PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

“68% rakyat Malaysia hanya ada RM50K selepas bersara?”

Pada Oktober tahun lepas, The Star ada keluarkan satu artikel yang buatkan ramai netizen terkejut beruk.

Sebanyak 2/3 (68%) pemilik akaun KWSP berumur 54 mempunyai simpanan kurang RM50,000. Kalau belanja bulanan RM930, RM50,000 tu akan habis dalam masa 4 1/2 tahun!

Hanya 18% saja yang berjaya mencapai target simpanan minimum berjumlah RM228,000 pada umur 55 tahun.

Ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Kalau korang tak bersedia sekarang, korang akan berdepan dengan masalah besar bila tiba masa bersara nanti.

Salah satu cara, adalah dengan mengenal pasti dan mengelak 5 ‘dosa’ ini. Jemput hadam tanpa was-was.

Kesilapan #1: Anda langsung tak buat pelan tindakan

Sumber gambar Canada Protection Plan

Sumber gambar – Canada Protection Plan

Korang takkan tahu ke mana nak pergi, kalau korang sendiri tak tentukan destinasi yang hendak dituju. Korang kena tetapkan objektif dan merancang untuk mencapai matlamat yang dah ditetapkan.

Tanam ayat ni dalam minda korang sedalam yang mungkin:

“Kalau korang gagal merancang, sebenarnya korang sedang merancang untuk gagal.”

Ini antara contoh soalan yang korang boleh gunakan untuk mula rangka pelan tindakan:

  • Berapa banyak yang korang mampu simpan setiap bulan?
  • Berapa jumlah simpanan yang korang nak capai bila berumur 40 tahun?
  • Adakah korang ada pelan tindakan berdasarkan prinsip yang terbukti, yang akan bantu mencapai objektif yang korang tetapkan?

Kalau korang tak mulakan sekarang, korang yang susah nanti. Ingat, masa takkan tunggu korang ya.

Kesilapan #2: Sanggup jadi ’pak turut’ nafsu

Sumber gambar Pocket Sense

Sumber gambar – Pocket Sense

Ini adalah hakikat. Tak ada orang yang suka apabila disuruh untuk menyimpan.

Rata-rata kita lebih suka menghabiskan wang untuk perkara seperti bercuti ke luar negara, beli kereta atau beg berjenama yang korang dah lama target.

Pendek kata, kita lebih cenderung untuk dapatkan kepuasan segera (instant gratification).

Tapi kena ingat. Apa yang kita belanjakan hari ni, akan mempengaruhi kesihatan kewangan kita sewaktu persaraan nanti.

Sama ada korang simpan untuk persaraan, atau belanjakan wang yang ada sekarang dan bersedia menghadapi waktu persaraan yang sukar kelak.

Okay, Tok bagi satu contoh mudah supaya korang senang faham. Katakan, korang senang-lenang beli kopi bernilai RM10 setiap hari selama 30 tahun.

Tapi pernah tak korang terfikir, kalau simpan RM10 tu selama 30 tahun dalam satu instrumen pelaburan dengan faedah tahunan 10%, korang akan perolehi RM600,000 semasa persaraan nanti?

Nak buat benda ni, memang tak senang. Tapi tak mustahil.

Ini panduan ringkas untuk menjamin kewangan sewaktu korang bersara nanti. Ketepikan paling kurang 33% daripada gaji untuk persediaan sewaktu persaraan nanti. Korang boleh letak duit tu dalam PRS (Private Retirement Scheme), unit amanah (unit trust), saham, dan sebagainya.

Kesilapan #3: Gagal menyimpan seawal yang mungkin

Sumber gambar US News Money US News World Report

Sumber gambar – US News Money – US News & World Report

Boleh tahan ramai yang fikir macam ni:

“Ala, awal lagi kot. Baik aku enjoy dulu. Esok-esok la aku mula menyimpan.”

Tapi bila dah beli rumah, kereta, berkeluarga, dan kena hantar anak ke menara gading dan sebagainya, korang rasa senang ke nak simpan duit masa tu?

Tahu-tahu je, usia korang dah cecah 50-an. Masa tu, menangis air mata darah pun dah tak berguna lagi. Aset yang paling berharga dalam hidup manusia adalah ‘masa.’ Jadi, gunakan aset ni sebaiknya.

Lagi lambat korang mulakan, lagi susah korang nak menyimpan. Percaya la. Tok cakap semua ni mengikut pengalaman sendiri dan pengalaman kenalan Tok yang lain.

Kesilapan #4: “Berapa banyak nak belanja sebulan bila bersara nanti?”

Sumber gambar ThoughtCo

Sumber gambar – ThoughtCo

 

Kalau Tok tanya soalan ni, ramai yang akan jawab ‘tak tahu.’ Atau lebih teruk lagi, mereka akan buat andaian perbelanjaan yang tak logik dan bukan-bukan.

Kalau andaian korang terlalu tinggi, matlamat persaraan korang mungkin akan jadi sukar untuk dicapai.

Kalau terlalu rendah pulak, korang ada kemungkinan untuk berdepan dengan kesulitan kewangan bila bersara nanti.

Panduan ringkas (Rule of Thumb) yang Tok sarankan kat korang, adalah dengan ketepikan sebanyak 2/3 (atau 67%) daripada gaji terakhir yang korang terima sebagai pendapatan semasa bersara nanti.

Masukkan sekali kos perubatan supaya korang lebih bersedia untuk menghadapi waktu yang tak terjangka. Jangan terkejut kalau kos ni menelan kebanyakan wang persaraan korang. Lebih baik bersedia awal-awal. Setuju?

Kesilapan #5: Tak ambil berat tentang kos penjagaan kesihatan

Sumber gambar southernminnesotanews.com

Sumber gambar – southernminnesotanews.com

Alang-alang dah cakap pasal bab kesihatan tadi, Tok nak sentuh sikit lagi. Ini antara ruang dalam kewangan yang paling ramai orang kantoi jaga.

Tengah sihat, memang tak terfikir pun. Tapi kalau tak jaga, korang saja cari pasal.

Kalau ikutkan kajian, kos penjagaan kesihatan merupakan kos yang besar selepas kos sara hidup selepas bersara.

Kos ni tak macam kos pergi melancong, hobi atau hiburan. Kos perubatan adalah kos yang korang tak boleh nak elak. Kalau korang jatuh sakit, nak tak nak, korang kena jugak tanggung kos perubatan.

Dalam Malaysia, kos perubatan meningkat pada kadar 10% hingga 15% setiap tahun, dan perubatan yang melibatkan pesakit yang sudah berumur tak murah tau.

Jadi sebagai persediaan, pastikan korang ada pelan perlindungan insuran yang baik supaya masa persaraan korang terjaga.

Jangan pulak bila dah sakit, baru terkial-kial nak ambil insuran. Jangan cakap Tok tak pesan awal-awal ya.

Selagi boleh, Tok nak korang sediakan diri seawal boleh untuk menghadapi waktu persaraan korang nanti. Tak payah buang masa dan tunggu lama-lama.

Tak salah nak berbelanja dan bersuka-ria dengan gaji korang tu. Tok tak ada halangan pun. Tapi pastikan berpada-pada.

Lagi awal korang buat, lebih terjamin kewangan korang bila tiba masa bersara nanti.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *