Sanggup tak anda sahut 3 cabaran kewangan ini? No.2 boleh jadi penyelamat...

Sanggup tak anda sahut 3 cabaran kewangan ini? No.2 boleh jadi penyelamat ketika poket tengah “kering”.

8498
2
SHARE
cabaran kewangan
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Cabaran adalah alat utama yang membantu kita mencapai matlamat dalam hidup. Kalau tak ada cabaran, tak timbul rasa dahagakan kejayaan.

Dan kejayaan dalam bidang kewangan juga gunakan asas yang sama.

Cabaran wujud bukan sekadar nak susahkan hidup kita (walaupun ia satu hakikat yang perit kita nak telan).

Ia juga bagaikan guru yang mengajar dan naikkan semangat kita supaya terus maju ke depan dengan bersemangat.

Tok nak kongsikan 3 cabaran kewangan yang ditulis Tuan Austin Victor ini kat korang. Dan ia boleh jadi antibiotik kepada penyakit kewangan yang ada.

Sanggup tak korang buat?

Cabaran #1: Rekod perbelanjaan bulanan anda secara spesifik.

Banyak blog kewangan yang nasihatkan supaya beri perhatian kat simpanan bulanan yang kita buat. Dan ia adalah nasihat yang bagus untuk kita amalkan.

Cuma, adalah lebih baik kita tumpukan perhatian kat duit yang kita belanjakan setiap bulan. Dalam banyak-banyak perkara, ini antara elemen utama yang boleh jejaskan kesihatan kewangan kita.

Cukup sekadar dengan membeli sebuah buku nota untuk kita buat catitan. Setiap duit keluar (perbelanjaan) yang berlaku, terus rekodkan dalam buku ini.

Kalau nak lebih teratur, simpan resit setiap barang yang kita beli. Kita boleh “tracking” setiap duit keluar yang terjadi secara terperinci dengan kaedah ini.

Selain itu, kita juga boleh bandingkan prestasi kita setiap bulan dan melihat bulan mana yang paling banyak telan duit kita.

Kat sini, kaji perbelanjaan yang patut dipotong supaya kita dapat menyimpan dengan lebih banyak.

Kunci kepada cabaran ini adalah bermula sejurus lepas gaji kita masuk kat dalam bank.

Korang boleh memantau berapa banyak duit yang korang keluarkan di ATM untuk belanja setiap bulan.

Paling ohsem, kita ada kuasa untuk kenal pasti kebocoran yang berlaku dalam kewangan kita. Boleh kita tampal bocor ini supaya ia tak berlaku lagi pada masa depan.

Pada akhir hari, kita akan belajar yang ada perbelanjaan yang tak patut kita buat dan ada perbelanjaan yang tak berikan nilai kepada duit yang kita keluarkan.

Cabaran #2: Mulakan tabiat simpan duit baki (walaupun sikit).

Menabung adalah satu perkara yang mulia. Tok yakin ramai orang dah sedia maklum.

Dan siapa sangka. Duit syiling yang kita dapat sebagai baki boleh disimpan dan dikumpul dengan banyak sekali?

Setiap kali dapat baki, simpan kat satu tempat yang tak boleh kita capai dengan mudah. Cara ini boleh menjamin keselamatan duit baki itu supaya tak dibelanja dengan sewenang-wenangnya.

Pernah tak ada satu masa, kita betul-betul kering tak ada duit belanja? Duit yang disimpan ini boleh kita gunakan sebagai dana kecemasan kita.

Ada satu kes menarik yang boleh kita jadikan teladan. Seorang insan ini ada tabiat menyimpan duit baki. Sehingga beliau boleh bayar duit pendahuluan untuk keluarkan kereta baru.

Dan tak mustahil perkara ini boleh berlaku kat kita satu hari nanti.

Disiplin adalah kata kunci utama untuk perkara ini. Dan ia tak susah untuk kita buat. Cuma perlu simpan secara konsisten sahaja.

Tak percaya?

Cuba kira berapa banyak syiling yang kita dah berjaya kumpulkan. Siapa sangka kita boleh simpan banyak itu, kan?

Sekarang, bayangkan pula kalau kita berdisiplin untuk menyimpan dalam tempoh 1 ke 3 tahun. Silap-silap simpanan itu berbukit sampai korang sendiri tak larat nak kira.

Cabaran #3: Hadkan perbelanjaan, atau tak berbelanja langsung.

Cabaran sebelum ini sesuai untuk golongan yang baru nak bermula dan ia tak susah nak buat.

Tapi, cabaran ke-3 ini tak sesuai untuk mereka yang lemah semangat (cuak tak bila Tok cakap macam ini?).

Kalau mental tak keras, memang susah nak buat.

Sanggup tak korang kurangkan, atau lebih baik lagi, tinggalkan terus perkara seperti:

  1. tabiat suka makan kat restoran mewah,
  2. selalu keluar pada hujung minggu,
  3. suka membeli-belah (terutama sekali yang suka berfesyen),
  4. tabiat merokok,
  5. bercuti secara kerap, tak kira kat dalam atau luar negara?

Sanggup ke tahan bila kawan-kawan gelarkan kita “Haji Bakhil moden”?

Silap hari bulan, ada pula kes tertumbuk muka kawan itu dek kata-kata pedas yang dihambur ke muka kita.

Itu sebab Tok pesan awal-awal tadi. Cabaran ini tak sama seperti cabaran 1 dan 2 tadi.

Dalam masa yang sukar (waktu kita tengah tak ada duit), metod ini berkesan membantu dan mendorong kita untuk menyimpan. Walaupun ia nampak memaksa, tapi ia bagus untuk kewangan kita.

Selagi ada duit, kita tak kisah nak berbelanja. Bila duit dah nak habis, mula tak keruan meraba sini sana. Mana tahu ada terselit duit dalam poket seluar jeans (yang kita tak ingat).

Adalah lebih baik beringat dahulu sebelum terkena. Kalau kita simpan duit awal-awal, situasi atas ini boleh jadi sekadar cerita dongeng semata-mata.

Kita sendiri ada kuasa untuk kawal duit kita, daripada berbelanja untuk perkara yang lagha (tak berfaedah). Hari ini mungkin kita berduit. Esok belum tentu lagi. Jadi, lebih baik beringat sebelum terkena.

Sama seperti nak kekalkan bentuk badan yang menawan, kewangan juga ada “senaman” yang tersendiri. Dan ia bergantung kepada cara kita berbelanja.

Dengan duit yang berjaya kita kumpul, macam-macam benda kita boleh buat untuk menambah lebih banyak duit dalam akaun bank kita.

Jadi, korang dah sedia nak sahut 3 cabaran ini? Kalau ya, selamat bejaya Tok ucapkan. Tok yakin korang boleh buat punya.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY