PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Brader ini kongsi cara guna ASB dan hasilkan RM56,000 dalam tempoh 5 tahun.

ASB boleh jadi financial tool yang “memaksa” kita menyimpan dan dapatkan pulangan dividen yang thorbaik.

Kalau tanya Tok, baik lagi korang menyimpan guna ASB berbanding fixed deposit. Sebab pulangan ASB lebih lumayan, kalau kita gunakan dengan cara yang betul.

Dan Tok yakin, ramai yang berminat nak tahu cara praktikal gunakan dan memaksimakan pelaburan ASB kan?

Ni, Tok ada baca perkongsian dekat Facebook Tuan Redzwan Khairudin. Tok suggest 100% korang baca dan fahamkan.

Teknik ini cukup praktikal dan mudah untuk semua orang buat.

Sila ambil masa untuk hadam perlahan-lahan.

Amaran: Posting ni banyak point, dan maybe panjang sikit. Cuba baca slow-slow. Kalau tak boleh nak hadam, ingat point no berapa berhenti. Pergi minum air dulu, nanti sambung hadam balik semula.

Saya tak boleh nak separuh-separuh. Saya bagi je semua. Hehe. Bereh boh.

“Business is the art of extracting money from another many’s pocket without resorting to violence.” – Max Amsterdam

Teknik #1: Guna ASB Financing-i (Buku Biru) / Dividen @ 7.25% p.a*.

1. Tahun pertama, buat sijil ASB Financing RM100,000. Bayaran bulanan dekat bank adalah RM550. Lepas setahun, akan dapat dividen RM7,250.

2. Tahun seterusnya, tambah lagi satu sijil ASB Financing RM100,000. Tak perlu keluar duit kocek sendiri untuk bayar pada bank. Guna Dividen dari Sijil 1dan langsaikan komitmen bulanan setahun terus bagi Sijil 2 (sebanyak RM6,600).

3. Baki Dividen sekarang tinggal lagi RM650. Biarkan saja. Tapi jangan lupa untuk teruskan membayar RM550 komitmen bulanan kepada bank bagi sijil pertama bernilai RM100,000.

4. Hujung tahun ke-2, terima dividen dari kedua-dua sijil serentak. Dividen pada waktu itu dah cecah nilai RM14,500. Sama saja, ulang proses kewangan seperti sebelum ni. Langsaikan setahun terus untuk sijil kedua sebanyak RM6,600.

5. Sijil pertama tetapkan terus membayar pada RM550 sebulan kepada bank. Baki dividen setelah langsai ialah RM7,947 ketika ini.

6. Ulang proses yg sama sehingga terima dividen Tahun 5, full amount sebanyak RM16,404. Bila dah dapat dividen, terminate kontrak ASB Financing untuk kedua-dua sijil pembiayaan tu tadi.

7. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB1 & ASB2.

8. Untuk sijil 1, dapat semula RM8,000. Manakala untuk Sijil 2 dapat semula RM6,200 secara kiraan kasarnya.

9. Total Tunai Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):

  • RM650 + [RM7,947 + RM8,523 + RM9,141] + RM16,404 + RM8,000 + RM6,200 =
  • RM56,865.

10. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB.

Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash yang korang bakal dapat. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Teknik #2: Guna ASB Financing-i (Buku Ungu) / Dividen @ 7.05% p.a*.

11. Teknik No. 2 ni optional. Kalau ada kemampuan seperti cash savings yang solid dan sudah tak tahu nak buat apa dengan duit tu, mungkin korang berminat nak hadamkan langkah yang ini. Teruskan bacaan.

12. Cuba check simpanan Tabung Haji, simpanan dalam bank BSN, simpanan dalam Tabung Cap Ayam, mahupun simpanan bawah bantal. Mana tahu korang ada simpanan tunai sebanyak RM13,200.

13. Jangan berlengah lagi, terus pergi buka buku ASB 2 yang baru dilancar tahun 2014 (Warna Ungu) oleh PNB / ASNB.

Mohon pembiayaan full nilai RM200,000, diikat selama 30 Tahun. Maka, komitmen bulanan akan menjadi sebanyak RM1,100 (anggaran) & komitmen setahun lengkap (12 bulan) akan menjadi RM13,200 (anggaran).

14. Gunakan hasil simpanan sebanyak RM13,200 dari Tabung Cap Ayam (atau sebarang simpanan yang korang ada) untuk cover terus komitmen setahun bagi sijil pembiayaan ABS RM200,000 tu.

