Rugi ke kalau anda menyewa untuk jangka masa panjang?

Rugi ke kalau anda menyewa untuk jangka masa panjang?

3021
1
SHARE
Sumber gambar - Veritus Group
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Topik ni boleh kata hot jugak la. Ramai jugak yang dah bincang pasal perkara ni. Bukan takat marhaen je, tapi boleh kata semua orang melibatkan diri.

Ada macam-macam pandangan yang diberikan. Dan yang paling banyak, berbalah tentang pro dan cons menyewa daripada membeli.

“Mana satu yang betul ni?”

Boleh jadi tindakan tu akan rugikan korang, dan juga bagi untung kat korang.

Dan kalau korang serius nak dapatkan jawapan padu untuk soalan ni, jemput hadamkan perkongsian awesome yang Tok baca dekat Star Property.

Malaysia akan jadi next Hong Kong dalam masa 5 tahun lagi? 

Korang selalu dengar orang-orang tua macam Tok pesan, kalau ada duit beli rumah dulu, jangan tunggu lama-lama.

Jadi, pesanan macam ni dah lama dah, dari zaman dulu-dulu lagi.

Tapi sekarang ni, harga rumah naik lebih mencanak daripada gaji orang baru bekerja. Baca perkongsian Julian Ng di StarProperty.my yang Tok terjemahkan untuk korang.

Sumber gambar – starproperty.my

S : Sesetengah pakar hartanah dan pakar ekonomi berpendapat yang mana lambakan pelaburan daripada luar Malaysia telah menyebabkan harga hartanah naik melambung.

Ada juga yang kata Malaysia akan jadi macam Hong Kong dalam masa 5 tahun akan datang.

Dalam keadaan macam tu, siapa yang mampu membeli sekarang tak patut menunggu lagi. Adakah betul tanggapan ini?

Julian Ng (JN) : Kalau korang ada aset sehingga berjumlah jutaan Ringgit, korang mampu untuk dapatkan pandangan mana-mana pakar hartanah.

Kalau tak, fokus kepada pelaburan jangka masa panjang, puluhan tahun kehadapan, dan pelbagaikan portfolio pelaburan.

Saya rasa melabur dalam kawasan lokal atau mempunyai portfolio ekuiti global tak banyak bezanya, dengan penaruhan berdasarkan andaian yang Malaysia akan menjadi seperti Hong Kong.

Apa yang korang rasa menaikkan harga hartanah, kalau bukan pelaburan yang sama yang menaikkan saham di Malaysia?

Apa yang saya boleh simpulkan, pelaburan hartanah sentiasa lebih baik dan selamat bagi jangka masa panjang kalau dibandingkan dengan pelaburan-pelaburan lain.

Jadi, melaburlah dengan kadar risiko yang korang boleh terima.

Tahu dulu apa yang patut anda utamakan

S : Patut ke semua orang yang mampu untuk membeli hartanah berharga dalam lingkungan RM500,000, melabur dengan membelinya untuk berada dalam zon selamat, atau sepatutnya pelabur tak patut melabur hanya kerana takut untuk ketinggalan?

JN : Saya rasa tak patut dan jangan. Ini adalah lebih kepada kewangan peribadi daripada pelaburan. Tinggal dengan keluarga boleh jadi elok, dan jugak boleh jadi bencana bagi sesetengah keluarga.

Jadi, soalan ini lebih menjadi keutamaan, tak kira la korang mampu atau tak.

Dari kaca mata seorang pelabur, korang boleh jadi kaya dengan aset dengan menyewa rumah murah, dan melabur duit selebihnya dalam instrumen pelaburan.

Hari ni, ada berlambak platform pelaburan yang membenarkan individu untuk melabur seperti seorang bilionair, tapi dalam jumlah yang kecil.

Yang mana satu anda patut buat?

S : Sesetengah individu melihat menyewa seperti membakar duit sendiri, sebab anda tak mendapat sebarang aset sepertimana anda membeli rumah.

Apa pendapat tuan dengan isu ni?

JN : Andaian ni boleh jadi salah, kerana tak mengambil fakta yang penyewa masih boleh melabur.

Walaubagaimanapun, pemilik rumah mempunyai kelebihan untuk mendapat lebih nilai kerana mereka menggunakan modal yang lebih rendah, meminjam untuk selebihnya, mereka masih dapat memiliki aset dengan lebih tinggi pada tahun yang mendatang.

Bahagian faedah dalam pinjaman juga akan berkurang. Manakala penyewa akan berdepan dengan inflasi sewaan.

Namun begitu, jangan lupa yang pemilikan rumah datang dengan fleksibiliti kewangan yang lebih rendah.

Banyak sebenarnya faktor yang perlu diambil kira dalam isu nak membeli atau menyewa. Contohnya, adalah untuk mempunyai kestabilan dalam jangka masa pendek atau untuk melalui kepayahan dan kesusahan meminjam.

Saya kira, kedua-dua penyewa dan pembeli boleh menjadi kaya dengan aset pelaburan.

Contoh supaya ramai orang mudah faham

Saya buatkan kiraan seperti di jadual di bawah. Katakan korang letak 10% duit down payment untuk pinjaman 20 tahun membeli rumah berharga RM500,000 pada kadar faedah 4%, ansuran bulanan berjumlah RM2,700.

Harga rumah korang dalam masa 20 tahun adalah seperti di jadual berikut :

Sumber gambar – starproperty.my

Katakan korang melabur dengan risiko yang lebih tinggi, dengan pulangan yang lebih tinggi (kerana korang jenis yang sukakan cabaran). Tapi korang takde RM50,000 hari ini.

Jadi, andaikan korang menyewa dengan harga RM1,000 sebulan, dan laburkan baki yang ada (RM1,700) yang mana kalau dalam kes beli rumah, akan digunakan untuk membayar loan.

Korang punya portfolio akan jadi macam kat bawah ni :

Sumber gambar – starproperty.my

“Orang barat relax je menyewa, tak payah beli rumah pun”

S : Menyewa seumur hidup sudah menjadi satu gaya hidup yang biasa di barat. Menyewa memberikan fleksibiliti kepada anak muda untuk berpindah randah, dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Menyewa jugak boleh mengurang kos pengangkutan masa perjalanan ke tempat kerja bila kita duduk dekat dengan ofis.

Tapi, bila sampai masa bersara, apa risiko untuk tak memiliki rumah? a) Tak ada aset. b) Tak ada sumber pendapatan?

JN : Menyewa membebaskan kita daripada berhutang seumur hidup. Kalau korang yang jenis minimalis tak nak ada hutang besar, dan sebagainya, menyewa adalah lebih sesuai.

Kalau sentiasa ada tempat untuk menyewa dengan harga yang okay, kenapa nak membeli, kan?

Kalau berkaitan tak memiliki aset pulak, boleh rujuk kiraan saya. Kebenarannya saya berani mengatakan seorang pelabur (yang menyewa) adalah lebih liquid daripada pemilik hartanah.

Kelebihan power yang anda dapat bila beli rumah

S : Adakah tuan melihat anak muda di Malaysia akan mencontohi gaya hidup menyewa seumur hidup ni?

Kalau majoriti memilih untuk menyewa daripada membeli, adakah pasaran hartanah akan terkesan?

JN : Saya rasa tak mustahil untuk anak muda di Malaysia untuk mencontohi gaya hidup menyewa seumur hidup ni.

Ramai yang mahukan rumah yang besar untuk sebab ‘vanity’. Lebih banyak penyewa akan membawa kepada lebih banyak pendapatan daripada aset hartanah.

S : Apa kelebihan menyewa daripada memiliki rumah?

JN : Menyewa akan menjadikan individu lebih fleksibel kerana mereka boleh melabur dalam portfolio yang lebih pelbagai daripada meletakkan kesemuanya dalam hartanah.

Mereka akan mempunyai lebih mobiliti untuk bergerak mencari lokasi yang lebih sesuai.

Dan sebab tak mempunyai bebanan hutang yang besar, mereka boleh fikirkan aspirasi kehidupan yang lebih besar, daripada bekerja stabil hanya untuk membayar rumah.

Tapi penyewa akan terdedah kepada inflasi dari semasa ke semasa, yang mana boleh dineutralkan dengan kenaikan pendapatan, penukaran gaya hidup dan pelaburan bijak.

Risiko lain (yang kecil) adalah ditendang keluar oleh pemilik rumah yang korang sewa.

Siapa yang lebih untung? 

S : Macam mana pulak dengan kelebihan memiliki rumah?

JN : Dengan pemilikan rumah, korang melabur dengan bantuan bank untuk mendapatkan nilai tambah dalam jangka masa panjang.

Bahagian faedah akan makin berkurang. Manakala hartanah korang pulak akan meningkat dari segi nilai. Korang mempunyai kebebasan untuk renovate rumah korang.

Tak ada orang boleh kick korang keluar. Tapi… korang akan terikat dengan bayaran loan rumah yang mengurangkan fleksibiliti korang dalam pergerakan dalam kerjaya.

Juga ada risiko yang korang meletakkan jumlah wang yang besar dalam pembangunan yang teruk.

S : Untuk pasaran sekarang siapa yang lebih untung? Pembeli atau penyewa?

JN : Letak tepi timing pasaran. Dan kalau korang bukan spekulator hartanah, beli kalau mampu, atau sewa dulu kalau tak mampu.

Apa pun, pastikan labur wang korang dalam instrumen yang sesuai dengan risiko yang korang boleh kawal.

Jelas lagi bersuluh. Kalau korang nak secure masa depan yang lebih cerah, baik lagi korang beli rumah daripada menyewa.

Tapi sebagai permulaan, boleh je menyewa dulu sementara korang nak sediakan diri tu.

Paling tak, beli sebiji pun dah okay. Boleh korang jadikan aset untuk melawan inflasi. Tapi pastikan korang sertakan dengan ilmu sekali.

1 COMMENT

LEAVE A REPLY