PORTAL PELABURAN HARTANAH NO.1* DI MALAYSIA

‘Bukan takat bayar ansuran bulanan je’ – 7 perkara biasa pemilik kereta malas ambil port

Dah jadi lumrah.

Biasa sangat kita tengok fresh graduate yang baru bekerja, akan mula berangan-angan nak berkereta.

“Inilah masanya. Dah 3 – 5 tahun belajar kot.”

Kalau ini jawapan korang, bersedialah untuk hadap kewangan yang tak cun pada masa depan kalau tak merancang dengan baik.

Yang ramai orang tau, hanya perlu bayar down payment dan ansuran bulanan je.

Ada tak fikir yang korang kena tanggung 7 kos selain daripada kos yang tadi tu?

Kalau tak, hadamkan dulu perkongsian Tuan Kamil Adlee yang Tok baca dekat blog Majalah Labur ni.

#1: Benda ni, anda wajib renew setiap tahun. Apa dia?

Sumber gambar mykeledek.com 1

Kalau korang teka Insurans @ Takaful kereta, korang dapat 100 markah.

Yang ni, memang korang tak boleh elak untuk renew setiap tahun. Kalau tak, cukai  jalan tak boleh diperbaharui.

Dan kalau cukai jalan tak boleh renew, memang korang tak boleh bawak kereta tu atas jalan raya. Noktah. Kalau buat jugak dah kena tangkap, korang tanggung la sendiri.

Premium yang dibayar jugak bergantung kepada nilai semasa kereta dan jenis liputan perlindungan (comprehensive/third party).

Ini juga dikira sebagai kos lebur, sebab takde nilai tebus balik. Kecuali disebabkan pembatalan polisi kerana menjual kereta atau sebagainya.

#2: Benda ni, murah je. Tapi kalau tak bayar ansuran…

Cukai jalan jugak, perlu dibayar kepada kerajaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ini, kita perlu perbaharui setiap 6 atau 12 bulan, dan bergantung kepada kapasiti enjin (CC) kereta korang tu.

Sebagai contoh, enjin kereta 1,000cc akan dikenakan cukai sebanyak RM20 setahun, RM70 untuk kereta 1,300cc. Untuk enjiin 1,500cc, RM90 setahun, dan 2,000cc sebanyak RM380 setahun.

#3: Sanggup atau tak anda tanggung kos minyak?

Sumber gambar www.calibagroup.com 2

Ni pulak, bergantung kepada harga petrol semasa, jarak perjalanan harian, dan keupayaan enjin kereta korang.

Cara pemanduan jugak sedikit sebanyak akan pengaruhi penggunaan minyak.

Kereta baru (yang lebih moden) biasanya dilengkapi dengan pelbagai jenis teknologi untuk jimatkan penggunaan minyak.

Biasanya, penggunaan diukur dengan dengan unit kilometer per liter (km/L). Korang boleh dapatkan data ni daripada brochure pengeluar kereta.

Sebagai contoh, Perodua Axia dengan gear auto boleh bergerak sejauh 21 KM bagi setiap liter minyak. Kalau Honda Civic 2.0 pulak, dalam 11 KM bagi setiap liter minyak.

#4: Servis minor je dah makan beratus. Kalau servis major?

Untuk peliharan keselesaan dan realibility (kebolehpanduan), kereta perlu diservis mengikut jadual yang ditetapkan.

Kos bergantung kepada jenama dan umur kereta yang dipandu, dan boleh mencecah ratusan ribu Ringgit.

Malah, ada yang cecah sampai ribuan Ringgit untuk setiap lawatan servis!

Antara yang kerap ditukar (atau diservis) adalah:

  • Minyak enjin,
  • Minyak gear,
  • Penapis minyak enjin,
  • Penapis udara,
  • Palam pencucuh,
  • Alas brek, dan lain-lain lagi.

Sebagai contoh, kos servis bagi kereta Honda biasanya akan cecah RM300 hingga RM500 untuk sekali servis minor.

