Home Tip pelaburan hartanah 5 prinsip pelaburan hartanah power Warren Buffett

5 prinsip pelaburan hartanah power Warren Buffett

3787
0
Sumber gambar - South China Morning Post
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Warren Buffett bukan lagi nama asing dalam dunia pelaburan. Tok yakin korang mesti dah biasa dengar nama ini.

Beliau adalah pengurus dan juga CEO Berkshire Hathaway, antara sebuah syarikat pemegang saham (holding company) yang terbesar di US.

Syarikat ini bernilai lebih $600 billion pada ketika ini. Dan semua ini berpunca daripada kehebatan prinsip pelaburan Buffett.

Tapi, apa pulak kaitan prinsip pelaburan Buffett dengan pelaburan hartanah?

Hadamkan perkongsian ilmu ini kalau korang serius nak tahu.

Jadi kaya-raya dengan pelaburan hartanah?

Siapa yang tak kenal Warren Buffett?

Berumur 84 tahun, juga antara billionaire terkaya yang sentiasa dalam kedudukan top 5, beliau dianggap sebagai pelabur paling power pada abad ke-20.

Jumlah kekayaan Buffett pada hari ni? Sekitar $75 bilion. Pernah korang cuba convert jumlah ini ke Ringgit? Serius banyak gila!

Bermakna, pendapatan Buffett setiap tahun adalah sebanyak $900 juta sepanjang hidup beliau.

Cuma, Buffett tak jadi billionaire dengan pelaburan hartanah.

Prinsip Warren Buffett beli saham yang sentiasa buat untung

Semua orang tahu, beliau jadi kaya-raya dengan membeli saham syarikat. Dan bukan calang-calang syarikat – beliau ada kriteria yang tersendiri untuk tujuan ini.

Tapi, tak bermakna kita tak boleh apply prinsip pelaburan yang beliau gunakan dalam pelaburan hartanah.

Ini 5 prinsip yang beliau gunakan sebelum melabur dalam sesebuah syarikat :

#1 : Beli syarikat yang famous, atau yang kukuh?

Daripada melabur dalam syarikat yang baru famous, beliau lebih gemar melabur dalam industri yang terbukti kukuh.

Ini antara sebab utama beliau tak terkesan akibat kejatuhan industri teknologi pada awal 2000.

#2 : Tahu nak buat apa sewaktu ekonomi tenat

Buffett jugak faham konsep masa dan pelaburan countercylical (nilai aset yang meningkat sewaktu ekonomi sedang tenat).

#3 : Tak suka beli syarikat yang biasa-biasa

Beliau tak suka beli syarikat yang biasa-biasa. Beliau lebih suka beli saham syarikat yang mempunyai nilai jenama yang kuat, dan ada potensi untuk berkembang pada masa akan datang.

Bak kata Buffett :

“Lebih baik beli syarikat terbaik pada harga yang berpatutan, berbanding syarikat yang biasa-biasa pada harga yang menarik.”

#4 : Sentiasa beli pada harga murah

Buffett jugak suka membeli saham syarikat pada harga yang murah (bawah harga pasaran).

Sebagai contoh, beliau membeli saham syarikat seperti Gilette dan Coca Cola pada harga yang menarik.

Hasil daripada pembelian ini, beliau berjaya buat untung yang sangat banyak.

#5 : Lebih sukakan pelaburan jangka masa panjang

Selain membeli syarikat yang ada potensi untuk berkembang, Buffett jugak tak suka melabur dalam jangka masa pendek.

Beliau lebih suka melabur untuk jangka masa panjang.

“Kalau anda tak sanggup memegang saham untuk tempoh 10 tahun, jangan berangan untuk memiliki saham syarikat itu untuk tempoh 10 minit.”

Apa yang anda boleh apply untuk pelaburan hartanah?

Apa yang seorang pelabur hartanah (macam korang) boleh belajar daripada semua ini? Tok kongsikan 5 pengajaran yang korang boleh belajar :

#1 : Melabur kat kawasan yang terbukti buat untung

Dalam pelaburan hartanah, yang paling penting adalah appreciation (kenaikan nilai).

Tapi bukan semua hartanah boleh bagi kenaikan nilai yang baik. Ini bergantung kat kawasan hartanah yang korang nak beli tu.

