PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

Peruntuk RM200 juta untuk bina Rumah BN. Ansuran bulanan serendah RM250

Kerajaan pusat telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta untuk program Rumah Bina Negara (Rumah BN) di seluruh negara pada tahun hadapan.

Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob berkata, daripada peruntukan tersebut, sebanyak 10,000 unit Rumah BN akan dibina untuk membantu golongan belia memiliki rumah sendiri.

Beliau berkata, projek tersebut akan dilaksanakan di bawah Felcra Berhad (Felcra) dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

“Menerusi program ini, kerajaan menawarkan insentif sebanyak RM20,000 bagi setiap rumah yang berharga RM65,000 kepada peserta terpilih.”

“Kerajaan juga akan membantu mendapatkan pembiayaan untuk peserta yang layak dengan bayaran ansuran rendah pada kadar RM250 sebulan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita Majlis Perasmian Himpunan Jalinan Kasih Peserta Azam Tani Mardi peringkat negeri di Pejabat Mardi di sini hari ini.


[Sumber berita asal: UTUSAN ONLINE]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *