Ringkasan 19 perkara yang diubahsuai dalam Bajet 2016 semalam, yang patut anda tahu.

Semalam, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Najib Tun Razak dah umumkan beberapa pengubahsuaian Bajet 2016.

Ia berdasarkan keadaan ekonomi semasa yang terkesan dek kejatuhan harga minyak mentah, yang mengganggu rancangan bajet asal 3 bulan lalu.

Keputusan ini dibuat sebab unjuran harga minyak mentah jatuh mendadak, mencecah hingga AS$30 setong.

Tok akan cuba jelaskan kat korang intipati perubahan bajet ini seringkas dan sebaik mungkin.

Tok baca ringkasan ini kat page Facebook Malaysian Political Observer, yang Tok rasa ia patut dihadam bersama. Selamat membaca perkongsian ini ya.

Ini dia 19 perkara pasal perubahan Bajet 2016 semalam.

1. Kerajaan bersetuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3%, mulai pada bulan Mac hingga Disember 2016. Cuma, caruman majikan kekal seperti sedia ada.

2. Kerajaan akan berikan perlepasan khas cukai sebanyak RM2000, kat pembayar cukai individu yang ada pendapatan kurang RM8000 ke bawah untuk tahun taksiran 2015.

Keputusan ini beri kesan kat pendapatan kerajaan (kerugian yang dijangka sebanyak RM350 juta).

Tapi, ia akan dapat beri penjimatan bayaran cukai individu sehingga RM475 juta, yang akan beri manfaat kat 2 juta pembayar cukai negara ini.

3. Sebagai usaha kurangkan kos keperluan harian, kerajaan akan liberalisasikan AP bagi produk pertanian terpilih, termasuk biji kopi mentah, daging, dan lain-lain.

FAMA akan membuka pasar belian terus untuk hasil pertanian (MyFarm Outlet), yang akan menjual barang makanan pada harga jualan yang lebih rendah (5 hingga 20% lebih rendah berbanding harga pasaran).

Untuk terus membela nasib pesawah, kerajaan akan sediakan tambahan tunai (sebanyak RM50) bagi setiap 1 tan metrik padi bersih, sebagai intensif input pengeluaran padi.

Program MyBeras juga akan diperkenalkan. Setiap keluarga berstatus miskin tegar yang berdaftar akan dapat bantuan 20KG beras setiap bulan sebagai langkah kurangkan bebanan hidup.

4. Berkuat kuasa serta merta ke atas projek baru, semua penjualan rumah yang berharga hingga RM300,000 terhad kepada pembeli rumah pertama sahaja.

Untuk Projek Perumahan Rakyat berharga RM35,000, kerajaan tawarkan pakej pembiayaan pada kadar 4% menerusi bank BSN dan Bank Rakyat. Ini boleh dimanfaatkan oleh lebih 10,000 pemilik rumah.

5. Sumbangan 30% daripada levi HRDF akan disediakan untuk tingkatkan kompentensi dan kemahiran pekerja, termasuk pekerja yang telah diberhentikan.

6. Kerajaan akan gandakan usaha pematuhan dan pengauditan terhadap mereka yang elak bayar cukai (tax evaders).

7. Kerajaan akan terus perkemas sistem pengurusan pekerja asing. Kadar levi akan dikluster kepada 2 kategori, dan ini tak termasuk pembantu rumah warganegara asing.

Kerajaan akan laksanakan Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI, dan berikan peluang kat pekerja asing yang bekerja secara haram untuk dapatkan permit kerja yang sah.

8. Kerajaan akan lebih berhemah dalam perbelanjaan, terutamanya bekalan dan perkhidmatan, dan teruskan usaha merasionalisasikan pemberian geran.

9. Perbelanjaan pembangunan akan fokus lebih kat projek dan program yang dahulukan rakyat, mempunyai kesan pengganda tinggi dan kandungan import rendah.

10. Institusi kewangan pembangunan dan dana modal teroka milik kerajaan akan tambah dana (sebanyak RM6 bilion), untuk sediakan pembiayaan kat PKS dan syarikat permulaan.

11. Pihak GLC disaran supaya laksanakan inisiatif bagi kurangkan jurang pendapatan pengurusan atasan dan golongan pekerja, dan ia akan dipantau oleh EPU (Unit Perancang Ekonomi).

12. Pelancong dari China tak perlu visa untuk ke Malaysia, bermula 1 Mac hingga 31 Disember 2016. Dan ini tertakluk kat syarat-syarat tertentu bagi tempoh lawatan tak lebih 15 hari.

13. Kerajaan tak sesekali berkompromi kat apa yang tak betul untuk negara dan rakyat. Program bantuan BR1M dan bantuan kebajikan akan terus berjalan seperti biasa.

14. Kerajaan akan terus berbelanja secara berhemat, tak akan libatkan emolumen kakitangan awam dan tak hentikan penjawat awam (ini termasuk pekerja yang dilantik secara kontrak).

15. Kerajaan juga akan teruskan perlaksanaan satu Kenaikan Gaji Tahunan kepada penjawat awam, pada tarikh 1 Julai 2016, seperti yang dijanjikan dalam pembentangan Bajet 2016 sebelum ini.

16. Kerajaan beri jaminan dan komited terhadap ehwal pendidikan dan masa depan anak-anak. Ini 4 program tajaan JPA untuk tahun 2016, yang kerajaan akan teruskan:

  • Program Biasiswa Nasional bagi 20 orang pelajar terbaik lepasan SPM, untuk lanjutkan pengajian kat universiti terkemuka seluruh dunia.
  • Program Khas Kejuruteraan bagi 200 orang pelajar ke Jepun, Korea, Jerman, dan Perancis.
  • Program Lepasan Bursary bagi 744 orang pelajar, untuk ikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama di universiti awam dan IPTS dalam negara.
  • Pengambilan baru seramai 8,000 pelajar akan diberi biasiswa untuk ikuti pengajian yang dah ditetapkan di peringkat Ijazah Pertama dalam negara.
  • Peruntukan pembiayaan PTPTN sebanyak RM5 bilion akan disalurkan kepada para mahasiswa.
  • Untuk memastikan pelaburan modal insan dipergiat, Program MyBrain15, Skim Latihan Akademik Bumiputera, dan Skim Latihan Akademik IPTA akan diteruskan.

17. Projek utama MRT dan LRT, Lebuhraya Pan-Borneo, Malaysian Vision Valley, Cyber City Center, RAPID Pengerang, dan High-Speed Rail diteruskan.

18. Kerajaan akan terus laksanakan pembinaan 10 UTC kat:

  • Labuan,
  • Sungai Petani,
  • Miri,
  • Sibu,
  • Kota Bharu,
  • Kuala Terengganu,
  • Tawau,
  • Keningau,
  • Seremban,
  • dan Kangar.

19. Kerajaan akan menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK 2016 kepada 4-4.5%, dan andaian purata harga minyak mentah Brent pula pada AS$30-35 setong.

Mungkin ada yang suka dengan perubahan ini. Tak kurang juga yang tak suka. Terpulang kat masing-masing untuk lihat perkara ini secara positif, atau sebaliknya.

Korang nak baca teks penuh Perdana Menteri pasal Bajet 2016 ini? Klik kat sini.

In Shaa Allah, masalah yang kita hadapi bersama ini akan pulih. Sama-sama kita doakan supaya ekonomi negara kita sihat balik. Ameen.

Photo by Wajahat Mahmood

77 Shares

Leave a Reply