SHARE
Sumber gambar : PropSocial
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Perhatian buat yang tangga gaji rendah dan sederhana, Puncak Banyan ni memang sesuai untuk korang.

Terletak kat Taman Connaught, Cheras, memang senang gila nak pergi sini. Lagipun, projek ni dah lama siap.

Jiran kondominium ni macam Kondominium Angkasa, Sri Cendekia, Taman Taynton View dan Taman Orkid Desa.

Keluasan unit agak kecil?

Sumber gambar : iProperty

Puncak Banyan ada unit kecil dengan luas binaan dari 800 hingga 820 dengan 3 bilik tidur, dengan 2 bilik air.

Fasiliti pulak memang banyak untuk penghuni situ, termasuk kolam renang dan sekuriti 24 jam.

Kondominium ni siap dibina pada 2007 dan dibangunkan oleh Connaught Heights Sdn Bhd. Masa lancar, harga unit mula dengan RM127,000. Memang murah.

Kemudahan betul-betul dekat depan mata

Kawasan situ memang banyak kemudahan hanya sejengkal saja dari situ.

Dekat dengah Taman Connaught CBD yang ada Giant Hypermarket, McDonald, 7-Eleven, Shell, dan Esso.

Selain tu ada barisan kedai yang memudahkan kerja harian korang termasuk siber kafe, restoran dan bank (Al-Rajhi dan Maybank).

Banyak sangat bocor sana-sini?

Dari apa yang Tok dengar, ada banyak masalah lepas pembinaan siap. Hasil kerja dan kualiti beberapa unit memang tak bagus.

Cat tak sempurna, lubang kat lantai dan banyak lagi yang pemilik jumpa kat rumah dorang.

Pemaju pernah janji nak bina jalan dari kondo ke Taman Connaught, tapi masih lagi sekadar angan-angan. Sebaliknya, penduduk terpaksa buat pusingan U untuk ke Taman Connaught CBD.

Kena U-turn kalau nak sampai kondo?

Dari segi akses jalan pulak, korang boleh ikut MRR2 dan Lebuhraya Link Timur-Barat. Dari TBS, hanya beberapa minit saja kalau memandu. Nak naik pengangkutan awam, korang boleh ikut KTM Komuter, RapidKL Star, ERL dan bas ekspres.

Apa yang anda perlu tahu tentang Puncak Banyan?

Nama projek: Puncak Banyan

Alamat projek: Jalan 3/11B, Off Persiaran Alam Damai, Taman Connaught, Cheras, Kuala Lumpur

Nama Pemaju: Puncak Banyan

Tarikh siap: 2007

Jenis: Kondominium

Jenis Pegangan: Pegangan Bebas (Freehold)

Jumlah tingkat: 20

Jumlah blok: 2

Keluasan binaan (Built-up area): 800 – 820 kaki persegi

Harga pelancaran: Bermula dari RM127,000

Harga second hand (subsale): RM280,000 – RM500,000

Kadar Sewa: RM900 – RM1,800

Fi Penyelenggaraan: RM151 (sebulan)

Anggaran Ansuran Bulanan: RM1,465

Gaji Minimum yang Layak Beli: RM2,930

Kemudahan yang disediakan di Puncak Banyan, Cheras

  • Kolam renang,
  • Parking berbumbung,
  • Pasar mini,
  • Sekuriti 24 jam,
  • Kafeteria,
  • Rumah kelab.

Kondominium ni jugak disewakan kepada pelajar, terutamanya Uni-College Sedaya University (UCSI). Lokasi kolej tu hanya 390 meter saja dari kondominium dan hanya ambil masa beberapa minit saja.

Tapi ramai pelajar kolej tu lebih suka sewa di Kondominium Angkasa yang hanya 170 meter berbanding Puncak Banyan.

Rental yield (hasil sewa) Puncak Banyan tak banyak sangat. Boleh la capai sehingga 7.3% untuk unit yang fully-furnished.

Bagi Tok, tak kisah la mana-mana pun korang buat pelaburan semuanya akan dapat pulangan. Banyak atau sikit bergantung kepada tarikan sekitar kediaman.

Apa-apa pun, Tok nak korang jadi pelabur bijak dan pilih pelaburan yang mampu berikan hasil yang terbaik.


Sumber: PropWall, PropertyGuru & PropSocial

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here