Pernah terfikir nak ambil kad kredit? Baca 3 tip ini dulu sebelum kau buat keputusan.

Ada yang cakap kad kredit itu bagus.

Ada yang cakap, kad kredit itu ibarat racun yang boleh membunuh kehidupan seseorang orang.

Tok pula cakap, kad kredit ini bergantung pada si pengguna.

Jelas matlamat penggunaan, maka kad kredit sebenarnya boleh menjadi kenderaan yang bagus untuk membantu kita dari perspektif kewangan.

Apa kelebihan kad kredit VS kad debit?

Tok belajar sesuatu daripada Amy Fontinelle tentang beberapa kelebihan kad kredit. Beliau merupakan penulis jemputan di web Investopedia.

Berikut adalah beberapa kelebihan kad kredit yang kita boleh ambil kira. Tolong faham bahawa Tok tidak cadangkan pembaca memiliki kad kredit menerusi artikel ini.

Ia lebih kepada menerangkan kelebihan supaya kita tahu bagaimana untuk ambil peluang yang ada dalam kad kredit.

1) Lagi banyak belanja, lagi banyak ganjaran.

Apa beza kad kredit dan kad debit?

Biasanya kad debit tidak menawarkan sebarang ganjaran. Kalau ada pun, ganjaran yang ciput.

Manakala kad kredit banyak menawarkan ganjaran lumayan setiap kali kita menggunakannya.

Tok ada seorang rakan yang rajin gunakan kad kredit untuk bayar kos iklan di Facebook. Dalam masa 1 tahun, syarikat kad kredit itu bagi beliau hadiah jam tangan bernilai RM1,000+.

Setiap jenis kad kredit mempunyai ganjaran yang berbeza.

Ada yang sediakan ganjaran dalam bentuk poin. Di mana kita boleh redeem poin itu untuk dapatkan pelbagai jenis hadiah.

2) Dapat jimat dalam setiap pembelian.

Pernah dengar ayat “cash back”?

Biasanya kalau guna kad kredit, kita dapat tawaran cash back. Iaitu kita dapat 1% – 5% (bergantung pada kad kredit) daripada pembelian.

3) Lebih selamat guna kad kredit?

Tok sebenarnya setuju dan kurang setuju tentang isu keselamatan kad kredit.

Menurut Amy Fontinelle, kad kredit lebih selamat berbanding kad debit. Sebagai contoh, apabila kad debit kita disalah gunakan (contoh? kena curi), duit terus akan ditolak daripada akaun.

Patut atau tidak kita ada kad kredit.

Keputusan untuk memiliki kad kredit atau tidak bergantung pada matlamat kita.

Kad kredit ini boleh jadi kenderaan yang bagus.

Sebagai contoh, lihat bagaimana kes kawan Tok menggunakan kad kredit untuk membayar kos iklan di Facebook. Akhirnya, dapat ganjaran jam tangan mewah.

Tok percaya ada banyak cara yang boleh kita gunakan untuk mengambil peluang terhadap kad kredit.

Bagi sesiapa yang memang ada masalah uruskan duit, elakkan daripada menggunakan kad kredit. Tidak kira betapa bagus ganjaran yang syarikat itu tawarkan.

Tuan Suzardi Maulaun (Pakdi) pernah berkongsi tentang 1 kelebihan utama kad kredit. Kita boleh guna duit di saat yang memerlukan, dan ketika itu kita tidak bawa wang tunai.

Tetapi, pastikan kita bayar semula jumlah yang di”swipe”.

Photo credit: Telegraph

Tok Penghulu

Read Previous

Ini cara berkesan untuk simpan 10% daripada pendapatan secara konsisten, setiap bulan.

Read Next

Rumah sendiri: Sewa atau Beli? Jangan buat kesilapan ini.

Leave a Reply