9 sebab popular bank reject loan rumah anda

9 sebab popular bank reject loan rumah anda

2719
0
SHARE
Sumber gambar - NCR Guru
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Siapa tak sakit hati bila bank reject permohonan loan rumah?

Tapi, bukan semuanya 100% salah bank. Kebanyakan masa, pemohon sendiri yang tak cukup bersedia.

Ada sesetengah kes, dokumen yang diperlukan tak cukup. Ada juga yang tak layak memohon sebab DSR burst, atau CCRIS tak cun.

Apa pun sebabnya, wajib korang tahu apa sebab biasa bank menolak permohonan loan rumah korang tu.

Nah, Tok kongsikan 9 sebab popular ini untuk korang hadamkan. Tok dapat maklumat power ni kat blog Property Hunter.

#1 : Pemaju (atau penjual) bankrap pun, punca loan kena reject?

Bank akan periksa sama ada penjual (atau pemaju) tu diisytiharkan bankrap, atau di bawah sebarang tindakan undang-undang (legal proceedings), dengan menggunakan CTOS.

Dan kalau penjual atau pemaju bankrap, sebarang urusan jual beli hartanah tak dapat dilaksanakan di bawah Undang-Undang Malaysia.

Sebelum korang beli rumah dekat mana-mana pemaju (atau penjual), adalah lebih baik periksa dulu status mereka

#2 : Pemaju dalam senarai blacklist bank?

Setiap bank dalam Malaysia, akan ada senarai blacklist pemaju yang tersendiri. Dan senarai ini berbeza antara satu bank dengan bank yang lain.

Dan setiap bank juga ada sebab (reason) tersendiri yang spesifik, kenapa mereka senarai hitamkan sesetengah pemaju.

Antara sebab pemaju tu kena blacklist seperti :

  • Bankrap,
  • Kena saman, atau
  • Reputasi buruk sebelum ini apabila bank biaya projek pemaju.

#3 : Pernah ‘kantoi’ bayar loan sedia ada tak?

Setiap kali bank proses permohonan pinjaman, mereka akan periksa sistem CCRIS (Central Credit Reference Information System).

CCRIS, yang diuruskan oleh Bank Negara, akan sediakan maklumat pembayaran hutang si peminjam untuk tempoh 12 bulan terakhir.

Laporan ini termasuk :

  • Loan rumah atau komersial,
  • Loan kereta,
  • Kad kredit,
  • Personal loan atau lain-lain.

Kalau korang ada ‘kantoi’ bayar ansuran bulanan untuk setiap hutang yang dibuat, peluang permohonan loan korang ditolak adalah tinggi.

Nak selamat, korang print atau dapatkan laporan CCRIS secara online sebelum buat sebarang permohonan loan rumah.

#4 : Kriteria pendapatan yang tak match dengan keperluan bank

Ini antara sebab yang klasik kalau loan rumah anda ditolak bank.

Jom kita buat satu ujikaji ringkas.

Katakan, pendapatan Si A sebulan sebanyak RM3,000, dan ansuran bulanan loan rumah yang dipohon pula sebanyak RM2,500. Tu belum lagi ditolak dengan perbelanjaan yang lain.

Okay. Anggap diri korang sebagai pihak bank. Adakah korang akan approve permohonan mereka?

Tok yakin korang akan tolak permohonan ni tanpa berfikir panjang.

Secara kasar, ini cara sesebuah bank tentukan kelulusan loan rumah, berdasarkan keupayaan pembayaran balik si peminjam.

Dan lain bank, lain kriteria kewangan yang diperlukan. Bank akan tengok dulu DSR (Debt Service Ratio) sebelum luluskan sebarang permohonan loan rumah.

#5 : Palsukan dokumen? Anda jangan buat hal

Kalau korang terfikir nak palsukan sebarang dokumen yang bank perlukan, baik jangan buat. Sebab kalau kantoi, bank akan tolak permohonan tu dan boleh jadi kes polis.

Dah banyak kes orang cuba buat macam ni, seperti palsukan dokumen EPF dan sebagainya.

Korang jangan pandang rendah kat keupayaan bank dalam hal ini. Mereka ada cara untuk mengesahkan setiap dokumen kewangan yang korang hantar tu.

#6 : Berapa lama tempoh hartanah leasehold yang tinggal?

Yang ni, bergantung kat bank yang korang memohon.

Cuma biasanya, hartanah dengan baki pajakan (leasehold) selama 60 atau 30 tahun, bank susah nak bagi lepas loan.

Bank akan lihat hartanah seperti ini sebagai berisiko tinggi, sebab nilai hartanah akan jatuh mengikut tempoh pajakan yang tinggal.

#7 : Anda tak sediakan bukti pendapatan

Pihak bank sentiasa akan rujuk setiap dokumen kewangan yang korang hantar kepada mereka. Tapi kalau korang hanya hantar payment voucher (baucar gaji) je, harapan untuk loan korang lulus sangat tipis.

Buktikan kat bank setiap sumber pendapatan yang korang ada.

Dokumen seperti EPF, simpanan dalam bank, dan juga pengisytiharan cukai pendapatan adalah antara yang penting korang wajib hantar.

#8 : Pegawai bank tu, tak ada pengalaman?

Penting untuk dapatkan pegawai yang ada pengalaman menguruskan permohonan loan korang.

Kalau pegawai yang uruskan loan korang tu tak tau apa yang dia buat, ada kemungkinan besar yang permohonan korang tu akan ditolak.

Banyak juga kes loan tak lulus melibatkan pegawai bank yang tak berpengalaman. Bermakna, korang kena tumpukan perhatian menyeluruh terhadap perkara ni.

#9 : Lain bank, lain kriteria yang mereka perlukan

Kalau bank reject permohonan loan rumah, tak bermaksud harapan korang nak memiliki rumah 100% punah.

Korang masih punya harapan. Jangan risau.

Perkara ni terjadi sebab lain bank, lain kriteria yang mereka perlukan. Tu tak termasuk lagi dengan risk tolerance yang terlibat.

Bermakna, kalau bank A tak luluskan permohonan korang, belum tentu lagi bank B akan tolak. Jadi, korang tak payah panik bila loan korang kena reject.

Apa yang korang boleh buat adalah kaji balik kenapa permohonan korang ditolak, dan ambil tahu segala kriteria yang diperlukan oleh sesebuah bank (yang korang nak memohon tu).

Lebih banyak yang korang tau tentang loan rumah, lebih cerah peluang permohonan korang untuk lulus.

Paling tak pun, korang mesti tau nak buat apa kalau loan tu kena reject.

Yang paling ramai kantoi buat adalah bab sediakan segala dokumen yang bank perlukan. Tumpukan 100% perhatian dan tenaga korang kat perkara ni ya.

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY