakan-rakan Cina, India dan Singh, mereka pilih pembiayaan Islamik dan mereka menolak 100% pinjaman konvensional bila diberikan penerangan kepada mereka .

Pembiayaan Islamik terlalu banyak kelebihan berbanding pinjaman konvensional especially menjauhi sistem Riba’.

Sedih bila orang Melayu Islam sendiri yang menolak Pembiayaan Islamik. Samakan dengan pinjaman konvensional.

Malah masih ada ramai yang mengagungkan pinjaman konvensional sebab mereka sangka lebih murah dan lebih baik.

Padahal, sebenarnya mereka terkeliru dan tak sedar dengan tempoh repayment yang meningkat berganda.

Tanpa ilmu, kita sebenarnya terus menipu diri sendiri.

Nota: Silakan SHARE untuk manfaat bersama.

Tok dah selesai sampaikan apa yang patut. Nak atau tak nak buat, terpulang dekat korang.

Ada ke orang yang sanggup rugi sampai lebih RM400,000 untuk bayar loan rumah je? Orang waras akal fikiran tak perlu banyak masa untuk bagi jawapan untuk soalan ni.

Kalau korang tak nak tergolong dalam golongan yang rugi, bertindak dan ubah apa yang patut hari ni. Setakat cakap, tapi apa pun tak jalan…

Macam mana nak beli rumah second hand, tapi duit dalam bank tak banyak?

Memang pening kepala bila duit tak banyak untuk beli rumah.

Dan Tok tak nafi juga. Beli rumah memang pakai modal banyak. Tapi, ada cara untuk kurangkan kos beli rumah. Dengan syarat, wajib ada ilmu yang betul.

Kalau korang tengah cari ilmu tu, klik link bawah ni sekarang. Belajar ilmu yang 16 pelabur otai ni kongsikan.

KLIK SINI UNTUK BELI eBOOK ‘TAK ADA DUIT, BOLEH BELI RUMAH KE?’

1 COMMENT

  1. saya ada Islamic dan konversional loan untuk rumah.
    1. Islamic – Pinjam RM71,000 25 tahun @ interest rate 8% fixed . Bank buat akad jual beli RM166,500 @ RM555 sebulan selama 25 tahun. sama ada interest rate rendah ke turun ke bank tak peduli. 2 tahun lepas interes rate 5% bank tak mahu kurangkan sebab loan under Islamic. Kalau nak buat full settlement kena ikut RM166,500 tolah berapa bulan yang dah bayar @RM555/bulan. Yang ini agak zalim sikit.

    2. Konversional loan – Pinjam RM155,744 BLR-1.8% @ 30 Tahun. Masa mula pinjam hari tu monthly cuma RM744 sekarang BLR/ BFR naik sikit bayar RM845 sebulan. Kalau nak buat full settlement boleh ikut balance terkini @ RM155,744 tolak interest yang bayar setiap bulan.

    Ini pendapat personal saya- Konversional lebih baik .

LEAVE A REPLY