SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Terletak dekat Bandar Sunway, boleh kata Ridzuan Condominium berada di lokasi yang agak strategik.

Nak-nak lagi kawasan Subang yang memang agak padat dengan penduduk. Mulanya, kondominium ni dikatakan sebagai pembangunan high-end.

Beza dengan sekarang, korang akan nampak perubahan kalau pergi tengok sana sendiri. Mungkin korang akan berminat dengan hartanah ni.

Nak buat beli untuk sewa atau tinggal rasanya agak berbaloi.

Walaupun banyak pembangunan baru sekitar projek ni, tapi ia masih relevan pada mata Tok.

Banyak kemudahan untuk keluarga

Lokasinya kat PJS 10 Park dan sebelah dengan Subang Ville Ehsan, Aman Luxury dan Sunway Suramas.

Dekat situ ada SK Kg. Lindungan, sesuai sangat yang dah berkeluarga. Dan hanya beberapa kilometer minit dari situ, ada Sunway Mentari Business Park.

Korang pun tahu situ banyak kemudahan yang korang suka.

Dah nama kawasan komersial korang dapat cari restoran Melayu & Cina, dobi, salun rambut, pusat fotostat dan printing, dan siber kafe.

Korang boleh jalan kaki je, hanya 15 minit dari kondominium dan Sunway Piramid.

Nak bersiar-siar pun boleh

Selain tu, korang jugak boleh bersiar-siar sekitar kawasan situ.

Ada taman permainan besar dengan, tasik, trek jogging dan pemandangan hijau. Taman Rekreasi Subang Ria pun dekat je, boleh sampai dengan hanya berjalan kaki dari kondominium.

Nak yang lagi syok, korang boleh ler beli tiket masuk Taman Tema Sunway Lagoon.

Banyak highway utama yang anda boleh guna. Nak ke mana? 

Nak ke kondominium tu, korang boleh ikut dari Lebuhraya Persekutuan. Depan kondominium tu, korang dah boleh nampak laluan tu.

Kalau nak ikut Damansara-Puchong (LDP), korang boleh ikut jugak jalan Persekutuan. Laluan lain yang korang boleh ikut macam KESAS dan NPE.

Senang je kalau korang nak pergi sana, landmark- nya Sunway Piramid.

Kalau tak nak sangkut jam, ikut nasihat ini

Apa yang Tok dengar, kawasan situ memang jam masa kemuncak. Kalau terperangkap, korang boleh siap masak dalam kereta.

Sangkut dua tiga jam  tu, perkara biasa. Tinggal kat sini, memang korang kena banyak bersabar. Dan satu lagi masalah lain yang Tok rasa boleh bagitau sini, kurang tempat letak kereta.

Kalau dah satu rumah sewa ramai, agak-agak korang rasa berapa kereta yang mereka ada. Memang kena park kat luar la jawabnya.

Buat pelaburan pun best

Ramai pelabur suka Ridzuan Condominium ni sebab rental yield (pulangan sewa) memang tinggi. Korang boleh capai dari 7% hingga 9% tau.

Tapi ada dua sebab yang buat korang down. Pelan pemindahan pelajar Kolej Universiti Taylor ke tempat lain dan projek baru, Sunway Suriamas.

Bukan apa. Dua faktor ni menyebabkan ramai yang lari ke tempat baru. Mereka lebih suka sewa tempat baru. Nak-nak lagi sewa pun lebih kurang sama jer.

Management gagal selia?

Ramai yang complain pasal lif selalu rosak dan tak servis dengan baik. Kalau Tok pun seram, nanti tak pasal-pasal terperangkap dalam lif.

Keselamatan penduduk pun tak terjaga sangat, banyak kes curi dan pecah masuk rumah. Ada kes tu, pihak pengurusan lama bawa lari duit penyelenggaraan. Memang konflik habis.

Bagi Tok korang tak perlu risau, benda ni perkara biasa kalau ada orang yang tamak. Sekarang ni Tok dengar makin baik. Pihak pengurusan pun dah bertukar, keselamatan pun makin ketat.

Apa yang anda perlu tahu tentang Ridzuan Condominium, Bandar Sunway?

Nama projek: Ridzuan Condominium

Alamat projek: Jalan PJS 10/11, Bandar Sunway, Selangor

Tarikh siap: 1999

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pajakan (Leasehold)

Jumlah tingkat: 28

Jumlah blok: 3

Keluasan binaan (Built-up area): 890 hingga 1,200 kaki persegi

Harga second hand (subsale): RM215,000 – RM740,000

Kadar Sewa: RM450 – RM2,000

Anggaran Ansuran Bulanan: RM1,009

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM2,018

Kemudahan yang ditawarkan di Ridzuan Condominium, Bandar Sunway

  • Kolam renang,
  • Gelanggang tenis & skuasy,
  • Pasar mini,
  • Restoran,
  • Dobi,
  • Gimnasium,
  • Tempat letak kereta berbumbung,
  • Taman permainan,
  • Keselamatan 24 jam.

Majoriti yang tinggal kat Ridzuan Kondominium adalah pelajar dari Kolej Universiti Taylor. Tapi sejak ada kampus baru dibuka, ramai pelajar pindah sana.

Korang jangan risau, Tok rasa kawasan dekat dengan university ni satu pelaburan baik. Bukan apa, situ ada banyak universiti swasta yang korang boleh target.

Ada Universiti Monash, Metropolitan, Akademi The One, Kolej INTI dan Kolej Sunway. Dah tentu permintaan akan jadi lebih tinggi.


Sumber: PropWall, PropSocial & PropertyGuru 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here