Nak capai semua ni, korang kena buat kajian yang terperinci sebelum membeli sesebuah hartanah.

Antara benda yang korang kena kaji seperti :

  • Lokasi hartanah,
  • Akses mudah ke lebuhraya,
  • Kemudahan fasiliti seperti sekolah, universiti, shopping mall, dan sebagainya,
  • Dekat dengan LRT, MRT, atau KTM,
  • Kemudahan awam yang baik, dan lain-lain lagi.

Korang kena tengok dulu semua benda ni. Faktor-faktor ini akan meningkatkan nilai hartanah yang korang beli.

#2 : Beli hartanah pada harga below market value

Yang ni, Tok tak perlu nak ulang lagi. Lebih-lebih lagi kalau korang memang nak beli hartanah untuk tujuan pelaburan.

Bila korang beli hartanah below market value, korang dah siap sedia buat untung semasa membeli. Apatah lagi lepas korang jual. Untung dah pasti berlipat kali ganda.

Ada banyak cara korang boleh gunakan untuk dapatkan hartanah below market value. Antara yang korang boleh guna seperti :

  • Kaji perbezaan paling kurang 3 hartanah dalam satu kawasan,
  • Tanya ejen hartanah. Mereka adalah orang yang ada banyak listing hartanah yang nak dijual,
  • Buat kajian menggunakan Brickz.my.

#3 : Buat untung semasa membeli, bukan sekadar semasa menjual

Buffett hanya beli saham yang confirm akan melonjak lebih tinggi pada masa akan datang.

Ini sama jugak dengan pelaburan hartanah.

Kalau hartanah yang korang beli terbukti boleh meningkat dari segi capital appreciation dan senang disewakan, senang-senang korang boleh buat untung.

#4 : Tak mudah terpengaruh dengan hartanah ‘hot’

Korang mesti pernah dengar ayat macam ni :

“Mat, kau dah beli ke hartanah kat kawasan XXX. Dengar cerita hartanah kat situ tengah ‘hot’ sekarang. Aku dah beli 7 biji.”

Ini benda yang korang kena jaga-jaga. Elakkan diri korang terpengaruh dengan mudah dengan mereka yang cakap macam ni.

Apa-apa pun, pastikan korang buat keputusan dengan data dan fakta yang tepat. Ini saja elemen yang boleh pastikan korang tak rugi pada masa akan datang.

Buffett sendiri tak pernah beli saham yang ‘hot.’ Dia hanya beli saham syarikat yang terbukti perform dan ada potensi berkembang pada masa akan datang.

#5 : Elakkan flipping dan pelaburan jangka masa pendek

Buffett sendiri tak suka buat pelaburan jangka masa pendek (seperti yang Tok dah jelaskan kat atas tadi).

Jadi, Tok jugak sarankan korang buat benda yang sama.

Pelaburan hartanah bukan tempat korang berjudi. Ini bahasa kasar. Bahasa elok sikit adalah speculating. Ini akan buatkan pasaran hartanah mendapat impak negatif untuk jangka masa panjang.

Lagipun, kalau korang nak flip, korang tak boleh terlepas dari bayar RPGT yang tinggi. Kat situ je, banyak dah yang korang akan rugi.

Tambah lagi, korang boleh buat lebih banyak untuk kalau melabur untuk jangka masa panjang.

Nasihat berharga Warren Buffett untuk pelabur hartanah

Sebagai penutup perkongsian kali ni, jom hadamkan kata-kata bermakna Warren Buffett ni :

“Saya jadi seorang pelabur yang hebat sebab saya berfikir seperti seorang ahli perniagaan (businessman), dan saya jadi seorang ahli perniagaan yang hebat sebab saya adalah seorang pelabur.”

Ini yang Tok boleh simpulkan daripada quote ini.

“Pelabur hartanah yang strategik akan menggangap pelaburan mereka seperti perniagaan.”

Korang faham, kan?

Apa pun jenis pelaburan yang korang buat, pastikan cari ilmu yang betul dulu. Kalau tak, itu cari nahas namanya.

Dari nak buat duit, jadi hilang duit pulak nanti. Tok tak nak korang kena hadap masalah ni.

Perkongsian ni bermanfaat? Silakan SHARE kat kawan-kawan korang supaya lebih ramai dapat belajar. Ilmu baik, kita kongsi sama-sama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here