Home Tips Kewangan 3/4 rakyat Malaysia tak ada simpanan kecemasan (walaupun RM1,000)?

3/4 rakyat Malaysia tak ada simpanan kecemasan (walaupun RM1,000)?

5050
2
Sumber gambar - Penny Smart Girl
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ayat ni, tak terbit sekadar suka-suka. Ini adalah fakta berasaskan kajian.

Bayangkan, 75% rakyat Malaysia susah nak menyimpan. Walaupun RM1,000 untuk simpanan kecemasan. Hanya 25% je yang terselamat.

Ubat utama untuk masalah ni adalah kesedaran awal. Supaya lebih ramai anak muda bersedia dalam bab menyimpan dan mengukuhkan kewangan.

Kalau tak nak susah kemudian hari, ini apa yang wajib korang buat.

Jemput hadamkan perkongsian power Cikpuan Nur Aliah Mohd Nor ini. Dah baca, terus buat. Tak payah bertangguh lagi.

Nak kena simpan 20%, 30%, atau 60% sebulan?

Kajian mengatakan, 3 daripada 4 rakyat Malaysia sukar nak menyimpan walaupun RM1,000 bagi kecemasan.

Hati ni mula gelisah bila ramai anak muda mesej Lia, mengatakan mereka tak tahu tempat terbaik untuk simpan duit gaji mereka.

Berapa peratus (%) duit yang perlu kita asingkan untuk menyimpan setiap bulan?

Ada yang sarankan simpan 20% dari jumlah pendapatan. Ada yang kata, perlu simpan 30%. Dan ada jugak yang bagi pendapat, kena simpan sampai 60% dari gaji bulanan.

Tapi, tak kisah 20%, 30%, atau 60% sekali pun. Janji korang ada disiplin untuk menyimpan dan tahu tempat terbaik untuk simpan semua duit ini.

Lia yakin dan percaya, setiap orang mempunyai jumlah simpanan yang berbeza-beza, bergantung kepada jumlah pendapatan dan komitmen tersendiri.

Apa pun, yang penting, korang kena mulakan dari sekarang untuk dapatkan jumlah simpanan yang tinggi.

Menyimpan ni, memang satu aktiviti yang membosankan. Kalau tak mampu nak menyimpan, korang kena berusaha untuk tambah pendapatan.

Jadi, dekat mana tempat terbaik untuk kita simpan supaya duit kita berkembang?

Dekat sini, Lia nak tunjukkan 5 tempat terbaik untuk anak muda mulakan simpanan bermula sekarang.

P/S : Semua info ni, Lia buat lama dah. Sejak dari zaman universiti lagi. Jadi dengan pengalaman yang Lia ada ni, Lia kongsikan kat korang.

#1 : Simpanan ‘paksaan’ paling senang anda boleh buat?

Sumber gambar – Nur Aliah Mohd Nor (FB)

Ini tip yang korang boleh buat kalau nak menyimpan guna ASB.

1) Tetapkan matlamat pelaburan ASB

Antara contoh matlamat pelaburan ASB yang korang boleh gunakan seperti :

  • Untuk membeli rumah,
  • Untuk perbelanjaan perkahwinan,
  • Sebagai tabung untuk melancong ke luar negara.

2) Tahu beza antara pelaburan dan pinjaman ASB

Korang kena tahu dan belajar beza antara force saving (simpanan paksaan) dan simpanan ASB.

Kalau nak jelaskan secara ringkas, pinjaman ASB menjurus kepada force saving. Manakala pelaburan ASB biasa adalah simpaan ASB.

3) Pelaburan ikut kemampuan

Bila gunakan ASB sebagai alat simpanan, kita boleh tentukan sendiri komitmen bulanan.

Ini sebab, kita je yang tahu berapa banyak pendapatan kita sebulan, dan hanya lebih tahu kemampuan bulanan kita.

Saya bagi satu contoh. Katakan, kita hanya mampu simpan sebanyak RM1,000 sebulan.

Korang boleh pecahkan kepada 2 bahagian :

  • Force saving (Guna ASB Financing) RM700,
  • Simpanan ASB – RM300.

