PR1MA: Projek Perumahan Bandar Untuk Golongan Sederhana

PR1MA: Projek Perumahan Bandar Untuk Golongan Sederhana

6074
8
SHARE
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke
Ebook Takde Duit Boleh Beli Rumah Ke

Ramai pembaca GilaHartanah.com mengimpikan untuk memilik rumah sendiri.

Tapi, sebab harga rumah yang dilancarkan oleh pemaju perumahan kebelakangan ini mahal sangat, ramai penduduk bandar golongan sederhana tak mampu nak beli.

PR1MA (Projek Perumahan Rakyat 1 Malaysia) adalah satu inisiatif kerajaan untuk bantu golongan pertengahan di kawasan bandar.

PR1MA

Apa yang PR1MA buat sebenarnya?

Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.

Kediaman PR1MA yang terletak di dalam kawasan berkomuniti mempunyai pelbagai jenis dan saiz, dalam lingkungan harga antara RM100,000 hingga RM400,000.

Kediaman PR1MA ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah purata bulanan antara RM2,500 hingga RM10,000.

“Layak ke saya mendaftar?”

Skim PR1MA ini ditubuhkan untuk membantu golongan pertengahan membeli rumah.

Jadi, bukan semua orang layak membelinya.

Syarat kelayakan untuk PR1MA:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Bujang atau berkahwin serta berumur 21 tahun ke atas
  3. Pendapatan isi rumah individu atau keluarga (suami & isteri) antara RM2,500 hingga RM 10,000
  4. Tidak memiliki lebih daripada 1 hartanah sama ada anda atau pasangan anda (jika ada)

Kalau korang penuhi syarat di atas, maksudnya korang tergolong dalam golongan pertengahan, dan layak untuk mohon PR1MA.

Apa Proses Dia?

Jika korang memang layak untuk mohon, korang kena buka akaun di PR1MA di website mereka.

Kemudian, korang kena berikan nombor KWSP, nombor cukai LHDN, maklumat pekerjaan suami atau isteri anda, dan maklumat hartanah yang anda miliki (jika ada).Slip gaji dan salinan IC pun diperlukan jugak.

Bila dah daftar nanti, korang akan dimaklumkan kalau ada projek baru dilancarkan (newly launched projects). Kalau korang suka projek tersebut, korang boleh undi untuk dipilih, atau “ballot” dalam bahasa Inggeris.

Bila dah serah undian kita, tak semestinya korang boleh beli rumah tu. PR1MA akan buat cabutan undi dan kalau korang terpilih, korang bolehlah pilih nak ambil loan dari bank mana. Pinjaman perumahan memang korang sendiri yang kena uruskan.

Pinjaman Perumahan PR1MA

Walaupun korang boleh pilih bank mana untuk buat pinjaman, PR1MA ada “bank panel” yang PR1MA dah pilih, yang menawarkan promosi istimewa untuk projek mereka.

Sekiranya permohonan pinjaman korang ditolak oleh bank panel kami, anda boleh memohon untuk menyertai skim Rent-to-Own.

Dalam skim Rent-to-Own ni, pemohon perlu menyewa kediaman PR1MA sehingga 10 tahun. Pemohon diberi pilihan untuk membeli kediaman tersebut pada akhir tahun ke-5 atau ke-10 pada harga yang ditetapkan oleh PR1MA.

Perkara Lain Yang Anda Perlu Tahu Tentang PR1MA

  1. Tak ada yuran pendaftaran bila korang daftar untuk PR1MA ni. Jadi, kalau tetiba ada ejen yang minta bayaran untuk daftarkan korang PR1MA ni, memang bohong la.
  2. Korang boleh beli rumah PR1MA ni sebagai rumah KEDUA. Maknanya, kalau korang baru beli 1 rumah je, korang boleh lagi beli rumah PR1MA ni. Bagus, kan?
  3. Kalau pasangan suami isteri nak beli rumah PR1MA, seorang sahaja dah cukup untuk daftar di website PR1MA.
  4. Rumah PR1MA ni boleh jadi FREEHOLD atau LEASEHOLD. Jadi, korang kena periksa dulu setiap projek yang korang pilih untuk undi.
  5. Korang tak boleh jual rumah ni atau pindahmilik rumah ni kepada orang lain dalam tempoh 10 tahun. Jadi, yang mana yang rasa macam nak buat untung dengan “flipping” rumah PR1MA dalam masa kurang 10 tahun, lupakan sahajalah niat korang tu. 😉

Sekarang korang dah tau pasal rumah PR1MA kan? Cepat-cepat daftar akaun di PR1MA kalau korang layak.

Tok doakan undian korang terpilih dan dapat memiliki sebuah rumah mampu-milik di bandar dan berdekatan dengan tempat kerja korang. Amiiinnnnn~

 

8 COMMENTS

  1. Salam tuan. Jika isteri telah memiliki 2 rumah tetapi suami tiada satu pun serta syarat2 lain dipenuhi, layak tak untuk mendaftar?

  2. As’salam nak tanya. Kalo dah dpt email utk pemilihan rumah tu maknenye? Confirm dpt ke? Ade booking fee tak mase proses pemilihan? Tq2.

  3. Apa pula syarat kalau saya hendak buat rumah prima di atas tanah sendiri..saya bujang gaji kasar sekadar 1500 hingga 1700..anggarak pinjaman saya nk buat sehingga 150k..mintak pencerahan

  4. Saya bujang gaji kasar sekadar rm1500 hingga rm1700..hendak buat rumah atas tanah sendiri..pinjaman prima yang hendak buat sehingga 150k dan sy tidak ada tanggungan seperti bayar ansurans kereta,bayar rumah sewa dan sehingga kini saya tidak pernah buat pinjaman dgn mana mana bank..adakan saya layak untuk buat pinjaman prima?

LEAVE A REPLY