Home Wasiat Belum sampai masa untuk orang muda rancang harta pusaka? Artikel ini akan...

Belum sampai masa untuk orang muda rancang harta pusaka? Artikel ini akan ubah fikiran anda (Episod Akhir)

1292
1
SHARE
Sumber gambar: raudhatulukhuwwah.blogspot.my
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Semalam, tok ada pos perkongsian Cikpuan Ros Shila tentang topik wasiat.

Nah, Tok nak kongsikan sambungan artikel untuk bahagian yang terakhir.

Selagi tak belajar macam mana nak uruskan harta pusaka, korang akan jadi antara penyumbang kepada jumlah harta (bernilai hampir RM70 biliion) yang masih belum dituntut.

Ini amanat yang Allah S.W.T berikan kepada hamba-Nya. Dah jelas termaktub dalam surah Al-Baqarah (ayat 180). Jadi, amanah dan hak sementara ini, WAJIB untuk kita uruskan sebaik mungkin.

Nota: Kalau korang belum baca lagi Episod #1, klik sini sekarang dan baca dulu. Takut korang tak faham pulak bila baca yang ni.

Apa yang akan jadi kepada hartanah lepas pemilik asal meninggal dunia?

Hartanah tu akan terbeku selagi belum ditukarmilik kepada orang yang masih hidup, sama ada waris atau pentadbir (pemegang amanah).

Hartanah itu juga tak boleh ditukarmilik selagi:

  1. masih mempunyai hutang,
  2. pemilikan strata belum selesai (geran masih berkelompok),
  3. mempunyai waris bawah umur 18 tahun.

Kalau korang berdepan dengan masalah ini, apa yang korang boleh buat?

Proses pembahagian harta akan tergantung sehingga selesai semua isu yang menghalang, di mana nama pentadbir akan dimasukkan ke dalam geran sebagai pemegang amanah untuk sementara.

Pemegang amanah boleh uruskan rumah tu sama ada untuk dibuat sewa, atau duduk sendiri.

Kalau nak jual hartanah tu, pemegang amanah boleh membuat tuntutan penjualan di Pejabat Tanah atau Mahkamah Tinggi dengan menyatakan sebab yang kukuh.

Korang akan dapat surat kebenaran bila permohonan tu lulus.

Tapi, ada banyak lagi benda lain yang anda kena fikirkan

Pada hari ni, ramai yang gunakan rumah sebagai instrumen pelaburan. Dimana, cara pemilikan rumah tu ada bermacam-macam cara. Ada juga yang merumitkan.

Jadi, proses pemilikan atau penjualan perlu bergantung kat persetujuan semua pihak berkepentingan terlebih dulu.

Kes macam ini boleh mengakibatkan rumah di lelong, ditinggalkan kosong, pertelingkahan sesama ahli keluarga, dan maslahah waris lain terabai.

Banyak kes yang jadi, hartanah itu dijual dengan harga yang sangat rendah sebab desakan waris-waris yang nak pecahan mereka.

Lebih teruk, ada juga kes anak, isteri, atau ibu bapa dihalau keluar dari rumah tu.

Bergaduh adik-beradik berebut harta pusaka?

Di zaman serba materialistik ni, hartanah adalah salah satu alat pelaburan yang sangat berbaloi kalau kena dengan cara dan tempat.

Tak dinafikan, rumah adalah aset yang sentiasa meningkat dari sudut nilai dan menjadi rebutan terutama sekali dalam kes harta pusaka.

Jarang kita dengar berebut duit kerana duit senang dibahagi, dan nilainya mungkin tak terlalu besar berbanding rumah.

Tambahan pulak, bukan senang nak beli rumah. Ramai yang terpaksa lupakan kemewahan lain buat sementara. Sekecil mana pun rumah itu tetap harta yang semakin bernilai di kemudian hari atau sebagai tempat berteduh.

Jadi, tak pelik kalau waris yang dulu boleh dibawa bergurau, menjadi musuh dan bersengketa. Ada sampai boleh saling berbunuh.

Siapa lagi yang layak dan boleh menuntut rumah si mati?

  • Waris Faraidh,
  • bank,
  • syarikat trustee (pemegang amanah),
  • pemiutang.

Mereka ni juga boleh menuntut duit atau harta alih daripada waris si mati.

Macam mana kalau waris tak tahu cara tuntut harta pusaka?

Perkara pertama yang perlu difikir adalah:

“Mampu ke waris sediakan kos untuk menuntut pusaka korang satu hari nanti?”

Sampai hati ke biarkan kedua orang tua korang, yang terpaksa lalui kesulitan prosedur perundangan untuk menuntut harta yang korang tinggalkan?

Betul ke pasangan atau anak anak tahu macam mana nak menuntut hak ini, dan berapa lama pula  sebelum mereka dapat menggunakan aset tersebut?

Macam mana pula nasib anak-anak dibawah umur pulak? Ibu bapa yang memang bergantung punca pendapatan daripada korang tu?

Kalau korang ada soalan ini dalam kepala, sebagai seorang muslim, wasiat murah bukan jala penyelesaian yang baik.

Antara produk yang ada kat pasaran untuk aset adalah:

  • wasiat 1/3 (untuk bersedekah dan diberi kepada bukan waris Faraidh),
  • hibah (pemberian, atau hadiah semasa hidup dan berkuatkuasa selepas meninggal),
  • harta sepencarian,
  • wakaf.

Apa yang anda boleh buat?

Untuk Hartanah, instrumen hibah adalah yang paling sesuai dan cara yang paling digalakkan dalam Islam.

Di Wasiyyah Shoppe Berhad, kami ada sediakan hibah “Ruqba” iaitu hibah (pemberian) berpatah balik.

Kalau penerima hibah meninggal dulu, maka hartanah itu akan berpatah balik kepada pemberi dan takkan menjadi pusaka penerima.

Selain itu, kami juga mendapat pengiktirafan hibah dari Mahkamah Syariah, malah rumah yang masih di dalam cagaran (dengan syarat mempunyai MRTA/MRTT) boleh dihibahkan.

Kami juga boleh bantu anda uruskan beberapa geran sekaligus.

Dengan syarat, hartanah tu perlu bebas hutang dulu. Jadi, untuk pelabur hartanah, hibah di Wasiyyah Shoppe Berhad paling sesuai.

Nak tak buat saluran pahala daripada harta yang dicari pada hari ini?

Rancang harta anda awal-awal. Perancangan awal harta bukan hanya untuk mengagihkan kepada yang disayangi.

Malah menjamin hutang dibayar, dan boleh membuat perjanjian amanah supaya harta dapat disedekahkan sebahagiannya supaya pahala berpanjangan.

In Shaa Allah, dengan usaha kita ni, kita buat amanat Allah S.W.T dan harta kita dapat diagih dengan baik.

Klik sini untuk maklumat lanjut.

Faraidh ni penting dan dituntut dalam agama Islam. Jadi, takde sebab untuk kita tak buat.

Lagipun, penat-penat korang cari harta masa hidup dulu. Kalau tak uruskan dengan baik, takut menyusahkan waris yang berhak dapat pusaka korang nanti.

Dan siapa yang tak nak ada paip pahala free kan? Jadi, dahulukan yang perlu dulu ya.

1 COMMENT

  1. Assalam tok…jika seorang suami meninggal dunia adakah harta sepencarian seperti rumah otomatik dijatuh kepada isteri&anak bwah umur atau perlu melalui sistem faraid jika suami tidak meletakkan penama@pewaris,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here