Ingat ya, simpanan ASB biasa pun penting jugak tau. In case kalau ada emergency atau sebarang keperluan lain secara tiba-tiba. Korang boleh guna dulu duit simpanan dalam ASB tu.

Dan satu lagi. Jangan sekali-kali tamatkan pinjaman ASB korang, tanpa alasan yang munasabah.

#2 : Tabung Haji – Daftar PERCUMA guna KWSP?

Sumber gambar – Nur Aliah Mohd Nor (FB)

Antara kelebihan simpan duit kat Tabung Haji adalah :

  • Modal permulaan yang rendah,
  • Modal simpanan terjamin,
  • Kos yang rendah,
  • Pemberian dividen dan bonus yang kompetitif,
  • Dividen dan bonus dikecualikan cukai,
  • Zakat dibayar oleh pihak Tabung Haji (dah tak payah risau pasal zakat),
  • Simpanan dan pengeluaran tanpa had,
  • Patuh Syariah,
  • Simpanan untuk menunaikan Haji.

#3 : Mantapkan simpanan persaraan anda dengan Skim Persaraan Swasta (Private Retirement Scheme)

Sumber gambar – Nur Aliah Mohd Nor (FB)

PRS ni, melengkapkan pelan simpanan persaraan wajib seseorang melalui KWSP. Bila gabungkan KWSP dengan PRS, korang akan ada pelan persaraan yang mantap!

Simpanan ini jugak dapat melawan inflasi dan berpeluang untuk dapatkan pulangan pelaburan yang baik.

Dan paling best, korang boleh dapatkan pelepasan cukai individu. Korang boleh dapat pengecualian cukai individu sehingga RM3,000 setahun penilaian (tambahan kepada Potongan Sumbangan KWSP) bagi 10 tahun pertama.

Lagi satu. Tak ramai yang tahu ada peruntukan bajet untuk anak muda (lingkungan umur 20 hingga 30-an). Kerajaan akan beri sumbangan RM1,000 sekali (one-off) di bawah insentif Skim Persaraan Swasta (PRS) ni.

Yang penting sekali, korang boleh pastikan kualiti hidup lebih terjamin semasa bersara dengan KWSP + PRS ni. Best, kan?

#4 : Macam mana pula dengan simpanan pendidikan anak-anak?

Sumber gambar – Nur Aliah Mohd Nor (FB)

Cuba kira berapa nisbah gram emas yang diperlukan untuk belanja pengajian universiti hari ini.

Berdasarkan pinjaman yang diberikan oleh PTPTN untuk pengajian jurusan sastera di IPTA iaitu RM6,500 setahun :

  • RM6,500 X 5 tahun =
  • RM32,500.

Maka, jumlah pinjaman sekitar RM32,500. Jadi kita boleh andaikan, kos pengajian universiti tempatan sekitar RM35,000 hingga RM40,000 pada hari ini.

Ini bersamaan nilai dalam lingkungan 210 hingga 240 gram emas.

Kalau kita simpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula dari hari kelahirannya, maka ia akan ambil masa 18 hingga 20 tahun untuk cukupkan emas sebanyak itu

Ini contoh kiraan :

  • 20 tahun × 12 gram (1 tahun) =
  • 240 gram.

Dan simpanan itu pulak, kalis inflasi. Pendek kata, 240 gram emas itu cukup untuk tampung pendidikan anak-anak walau apa pun berlaku kepada ekonomi dan Ringgit. Dan anak itu tak perlu ambil pinjaman PTPTN seperti kita.

Tak perlu ajar anak -anak kita berhutang seusia muda lagi. Sebab tabiat berhutang adalah tabiat yang kurang baik.

Kalau simpan 1 gram sebulan sejak hari kelahiran, pada umur 18 tahun setiap anak akan memiliki 240 gram emas dengan nilai hari ini sekitar RM43,200 (RM180 x 240 gram). Ini cukup untuk tampung kos pengajian universiti tempatan, tanpa perlukan pinjaman PTPTN.

Cara terbaik yang korang boleh buat? Mulakan dengan simpan 1 gram setiap bulan.

Dekat mana nak beli emas 1 gram ni?

Untuk makluman korang semua, gold bar 1 gram harganya sangat mahal (untuk harga per gram). Ini sebab kos pembuatan emas bersaiz kecil memang mahal.

Kosnya dalam lingkungan RM210 hingga RM250, mengikut syarikat yang berlainan.

Cara terbaik untuk simpan emas 1 gram sebulan, dah siap disediakan oleh Public Gold untuk mereka yang berpendapatan sederhana melalui akaun GAP.

Walaupun ia akaun emas, tetapi ianya boleh keluarkan emas fizikal dan simpan sendiri (kalau mahu). Dan yang pastinya, harganya termurah di pasaran Malaysia sekarang.

Korang boleh buka satu akaun untuk setiap anak (dengan nama ibu / bapa sebagai pemilik bersama).

#5 : Cara simpan duit paling sempoi abad ini (yang anda wajib tahu)

Sumber gambar – Nur Aliah Mohd Nor (FB)

Ini salah satu cara simpan duit yang menarik, mudah, dan untung. Dan ini adalah cara yang sesuai untuk golongan yang ada disiplin menyimpan yang tinggi dan nak menyimpan duit secara tetap.

Mula-mula, tetapkan dulu warna tabung yang korang nak buat. Contohnya, korang nak pilih untuk simpan warna hijau dan oren (RM5 dan RM20).

Tiap kali dapat 2 duit warna ni, korang simpan dalam satu tabung mengikut warna masing-masing. Satu lagi. Korang tak boleh belanja guna duit RM5 dan RM20 untuk perbelanjaan harian korang.

Simpan duit guna cara ni bukan saja menarik, malah ini akan mendidik kita untuk lebih berjimat dan menghargai setiap duit yang korang terima.

Bila tiba hujung tahun, korang boleh keluarkan duit simpanan tu dan laburkan kat tempat yang sesuai.

#6 : Boleh untung 10 hingga 15% dalam 3 hingga 5 tahun?

Sumber gambar – Nur Aliah Mohd Nor (FB)

Unit trust ialah simpanan jangka sederhana ke panjang.

Biasanya matlamat yang ditetapkan bagi simpanan jenis ni ialah persaraan, pendidikan anak, haji/ umrah, beli rumah atau kawen.

Ramai familiar dengan ASB. ASB juga unit trust, tetapi untuk jangka pendek. 

Tempoh antara 3 tahun hingga 5 tahun, atau lebih. Pengalaman saya pernah tengok ledger klien sampai 20% hingga 23% keuntungan. 

Dari segi keuntungan pula, boleh bagi 10% hingga 15% purata pulangan kalau simpan 3 tahun hingga 5 tahun, atau lebih daripada tu.

Keuntungan simpan duit dalam unit trust ni, ada 3 jenis :

1) Capital gain – Harga naik turun. Kedua-dua keadaan ni sebenarnya bagi kelebihan kepada klien. Yang terbaik, beli masa murah dan jual masa mahal. Mesti untung, kan?

2) Dividen – Fund yang lebih 2 tahun mesti ada dividen. Ada konsultan yang boleh maklumkan, lagi baik. Dapat dividen, dapat unit PERCUMA.

3) Bonus – Dapat bila syarikat declare je. Nama pun dividen, kan? Hehe.

Unit trust, sebaiknya ada konsultan yang pantau akaun. Konsultan yang akan pening kepala untuk bila masa sesuai tambah simpanan, bila dapat dividen, bila switching fund dan sebagainya. 

Fund terbaik ialah moderate fund. Volatility (turun naik) sederhana yang memudahkan klien untung juga mudahkan konsultan.

Sekian, sedikit perkongsian ilmu unit trust. Happy saving everyone!

Nah, Cikpuan Nur Aliah dah penat-penat tulis dan tunjukkan mana tempat terbaik untuk korang simpan duit. Takkan sekadar baca sampai habis je, kan?

Kalau nak fast result, tindakan korang pun kena la laju jugak. Jangan pulak marah bila kawan-kawan korang yang dah baca dan buat terus ya.

Ilmu ni bermanfaat? Sila SHARE kat kawan-kawan korang yang baru nak berjinak dalam dunia simpanan tu. Bantu mereka untuk bermula seawal mungkin.

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here