15. Hujung tahun nanti, terima dividen sebanyak RM14,100. Gunakan sebahagian dari dividen itu untuk terus langsaikan komitmen pembiayaan Sijil RM200,000 bagi Tahun Ke-2 sebanyak RM13,200.

Baki Dividen akan menjadi RM900 ketika ini. Biarkan saja.

16. Ulangi langkah yang sama untuk korang setelkan komitmen tahun ke-3 sehingga ke-5. Terima Dividen penuh pada hujung Tahun ke-5 sebanyak RM14,382. Selepas itu boleh batalkan kontrak ASB korang.

17. Pihak bank akan pulangkan semula cash hasil jualan sijil pembiayaan ASB. Anda terima semula sejumlah RM16,000.

18. Total Tunai Dalam Tangan (Cash In Hand) pada ketika ini (5 Tahun dari sekarang):

  • RM900 + [RM963 + RM1,031 +RM1,104] + RM14,382 + RM16,000 =
  • RM34,380.

19. Setiap hujung tahun, dividen berbaki korang jangan usik. Biarkan sahaja dalam buku ASB.

Compounding effect akan tingkatkan jumlah cash yang korang bakal dapat. Kiraan seperti diatas akan menjadi relevan dan rasional.

Ini hasil yang bakal anda dapat lepas buat 2 teknik tadi.

20. Selepas 5 Tahun, maka total keseluruhan cash in hand yang kalian ada ialah:

  • Tunai dari Teknik #1 + tunai dari Teknik #2 =
  • RM56,865 + RM34,380 =
  • RM91,245 (tak termasuk bonus ASB).

21. Dalam masa 5 tahun juga, kalau korang sepenuhnya guna cara simpanan biasa seperti masuk dalam tabung, ataupun bank (saving account) yang beri pulangan 1% setahun, maka selepas 5 Tahun:

  • [RM550 x 12 x 5] + RM13,200 * (^CI @ 1%) =
  • RM46,662 saja.

22. Untung bersih atas angin berbanding cara simpanan biasa ialah:

  • RM 91,245 – RM46,662 =
  • RM44,583.

23. Net Profit @ RM44,583, korang yang punya. Hasil daripada compounding effect dan dividen yang diberi atas pelaburan bersama ASB.

24) Kalau suami + isteri / BF + GF / abang + kakak buat gaya simpanan sihat ni secara berpasangan, maka kalian gandakan saja nilai akhir tadi tu:

  • RM91,245 x 2 =
  • RM182,490.

25) Berapa pula Untung bersih untuk berpasangan ini? Korang picitlah kalkulator sendiri. Haha.

Kalau buat simpanan ASB 5 tahun dari sekarang, korang boleh dapat dividen yang banyak berbanding instrumen kewangan yang lain.

Bukan yang lain tak bagus. Tok tak suruh korang taksub dengan ASB. Setiap pelaburan, ada ilmunya. Dan masing-masing ada game yang tersendiri.

Yang kita kena buat adalah teruskan mencari maklumat, dan belajar teknik yang betul. Dan lagi banyak ilmu yang korang ada, lagi besar peluang korang buat duit senang-senang macam ni.

Nak tambah lagi ilmu ASB? Ni dua artikel yang anda WAJIB hadam betul-betul.

  1. Ubah dividen ASB daripada 7% ke 22%.
  2. Guna ASB campur EPF untuk cepat beli rumah.

Nak beli hartanah yang selamat dan tak rugi ni memang bukan perkara yang senang. Tambah lagi bagi yang baru pertama kali nak beli rumah. Tok faham perasaan anda. Sebelum nak beli rumah, anda wajib tahu 3 perkara ini.
i. Rumah tersebut boleh dibuat pelbagai sewaan
ii. Beli tak lebih harga yang sepatutnya
iii. Anda boleh duduk sendiri / sewakan / boleh jual balik.

“Tapi Tok, saya tak tahu macam mana nak cari rumah yang ada 3 kriteria ni.”

Berita baik! Tok ada tawaran khas untuk anda. Kalau anda mencari rumah yang selamat untuk dibeli, boleh klik gambar di bawah dan isikan maklumat anda. Team GilaHartanah akan hubungi anda secepat mungkin.

CTA
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  1. Best lah website ni. Banyak yang saya belajar tentang pelaburan. Terima kasih kerana tidak kedekut ilmu. Moga tuan dimurahkan rezeki dan diberkati olehNya. Aamiin.