Kalau servis major, boleh cecah sehingga RM1,000. Fakta ni diambil mengikut pengalaman penulis sendiri.

#5: Satu sebab anda WAJIB buat emergency fund untuk kereta

Sumber gambar antarapos.com 1

Akibat daripada wear and tear sebab penggunaan biasa, kerosakan komponen yang tak ditanggung oleh jaminan pengeluar dan penggantian kritikal seperti bateri kereta dan tayar.

Sebagai contoh, harga bateri jenama Century bermula daripada harga RM190. harga tayar Michelin pula, dalam sekitar RM300 sebiji.

Nak tayar yang lebih murah? Korang boleh je beli tayar jenama GoodYear dalam lingkungan RM200.

Semua harga ni, harga sebijik tayar tau. Dan korang kena beli 4 bijik tau. Pandai-pandai la korang cari tayar yang murah.

Tapi kalau tanya saya, baik korang jangan berkira keluarkan duit untuk tujuan ni. Keselamatan korang dan keluarga lebih penting daripada lain benda.

#6: Kos letak kereta boleh tanggung makan sebulan?

Kalau kereta tu digunakan untuk ulang-alik ke pejabat, maka tentunya kos tol dan parking perlu diambil kira.

Dan kalau korang menetap dekat bandar-bandar besar, kos ni jugak boleh mencecah ratusan ribu Ringgit sebulan tanpa kita sedari.

Sebagai contoh kadar parking di bandaraya Kuala Lumpur dah pun dinaikkan, berkuatkuasa pada Julai 2016.

Kalau ambil RM1.50 sejam dan korang parking selama 8 jam waktu bekerja, bermakna korang kena tanggung RM12 sehari.

Kalau sebulan, berapa? Takpe, Tok kirakan untuk korang. Korang kena tanggung RM336 sebulan la nampaknya.

#7: Keluar je showroom, dah susut nilai sehingga 15% (atau lebih lagi)?

Sumber gambar The Star Online 1

Ini adalah perbezaan antara nilai asal sewaktu korang beli kereta dengan nilai semasa, yang juga bergantung kat pelbagai aspek seperti:

  • keadaan kereta (car condition),
  • permintaan (demand),
  • spesifikasi, dan lain-lain hal.

Korang kena ambil kira kerana korang boleh buat anggaran kerugian, yang akan ditanggung apabila menjual semula kereta tu.

Secara kasar, susut nilai kereta adalah dalam lingkungan 8% hingga 15% setahun.

Terkejut banyak kos yang terlibat secara tak langsung?

Bila tengok balik semua benda ni secara terperinci, boleh kata banyak jugak kos-kos yang terlibat.

Perlu diingatkan juga, kos pembiayaan kereta yang dipersetujui bersama bank asalnya jugak telah dikenakan faedah, bergantung kepada tempoh pembayaran balik.

Jangan korang terperanjat pulak. Pinjaman kereta antara punca utama rakyat Malaysia bankrap. Dan ini akibat yang korang kena tanggung kalau pandang rendah kepada kos sebenar pemilikan kereta.

Kereta adalah liabiiti, bukan aset. Cuma, ada juga sesetengah kes yang jadikan kereta sebagai aset, dan bukan liabiliti.

Diharap kita semua akan lebih berhati-hati dan pertimbangkan hal ini bila korang merancang untuk beli kereta baru kelak.

Kalau korang ingat ansuran je yang korang kena bayar, korang silap besar.

Ramai yang tak peka dengan kos tersembunyi ni. Bila tiba-tiba ‘terkena’ secara mengejut, baru korang tau melatah. Siapa suruh tak beringat awal-awal?

Tok tak nak korang buat silap ni dah. Daripada korang buat loan kereta, baik lagi korang gunakan peluang tu untuk buat loan rumah.

Tak nak terlepas info dan tips terkini berkaitan hartanah dan kewangan? Tok nak ajak korang join Channel Telegram rasmi Gilahartanah. Klik gambar untuk join.

[KLIK GAMBAR SEKARANG]

Jom join Channel Telegram rasmi GilaHartanah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *