SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Projek yang dibina oleh IJM Land ni ada 4 fasa, bermula pada 1997 dan siap secara keseluruhan pada 2003.

Situ ada blok yang status low rise, medium rise dan high rise yang korang boleh pilih ikut kemampuan masing-masing.

Sebab lokasi yang bagus Tok dapat tahu Riana Green ni antara kondominium yang paling ramai orang beli. Pemburu hartanah dan spekulator memang suka sebab harganya sentiasa naik.

Suasana yang sesuai untuk keluarga

 

Lokasinya kat Tropicana memang korang akan suka. Confirm punya. Dekat sini, banyak kemudahan yang korang akan dapat sekitar kondominium.

Tu tak masuk lagi apa yang pemaju tawarkan dekat pembeli.

Depan pintu masuk je, korang dah boleh nampak blok komersial yang ada banyak tempat makan.

Contohnya, Domino Pizza dan Arisu Korean BBQ. Buat kaki makan, situ memang syuga makanan.

Ada juga banyak lagi yang korang dapat macam kedai serbaguna, menara jam, dan dobi untuk penuhi keperluan penghuni.

Tak jauh situ, korang boleh jalan sekitar pusat komersial macam Dataran Prima, SunwayMas dan Taman Bukit Mayang Mas.

Kiri-kanan, depan-belakang, semua ada

Korang mesti suka punya tempat macam pusat beli-belah popular, restoran, taman rekreasi dan banyak lagi.

Tok paling suka kalau nak cuci mata sekitar One Utama sebab korang ambil masa 5 minit je untuk ke sana (naik kereta). Situ ada jugak The Curve, Tropicana Mall, Cineleisure, IKANO dan Tesco.

Sekolah pun ada. Korang boleh pilih sekolah Cina untuk anak korang kat SJKC Damansara, yang berada dekat depan kondominium korang tu.

Ada juga Kolej Damansara Utama (KDU) dan Kolej Bandar Utama yang memang dekat gila.

Yang suka main golf, korang boleh join Kelab Golf Tropicana atau Bandar Utama 9-hole Golf Course.

Jangan tunggu lama-lama?

Permintaan untuk Riana Green memang sentiasa tinggi dari pembeli dan pelabur.

Tak bergantung kepada golongan expat macam Mont Kiara, orang tempatan pun ramai jugak yang duduk kat sini. Lagi pun situ Tok tengok banyak kemudahan macam sekolah, kolej dan pejabat kat Petaling Jaya.

Transaksi unit dekat sini pun cepat berlaku. Kalau ada rumah kosong je, pasti esoknya dah ada yang berminat nak sewa.

Akses mudah dari DUKE untuk ke mana-mana

Kalau nak ke Riana Green boleh ikut NKVE, dan korang jugak boleh keluar ikut exit NKVE Kayu Ara. Bukan tu je. Korang boleh ikut laluan Lapangan Terbang Subang yang hanya sejauh 4KM.

Selain tu, ada jugak lebuhraya DUKE untuk ke Ampang, Gombak dan Hulu Kelang.

Ia jugak dekat dengan SPRINT, korang boleh pergi Damansara Heights, Bangsar, LDP dan Penchala Link.

Dah tak aman macam dulu?

Dengar kata situ memang tempat favorite yang bekeluarga untuk tinggal. Aman dan tenang.

Tapi lain berlaku dalam kebelakangan ni. Ada yang cakap sebab ramai keluarga Iran menyewa, dah tak aman.

Orang Iran yang beli rumah didakwa agak kurang ajar dengan penghuni lain.

Ramai yang mengadu kanak-kanak Iran suka menjerit waktu malam sehingga mengganggu keselesaan penduduk.

Kalau Tok pun rimas, nak tidur malam pun susah kalau dah macam ni. Yang tegur perangai kanak-kanak tu, siap kena marah lagi dengan parents budak tu.

Apa yang anda perlu tahu tentang Riana Green, Tropicana? 

Nama projek: Riana Green, Tropicana

Alamat projek: Jalan Tropicana Utara, Tropicana, Petaling Jaya

Nama Pemaju: IJM Land (anak syarikat IJM Corporation)

Tarikh siap: 2003

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pajakan (Leasehold)

Jumlah tingkat: 6

Jumlah blok: 10

Jumlah unit: 1,500

Keluasan binaan (Built-up area): 520 hingga 2,760 kaki persegi

Harga second hand (subsale): RM345,000 – RM1,250,000

Kadar Sewa: RM1,200 – RM4,000

Fi Penyelenggaraan: RM0.23 setiap kaki persegi

Anggaran Ansuran Bulanan: RM1,739

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM3,478

Apa kemudahan yang ada dekat Riana Green, Tropicana?

  • Kolam renang,
  • Trek joging,
  • Kawasan barbeku,
  • Rumah kelab,
  • Gimnasium,
  • Gelanggang skuasy / tenis,
  • Bilik permainan,
  • Taman permainan,
  • Dewan serbaguna,
  • Keselamatan 24 jam,
  • Kafeteria.

Tok dengar, kondominium Riana Green ni antara kediaman popular kat kawasan Damansara.

Korang akan rasa selesa dengan persekitaran situ sebab ada kejiranan yang bagus. Yang bekeluarga, memang akan pilih kondominium macam ni untuk tinggal bersama famili.

Selain kawasan mesra komuniti, korang akan lihat ada beberapa warga asing macam orang Barat dan Jepun tinggal situ.


Sumber: PropertyGuru, PropWall & PropSocial

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY